Prolog

257 0 0
                                    

Gambar dalam album ditatap.Dia tak kuat.Wanita yang paling dia sayang meninggalkannya tanpa sebarang alasan.Mengapa?Kenapa?Dia sangat tulus mencintainya.Sentiasa menemaninya.Tidak layakkah dia untuk menjadi penghuni di dalam hatinya.

Aku suaminya.Mengapa tinggalkan abang Fatia?Abang sangat mencintaimu dengan setulus hati abang.Abang sangat merinduimu Fatia.

Gambar perkahwinannya bersama dengan Fatia diusap.Air mata jantannya menitis jua.Kerana seorang wanita yang bernama Fatia Qisreena.

"Aku terima nikahnya Fatia Qisreena binti Rizal Arsyad dengan senaskhah Al-Quran."

Fatia tersenyum kerana lelaki yang sangat dicintainya melafaz ijab kabul untuknya.Kini Fareeq Izhad miliknya.Air mata kegembiraan akhirnya mengalir di kolam matanya.Tak sangaka jodohnya bersama lelaki yang sentiasa setia dengannya.Syukur Ya Rabb.

Izhad mendekatinya lalu bersimpuh depannya dengan senyuman manisnya.Kali pertama Fatia melihat senyuman Izhad semanis itu.Selama berkawan dengannya,Izhad tidak pernah menunjukkan senyumannya yang sebenar.

Ya lah mereka hanya berkawan saja dahulu.Kebetulan jiran pulak tu,senang sikit persiapan majlis mereka.Semuanya kelihatan ringkas tetapi meriah.Mereka hanya mengadakan majlis akad nikah yang ringkas sahaja memandangkan jemputan tetamu agak banyak dan memerlukan banyak kos.Semua sanak saudara belah perempuan serta lelaki juga datang.Kawan-kawan mereka juga turut dijemput.

Solat sunat berjemaah berimamkan Izhad diikuti dengan para jurugambar.Acara pembatalan air sembahyang dimulakan selepas mengadakan solat sunat.

Cincin di dalam kotak berwarna merah hati itu diambil lalu disarungkan ke jari manis Fatia.Kini giliran Fatia.Fatia mengambil cincin yang berbentuk serupa dengan cincinnya lalu menyarungkan di jari manis Izhad lantas mencium tangan Izhad.

Berkolam mata Fatia menahan rasa gembira pada hari perkahwinannya.Dia tersenyum manis dengan Izhad.Senyumannya semakin pudar apabila mengingati ibunya yang sudah lama dijemput oleh Ilahi.Alangkah bahagianya apabila ibunya masih hidup dan sudah mesti ibunya tersenyum gembira.Rindu pada arwah ibunya.Dia tersenyum kelat.

Izhad yang perasan terhadap reaksi isterinya lalu menegur.Tangannya mengusap air mata di pipi isterinya.

"Kenapa?Kau rindu pada mak kau?"

Fatia hanya menganggukkan kepalanya.Tidak mampu diungkap.Air matanya tidak henti mengalir.Sedih dengan kehidupannya.Ibunya pergi semasa dia masih kelihatan mentah lagi.Berumur 9 tahun dan sekarang dia berumur 25 tahun.Izhad sangat memahami dari dahulu hingga sekarang.

"Dah,jangan menangis.Ini kan hari bahagia kita.Mak kau akan gembira bila anak perempuannya sudah menjadi isteri orang.Kau akan jadi lebih matang lepas ni dan tanggungjawab kau dengan aku sekarang akan lebih besar.Mak kau akan bangga nanti.Dah,jom kita bergambar."ujarnya sambil tidak henti-henti mengusap air mata Fatia.

Mak andam di sebelah Fatia mengambil begnya lalu disoleknya sedikit.Fatia yang selesai bersolek duduk di sebelah Izhad di atas pelamin.Izhad dengan semerta merangkul pinggang Fatia lalu tersenyum manis melihat kamera.Fatia yang sedikit terkejut dengan tidakan drastik Izhad itu hanya mampu tersenyum sambil melihat Izhad.

Kcak!!!

Tit.Tit.Tit.

Air mata jantannya tidak mampu lagi dia sembunyi.Perit sangat menanggung perasaan rindu pada isterinya.Teresak-esaknya menangis.Kenapa Fatia?Apa salah abang Fatia?Fatia tak bahagia kah hidup dengan abang?Maafkan abang kerana tidak menjadi suami yang terbaik untuk Fatia.Abang gagal bahagiakan Fatia.Maafkan abang.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bicara RasaWhere stories live. Discover now