Buat wanita di luar sana, ingat kita berada di dua persimpangan pada pandangan mata 'lelaki'.
1. Pemuas Nafsu
2. Permaisuri SyurgaJangan lupa, kita adalah kaum yang sangat mudah tembus ke Syurga namun juga mudah dicampak ke Neraka. Konsepnya satu sahaja, baliklah ke jalan Allah. Jaga solat 5 waktu, tutuplah aurat, pelihara maruah dan harga diri. Hormati ibu ayah. Utamakan Allah dalam segala hal. Jadikan para isteri Rasulullah SAW sebagai qudwah.
Tidak mengapa, kita tidak menjadi siulan oleh para jejaka. Asalkan kita menjadi bualan penduduk langit. Biar kita tidak punya kulit putih gebu, wajah yang halus mulus, senyuman yang menawan hatta bentuk badan yang menggiurkan. Asalkan kita menjadi 'hamba' yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Yakinlah dengan sendirinya kita akan memiliki segala keindahan, kecantikan, keanggunan apabila menjadi ketua bidadari di sana. Konsepnya, balik ke jalan Allah.
Dirimu sangat berharga hawa sayang. Berhenti dengan dunia couple. Kawal nafsu dengan puasa sunat, dan bacalah quran. Jadikan quran sebagai 'couple'. Bangun solat malam, tahajud. Menangislah dan terus menangis. Moga kita tidak lupa bahawa dunia diciptakan untuk manusia, namun manusia diciptakan untuk akhirat.
Marilah...pulang.
Moga tak terlambat.
Kembali ke jalan Tuhan-Mu.
😊