21

0 0 0
                                    

Trut truttt.....
Trut truttt...

"Hello?"

"Mama...!"

"Eh napa ni Qee..?"

"Err err..."

"Kenapa?"

"Tolong..tolong ke hospital sekarang..!"

"kenapa,sapa yang masuk hospital ni...?"

Tenang suara amey tapi sebenarnya dia tau siapa yang dimaksudkan Iqee.

kalau bukan Yeyen siapa lagi selain itu kan..

Setelah diberitahu alamat hospital,puan Zaharah  bergegas ke sana.

..........

"Kenapa boleh jadi macam tu kenapa Iqee tak halang robot tu?!"

"Iqee..."

"Kau tak tau tentang dia Iqee..."

Iqee tenung wajah risau ibu mentuanya.Wajah itu sedang merenung jauh ke dalam bilik wad ICU di sebelah kanan.

Apa yang aku tak tau?

Apa yang aku terlepas tau?

Iqee!

Dia tengok ke depan sana pulak.

Aunty Maya bersama Rakel.

"Bagaimana keadaan Yeyen?"

Rakel di sebelahnya manahan rasa di hati apabila nama pompuan itu disebut.Bencinya dia!

Dialah yang mengatakan kepada Iqee bahawa Yeyen adalah gadis yang suka sesama jenis malah dia juga mengelabui fikiran Iqee konon-kononnya Yeyen pernah melakukan hubungan seks dengan teman sebilik ketika di luar negara dulu.

Itu adalah bohong hanya sebuah cerita yang dikarangnya.

Tapi apapun yang dikatakannya tetap tidak menghalang orang tua Iqee dan Yeyen melangsungkan ikatan sah kontrak itu.

"Iqee .... "

Meleret suara Rakel memanggil nama kekasih hatinya itu sambil tangannya perlahan menggenggam jemari Iqee.

Ibu Iqee sampai di tempat mereka.Engku Qaziwa melihat Rakel yang melekat di sisi anak lelakinya.Satu perasaan lain yang membuatnya hampir tak mampu menahan amarah kebencian..

Jantan tak tahu diri!

FEELING:PERASAANKUWhere stories live. Discover now