Tugasan Guru

24 4 3
                                    

[ Author POV ]

Keluhan dilepaskan lagi. Bosan. Asyik terperap dalam kelas ni buat apa? Kalau ada crush lalu bermanfaatlah juga.

Rakan di sebelah dijeling sekilas

"Huwaa~"

Berkerut dahi Mira Rosella apabila rakannya menguap tepat di telinganya. Wangi woo~

"Hoi koala! Syaitonirajim betul kau menguap kat telinga aku."

Zeti Arsya hanya tersengih sahaja. Makin mendidihlah darah si gadis bernama kacukan ala-ala Belanda itu. Nama sahaja acah Belanda , darahnya tidak. ' Rosella ' sememangnya nama keturunannya. Ceritanya moyang si Mira ni acah-acah nak menantu berdarah Belanda. Alih-alih dapat Dusun dari Sabah pula. Dah hasrat tak tercapai, wujudlah nama ' Rosella ' tu. Bolehlah dari tiada kan ?

"Assalammualaikum kelas"

Serentak murid Kelas 4 Mumtaz menoleh ke arah Cikgu Raffi di pintu kelas.

Kelas 4 Mumtaz? Dari nama pun boleh agak murid-muridnya macam mana. Sudah pastilah kelas pertama. Murid aliran agama dan sains sahaja yang menghuni kelas itu.

"Ya cikgu? Ada apa?"
Leman menjawab.
Leman bin Lemang.
Leman suka makan lemang.
Leman suka minum jus lemon.
Leman jual lemang.
Leman perah lemon.

Ok staph .

"Woi jawab salam aah dulu. Lemangkuk punya Leman."
Keluar dah biadap si Mira ni.

"Tah kau Leman. Penyepak nak?"
Dah tentulah Zeti pula membidas dari pihak kerajaan sebagai Menteri Kedua menentang Leman si Ketua pembangkang dengan megah--

Ok aku janji kekarutan ini tamat di sini.

"Eh sudah. Ingat cikgu tombol pintu kat sini? Ni cikgu nak , hmm"
Terjeda seketika kata-kata lelaki itu. Seorang demi seorang murid kelas tersebut dipandang. Tak masalahnya sekarang ni , dia tak ingat nama.

Hah ni memang typical guru-guru. Tak ingat nama murid. Sedangkan dah terang-terang murid kelas tersebut senior. 4 tahun dalam sekolah tu.

Tilik punya tilik. Akhirnya matanya bertembung dengan Zeti. Hah mangsa detected.

"Hah cikgu nak Zeti tolong cikgu lukis mural weekend ni , boleh?"
Habis pun ayat cikgu ni.

Mural? Suatu benda yang tidak asing lagi bagi murid-murid Sekolah Menengah Al-Nizam. Bangunan-bangunan di sekolah ini pun penuh dengan lukisan. Macam-macam lukisan ada.

Nak tengok?
Mohon mimpi.

"Alah cikgu. Siapa partner saya?"
Yes gais partner itu penting. Naknya dapat crush,tak pengsan si Zeti ni? Lagikan pula dapat haters,lagi perit haktuih

"Izhar Raihan dari kelas 5 J.Jiddan ( Jayyid Jiddan )"
Lelaki pertengahan umur itu mengetuk sedikit dahinya dengan jari telunjuk tanda mengingat sesuatu.

"Raihan dak ekonomi tu cikgu?"
Mira pula bertanya. Budak ni memang,semua dia kenal. Lebih-lebih lagi senior.

Bukan type perempuan gedik. Mira memang type perempuan yang tak macam perempuan. Peramah tak tentu pasal. Lebih-lebih lagi budak lelaki. Manalah acah sombong macam senior perempuan.

Inikan pula Izhar Raihan. Memang dia kenal sangat. Geng main basketball dia tu.

"Ya"
Ringkas sahaja respon Cikgu Raffi.
Malas nak bagi author taip panjang-panjang.

"Ajak Mira boleh tak cikgu? Saya tak biasalah dengan si -- apa nama dia tadi? Raimah? Raihani? Aah apa apa ja lah"
Bongok mula menguasai diri insan berketinggian 170 cm atau namanya Zeti Koala. Eh Arsya!

"Izhar Raihan lah bengong"
Dahi rakannya ditunjal. Maghoh ni maghoh.

"Suka hatilah. Weekend ni ok? 10 a.m. sharp"
Arah Cikgu Raffi.

"Ai ai captain"
Serentak dua sekawan itu menjawab. Mira menayangkan gigi arnabnya manakala Zeti pula senyum menunjukkan gusi.

Weekend ni?
Izhar Raihan?
Kot-kot jadi crush baru.
Insyallah.
Huhuhu.

Ya, Zeti mengelamun. Ligat otaknya membayangkan wajah Izhar Raihan. Maklumlah dia bukan seorang yang mudah rapat dengan orang. Lebih-lebih lagi lelaki. Memang kamus hidupnya suci daripada memori berbual dengan lelaki melainkan baba dan abangnya. Lainlah kalau penting sangat.

Sedang elok dia termenung. Ustaz Firash melangkah masuk. Subjek Pendidikan Agama Islam. Memang favourite ZeRa ni lah.

Hah apa lagi?
Sambung belajarlah.

++
TBC

Al-Nizam : Peraturan

So kiranya SMK Al-Nizam ni maksudnya sekolah berperaturanlah

Vomment ?
If u did , then May Allah bless you 🌹

We Belong TogetherWhere stories live. Discover now