Kenapa wajah kita ada iras-iras wajah ibu dan ayah? Renungkan.
WAJAH
Allah ta'ala tidak mencipta wajah aku persis mak dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dicipta begini supaya tiap kali aku merenung cermin, aku nampak mak ayah aku.
Dan kita semakin tua, wajah kita semakin iras mak ayah, kerana mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu.