Teaser 7 - Jangan tipu aku.

1.8K 32 11
                                    

Teaser baru. Bila bad boys jatuh cinta gitulah kan. Marah². Kena pujuk sikit terus tewas. 🙄😂

***

Masuk ke dalam rumah kelibat Tasneem dicari dulu. Jaket yang tersarung di badannya dibuka langsung dicampak ke sofa. Hatinya panas!

"Tasneem! Tasneem!" Jeritnya kuat memanggil si isteri.

Tasneem yang sedang terlena terjaga dari tidur. Suara siapa pula yang memanggil-manggil dia? Sudahlah dia penat. Baru aje nak tidur puas-puas.

"Tasneem!" Kuat suara itu bertempik. Bingkas Tasneem bangkit duduk. Terkebil-kebil melihat Barith sedang bercekak pinggang di muka pintu.

"Bar? Kenapa terjerit-jerit ni?" Tasneem bangkit berdiri. Rambutnya yang terurai disanggul gaya messy. Kaki melangkah mendekati Barith yang terkembang-kempis menahan marah.

"Kalau kau tak berterus-terang memang aku jadi gila!" Barith hentak tangannya ke pintu. Melihat sikap selamba Tasneem itu lagi buat dia rasa mendidih.

"Bar? Are you drunk? You nak I terus terang apa?" Pelik Tasneem Barith yang tiba-tiba naik baran. Kalau bukan mabuk, apa lagi?

Barith raih lengan wanita itu.

"Beritahu aku, apa hubungan kau dan Shahril? Dia kekasih kau kan?" Garang dia menyoal wanita itu dengan mata merah menyala.

Berkerut dahi Tasneem. Shahril? Bila pulak dia jadi kekasih Shahril?

"Shahril? Kan I dah beritahu you. I dan Shahril cuma kawan lama!" Lengannya yang kuat dicengkam Barith cuba direntap.

"Tipu! Kau tipu! Kau milik aku Tasneem. Kau tak boleh ada lelaki lain!" Makin kuat pula Barith mencengkam lengannya. Memekik tepat depan mukanya.

Tasneem tarik nafas dalam-dalam. Cuba menyabarkan hati.

"I tak tipu... Dia memang kawan lama I je Bar.. Yes. I'm yours. Kenapa pula I mahu lelaki lain sedangkan I ada you. You're my only man Bar.." Anak matanya sayu merenung anak mata Barith. Tak sedarkah Barith tentang isi hatinya? Dia sudah jadi milik lelaki itu. Apa lagi yang Barith risaukan?

Melihat kornea mata isterinya yang sudah berkaca Barith menghembus nafas keras. Terus tubuh itu dibawa ke dalam dakapannya.

"Kau jangan tipu aku. Aku tak suka kena tipu," bisiknya perlahan. Barith pejam mata erat-erat. Bencinya perasaan ini. Dia tahu dia sudah terlanjur mencintai Tasneem. Namun lidahnya kelu untuk mengakui tentang rasa hati. Bimbang segala rasa yang bersarang dijiwa itu akan direnggut pergi bila ianya tidak berbalas. Kerana dia tahu Tasneem hanya perlukan dia demi wang ringgit yang dia taburkan.

"I tak tipu you Bar. I buatkan you teh panas ya?" Telapak tangan Tasneem naik menyentuh lembut pipinya.

"Please... Jangan marah-marah lagi." Lembut Tasneem memujuknya. Sebelum pipinya disentuh lembut oleh bibir wanita itu.

Ah! Dia selalu tewas dengan pujukan Tasneem. Wanita itu memang bijak melembutkan hatinya.

BARITH CAN'T UNLOVE YOU

Prihoder lima belas ari lagi. Jangan terlepas!

 Jangan terlepas!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now