1

1 0 0
                                    

Harghhhh!!

Bangun je terus jerit-jerit persis baru saja nampak hantuJerit pun macam ada yang tak kena maksudnya cara jerit salah.Tak faham?abaikan.
.
Itu aku.😂

Krit.....!

Pintu dibuka dari luar.

"Wei,dah kenapa jerit-jerit ni?"

Lembut tapi tegas bercampurkan nada kasar.

Kakak kembar aku.Cantik sangat sebab makeup tebal.Bedak 5 inci hampir tak kenal kakak sendiri eheks.

"Kak..."

"Kenapa,masih tak puas hati sebab suami tak datang ke majlis nikahnya sendiri?"

Aku tunduk.Senang je teka.Memangnya kalau kembar ni ada koneksi fikiran kah?

Ada seperkara dia tau.

"Dah biarkan.Yang penting Yeyen dah sah jadi isteri Mr.Prince hihi."

Aku diam.Sedih tau tak.Apelah suami tak datang kat majlis kahwin dia.Terpaksalah aku keseorang duk layan tetamu.Tak ada hati nak duduk kat pelamin kalau putera sehari aku tak ada.

Ketika majlis tunang pun dia tak pergi doh!

Haiiii nampak sangat pasang tembok tinggi-tinggi tak nak aku nampak wajah dia.:-\

Ikutkan hati aku tak naklah kahwin dengan sesiapapun walhal  orang tu kacak kalah malaikat dan punya gelaran setaraf tengku atau putera ataupun tuan muda hurmmm..!

Sebab aku dah pasang satu tekad dalam hidup aku iaitu
TIDAk AKAN MENCINTAI,MENYAYANGI LELAKI ATAU MENGAHWINI MANA-MANA LELAKI NOKTAH!
KECUALI ABBA(MY BELOVED DADDY)AND KEJOY(SI COMEL ADIK)AND ALL MY FAMILY DAN EX AKU ITUPUN KALAU ADA HAHA!

But....

Setelah aku habis study diploma and dah convo..

Tiba-tiba saja aku dibagi kejutan.Ingatkan kejutan apalah sangat like kereta,house,ataupun party...

Rupa-rupanya amey dan abba dah sediakan jodoh untuk aku!!

Sekelip mata gitu.

Weh weh weh aku tak sempat pun hirup udara segar sebab dah bebas daripada kekangan kertas black and white,perah otak jawab abc,subjektif dan essei.Aku tak sabar nak kerja sebagai pramugari kapal Airlines Malaysia haduhhhh...

Lalu..begitulah yang terjadi.Sedihnya aku kawan-kawan,takdir aku dah ditentukan.Iya aku setuju DIA yang maha kuasa mengatur segalanya di bumi ini tapi yang aku tak puas hati sangat manusia pandai-pandai ubah jalan hidupku walaupun yang aku tengah membawangkan ni abba dan amey.

Erk sorry ya amey dan abba hihi.Anakanda bocorkan rahsia.

Tapi tak apalah.

Pasal jodoh biarlah abba dan amey yang bagi.Aku dah tak tau   mati akal nak halang mereka ni.

"Wei!"

Aku tersentak.

Sakit telinga aku dia jerit dekat sangat.

Lol lah kakak ni.

"Tak habis-habis mengenang nasib dijodohkan ke?"

See.Dia dapat teka lagi woww..

"Hehe."

"Hehe...tu maksudnya iya kan?"

Dan kadang soalannya itu buat aku macam diri aku ni bodoh sangat.Kenapa bagi signal tak betul ni?

"Mm ya."

"Tak perlu fikirkan sangatlah,Yeyen akan nampak juga dia tu."

"Oklah."

"Dah,kakak nak tidur dah ni penatlah."

Aku tengok jam di meja kecilku.

10:45 p.m.

Padanlah sangat.Tidur sebelum jam 11:00 p.m. dan bangun selepas jam 5:00 a.m.My sister's set timer.

"Good night girl.."

"You too my twin"

Dan pintu bilik aku kembali tertutup rapat.

Tidurlah.

Tak perlu fikirkan lelaki itu yang mungkin tak mengharapkan kehadiran kau pun.

Hmm..

FEELING:PERASAANKUWhere stories live. Discover now