dua

38 6 10
                                    

minji terbangun dari mimpinya secara tiba-tiba. dia tengok jam baru pukul 2 pagi tapi perut dia berkriuk-kriuk, lapar. jadi dia pun basuh muka dan pakai jaket, nak keluar beli meggi. almaklumla, meggi rumah mereka tinggal plastik ja. masing-masing sibuk sampai lupa nak beli baru.

minji menuruni tangga lalu menyarung selipar. tv tiba-tiba terbuka mengejutkan dia. dia menjenguk kepala ke sofa dan menghela nafas lega. erine tengah buat marathon harry potter.

"gi mana tu?" tanya erine sambil menguyah roti serat.

"nak pi beli meggi. nak apa-apa ka?" pelawa minji. alang-alang tengah rajin an?

erine menggeleng tetapi menghalang minji daripada pergi. dia menyepak yuwoo yang kononnya nak join tengok marathon harry potter sekali tapi last-last dia tidur dulu. yuwoo terjaga.

"aku kat mana ni?" tanya yuwoo mamai. 

"pergi teman minji pergi kedai," arah erine. yuwoo mengeluh kemudian pergi cuci muka dengan tak relanya. dia menyarungkan jaket dan selipar. "leggo!"

☆☆

mereka berdua masuk ke dalam 7E. minji bergerak ke kawasan meggi manakala yuwoo bergerak ke kawasan snacks.

minji mencapai pek meggi asam laksa tetapi malangnya ada sepasang lagi tangan yang turut mencapai nya. lihatla betapa fames nya meggi. fuh, saiya jeles. dia menjeling tuan tangan tapi terkaku sebab tuan tangan comel.

"oh, kau ambik la. aku boleh ambil yang tomyam punya," kata lelaki tersebut sambil tersenyum manis. sesungguhnya minji tak kuat. buku lali dia bergetor.

tak sempat nak berterima kasih, lelaki tadi dah belah terlebih dahulu. hm, takda jodoh.

yuwoo mendekati besprend nya dengan pelbagai jenis snacks di dakapan. dia pelik kenapa kawan dia nampak broken.

"kau kenapa weyh?" tanya yuwoo risau.

minji menggeleng kepala, "aku nampak bidadara tadi. hiks," haa sudah.

yuwoo cepat-cepat mengheret minji ke kaunter lalu membayar barangan mereka. usai urusan tu, dia mengheret minji ke rumah sinaran.

"aku janji kau akan jumpa lelaki yang lebih hensem dekat pulau 2(x-y) nanti. dah,dah. tamau nangis-nangis," pujuk yuwoo sampai sahaja mereka di perkarangan rumah sinaran. minji menyeka air mata nya lalu mengangguk.

minji masuk ke dalam rumah untuk makan meggi. dia lapor. yuwoo pula masih di luar. nak hirup udara segar katanya.

"cik! cik! jangan masuk lagi cik!"

dia terdengar suara lelaki menyahut. dia taknak perasan so dia buat taktau lantas memulas tombol pintu. baru ja nak masuk lengan nya ditarik laju.

dia terkejut sebab laki ni macam cashier tadi. tapi bukan tu yang buat dia speechless, dahi bersinar cashier tu yang buat dia speechless. aumm dahi.

"ni baki tadi. kau terlupa ambil," terang cashier itu dengan muka dingin. wuu nampak batu gitew. yuwoo tunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih.

cashier tu turut membongkok. dan suasana menjadi krik krik pabila lelaki tu tak reti nak belah, "masuk dulu. bahaya anak dara duduk luar malam-malam ni."

cashier tu langsung tak pandang muka yuwoo. dia mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum menutup pintu.

"ENCEM SHIAA CASHIER TU HUAA !" yuwoo melalak di hadapan tv. minji melempar bantal kena tepat muka yuwoo.

"wei, memekak pa woi! pi tido, yuwoo," marah erine lalu sambung tengok tv macam takda apa-apa berlaku.

☆☆

jisu terjaga apabila dengar bunyi jam locengnya memainkan lagu hero monsta x. dia menutup alarm nya cepat-cepat dan baring semula atas katil. nak terlelap ja dia baru teringat yang dia kena bangun awal untuk minta cuti.

"spoil mood ah kerja ni!" rungut jisu.

dia menuruni tangga dan ke dapur. jisu menempatkan pan atas dapur. nak buat pancake. selang beberapa minit yuyan masuk dapur dan bancuh air.

"awal bangun," yuyan memulakan perbualan. 

"aku tak rela bangun awal," balas jisu sambil menayang muka redho membuatkan yuyan tersenyum.

tu cara dia gelak, kay. yuyan takda aih nak gelak terbahak-bahak, bertepuk tampar macam kawan-kawan dia.

"kau ada ceramah ka harini?" tanya jisu. yuyan mengangguk, "aku nak kena minta tukar tarikh ceramah untuk minggu depan," jawab yuyan.

"wah kita jadi mat salleh harini gaess!"

mereka menoleh ke belakang dan terpampang la seketul minji di meja makan. ramai hairan macam mana dia boleh jadi doktor sebabkan perangai dia. tapi rezeki orang lain-lain.

"pergi kejutkan yang lain," arah jisu. minji mencebik lalu mengeluarkan handphone samsung S20 nya. dia mendail nombor seorang demi seorang untuk minta diorang turun.

" aih, berat pungkoq aih," perli yuyan. 

minji menayang bontotnya sambil menjelir lidah, "uwekk, biarlah," yuyan mengurut dada nya berulang kali sambil mulut nya terkumat kamit 'ya latiff' berkali-kali. 

"RASA SAYANG AYE! RASA SAYANG SAYANG -- ADOII!" 

mereka dengar yuwoo dihempuk dengan handbag gucci milik nana oleh chaerin.

"suara tak sedap takyah nyanyi aa!"

"macam la suara kau tu sedap sangat!"

"handbag gucci aku tagune!"

"gucci secondhand buatpe"

"eh, of course! kalah dato' seri nurhaliza kay!"

tuan-tuan suara tiba saja di dapur dah kena serang dengan tepung yang dibaling oleh jisu, "EEEWW! mohon jangan samakan suara kau dengan legend kita!" 

maka peperangan tepung pun berlaku di dalam dapur rumah sinaran gara-gara chaerin yang mengaku suara dia lebih lunak daripada dato' siti nurhaliza membuatkan semua, lagi-lagi jisu tak setuju langsung. 

enjoy two chaps first

satu dalam sejuta | kpop multiWhere stories live. Discover now