Teaser 2

2.1K 31 3
                                    


Jarang buat hero bad boy. Ini lebih kurang percubaan pertama. 🙈

Layan jom.

Hari itu tiba juga, hari di mana Tasneem terpaksa melupakan ajaran ibunya. Lupakan ajaran tuhannya. Yang ada, hanya satu rasa terdesak.

Skirt berwarna hitam separas paha itu dibetulkan letak duduknya. Seumur hidup, ini kali pertama dia berpakaian seberani ini. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. Baik! Tasneem. Setahun saja lagi sebelum pengajian kau berakhir. Setahun saja untuk kau buat kerja gila ini. Puas dia memujuk hati.

Perlahan Tasneem mengikut langkah Jennifer di hadapannya itu. Menuju ke ruang eksklusif untuk golongan VIP di kelab malam mewah itu.

"Jen... Boleh I tarik diri? I takut.." Tasneem sudah mengepal-ngepal kedua tangannya. Menyulam antara jemari yang sejuk dek rasa yang dia ada. Tiba-tiba rasa tidak yakin dengan tindakannya ini.

Jennifer terhenti langkah. Nafas dihela perlahan. Tangan Tasneem disentuh. "Chill Tasneem. You tak perlu buat apa. Cuma temankan mereka minum-minum saja. You nak duit cepat tak?" Lembut Jennifer menenangkan hati Tasneem. Dia sudah cuba tolong. Sekarang pandai-pandailah Tasneem bawa diri sendiri.

"Temankan aje kan? I tak perlu minum sekali kan?" Tasneem minta kepastian.

Jennifer senyum. "Sure. I dah beritahu mereka. You alah dengan alcohol."

Lega hati Tasneem mendengar itu. Ya. Dia cuma perlu melayan pelanggan untuk minum saja. Cukup setakat itu.

****

Pandangan mereka bersatu. Renungan tajam lelaki di hadapannya itu buat Tasneem tidak senang duduk. Adakah Barith kenal dia? Mustahil. Dia hanya halimunan di mata lelaki itu. Mana mungkin Barith kenal dia.

"Hey! Girl. Tuangkan bir untuk Barith. You ni baru buat kerja ni ke?" Tegur seorang lelaki padanya. Kawan kepada Barith. Lelaki yang sama bersama Barith di perhentian bas tempohari. Seperti tahu yang dia dari Malaysia. Lelaki itu selamba mengarahnya.

Kelam kabut Tasneem ambil botol bir dan menuangnya berhati-hati ke dalam gelas.

Sempat anak mata Tasneem melirik pada Barith yang hanya diam sambil memerhatinya dengan renungan tajam.

Takut-takut Tasneem mahu menghulur gelas dengan mata yang langsung tidak memandang jejaka itu.
Gelak tawa kawan Barith dan gadis pelayan lain yang turut berada dalam bilik itu seolah tak kedengaran di telinga Tasneem. Yang pasti, jantungnya sekarang ini terasa seperti mahu luruh. Takut dan berdebar tidak terkata.

"Pandang sini." Menangkap suara Barith, Tasneem angkat kepala segera memandang lelaki itu. Tetapi tak semena-mena entah siapa dibelakangnya menyenggol lengannya. Gelas berisi bir yang masih ditangannya jatuh tertumpah ke paha Barith.

Buntang mata Tasneem melihat bahagian hadapan seluar lelaki itu yang basah terkena air.

"So... sorry sir." Kalut Tasneem mencari tisu dan mengelap seluar Barith. Apa dia dah buat ni? Tasneem rasa mahu menangis. Sedang Tasneem mengelap lelehan air di seluar lelaki itu. Tasneem tersentak bila mana lengannya dicengkam lelaki itu. Tasneem angkat muka memandang Barith dengan mata terkebil-kebil.

"What are you trying to do?" keras dan dingin lelaki itu menyoal. Anak mata lelaki itu tajam mencerunnya.

"La... lap air.." gugup Tasneem menjawab.

"Really?" Lelaki itu senyum sinis sebelum melirik pada tangan Tasneem yang masih memegang tisu yang basah dan melekit.

Tasneem ikut mengarah pada lengannya yang dipegang kejap oleh Barith.

BARITH, CAN'T UNLOVE YOU (NOVEL)Where stories live. Discover now