" Aci tak kalau pakai ayat Google??" soal K- On. Adrrian mengangkat wajah dari exampad.
" Aci kot.. Tapi tak payah copy paste.. Kau bukan tak tahu dia tu ada detector.. " jawab Adrrian dengan muka selamba. Kerusi di sebelah ditarik. Benz yang sedang menulis berhenti. Wajahnya diangkat lalu diturunkan semula. Buku teks Biologi diselak semula.
" Korang apahal lepak kat kelas lagi ni??" tanya Aden. Izz menarik kerusi dari meja lain lalu duduk di sebelah Benz.
" Denda doe.. " jawab K- On. Aden dan Izz memandang sesama sendiri. Lalu bantai ketawa.
" Tu sebab lah aku tak nak masuk kelas yang ada Biologi.. " kata Izz selamba.
" Aku cepuk kang.. Nah ambik buku ni kau cari function jantung.. " arah Benz. Tangannya menghulurkan buku teks Biologi. Izz mengambil dengan muka redha.
" Aku tak tahu lah.. Kalau aku tak jadi doktor jangan panggil aku Adrrian dah.. " kata Adrrian dengan muka bangga habis dengan essay miliknya.
K- On mencebik. Tangannya masih menulis. Laju ja menyalin ayat Google.
" Mana Am dengan Dani??" tanya Benz. Plastik keropok SMAX berwarna merah dibuka. Keropok jagung berperisa cili disuap masuk ke dalam mulut.
" Am dengan Dani ada extra kelas.. Kau tak ada basket ke petang ni Benz??" soal Aden lalu menyumbat keropok ke dalam mulutnya.
" Ada.. Pukul 5.. Sekarang baru pukul 3.30.. " jawab Benz. Air mineral milik Adrrian disebatnya.
" Woiiii!!!" Marah Adrrian.
" Rian .. macam tak biasa lah kau ni.." kata Benz lalu menghabiskan air mineral milik Adrrian.
" Aku pun dahaga lah .."
" Nanti aku belanja Milo Ais .. nak ??" Tanya Benz. Pantas Adrrian mengangguk sambil tersenyum manis. Bak kata moyang sebelah bapa tiri mak cik belakang rumah lorong 6 Taman Selaseh 3 Lot 20 kata .. musuh jangan dicari .. tapi kalau jumpa belasah je lah .. kalau orang belanja jangan tolak .. nanti rugi lah ..
" Assalamualaikum dunia.. " jerit Dani di muka pintu kelas 5 Alpha. Mereka berlima berpaling ke arah pintu. Tapi mereka buat tak tahu.
" Aku pernah kenal dia ke??" tanya Adrrian.
" Entah.. Seingat aku.. Aku tak kenal dia.. Dia budak kelas mana ehh??" K- On turut join.
" Entah.. " jawab Izz. Dani masuk lalu menampar bahu Adrrian dan Izz.
" Hotak!! Aku punya penat layan programming.. Korang boleh pulak layan aku macam ni.. Sedih anak.. " kata Dani. Dia menyumbat keropok milik Benz.
" Sedih - sedih sumbat keropok boleh.. " perli Benz. Dani membuat mata bulat.
" Lapar.. " kata Dani dengan muka sedih.
" Aku pun naik muak dengar dia sebut lapar dari tadi.. " kata Am dengan muka menyampah.
" Kau tak makan ke rehat tadi??" tanya Izz. Prihatin.
" Dia makan lah.. Nasi lemak lauk ayam goreng tu apa.." jawab Am.
" Tu untuk sarapan.. Manusia ni perlu makan.. Takkan nak makan keropok je.. " kata Dani lalu menyumbat lagi keropok itu ke dalam mulut.
" Kata kat keropok aku.. Tapi mulut sumbat ja kerja.. " perli Riyan.
" Jom lah pergi makan.. Nanti petang Benz ada basket lagi.. " ajak Adrrian.
" Kau prihatin kan Benz ja.. Aku yang lapar ni kau tak layan.. " kata Dani dengan suara rajuk.
" Allah.. Kau dah kenapa bangang??" marah Adrrian.
" Saja.. " Dani acah korek hidung.
" Bodoh geli lah!!" marah mereka. Benz mengambil keropok lalu menutup plastik. Takut termasuk taik hidung si Dani.
YOU ARE READING
Gengster Highschool
AcciónTujuh orang pelajar Golden Highschool yang pelbagai perangai. Ada yang vibe bad boy . Ada yang prankster. Ada yang selamba badak . Ada juga yang kuat tidur . Ada yang juga tengah berselindung di sebalik topeng . Benz Adrrian Aden K-On Am Izz Da...