13

2.1K 116 43
                                    

"Shane!"

Puan Lily berjalan pantas. Di belakangnya kelihatan Christina Dan juga Uncle Joe, cuba untuk mengejar langkah Puan Lily.

Shane yang tadi duduk, terus berdiri sebaik mendengar suara ibunya.

"Shane, kamu okay?" Puan Lily menerpa kearah Shane. Wajah Shane yang terdapat kesan lebam serta tampalan kecil dibelek.

Uncle Joe sempat berjabat tangan dengan Chris, Ikmal dan Zane. Wajah mereka juga terdapat beberapa lebam.

"Shane okay. Lebam sikit je ni ibu." Tangan Puan Lily yang masih dipipinya, disentuh lembut.

Wajah risau Puan Lily sedikit mengendur.

"Alex macam mana?" Christina disisi Puan Lily, menyoal.

"Alex masih dekat dalam, doktor belum keluar lagi." Shane memandang pintu emergancy yang masih tertutup rapat.

"Harapnya, takde apa-apa yang serious." Uncle Joe bersuara. Semua diam, sekadar memandang pintu emergancy tersebut.

"Apa sebenarnya yang jadi, Shane?"  Soal Uncle Joe. Shane memandang rakan-rakannya.

"Dendam, ada orang yang berdendam dekat kitorang." Balas Shane.

"Dendam apa pula? Kamu ada buat jahat dekat orang ke Shane? Kamu buli orang?" Celah Puan Lily.

"Bukan aunty, kami tak buli orang pun... Cuma ada masalah sikit dengan orang yang belasah Alex tu. Dia atlet kolej, tapi dia guna barang terlarang... Alex nampak, then bagitau pihak atasan."

"Sebab laporan Alex tu, budak tu kena buang dari pasukan and biasiswa dia kena tarik balik. Sebab tu dia berdendam sangat dengan kami." Terang Zane. Uncle Joe menggeleng.

"Haih, dah salah sendiri masih nak salah kan orang lain. Kamu dah buat report polis?"

"Dah uncle, tadi polis bantuan yang leraikan kami. Kami terus buat report." Ikmal menjawab.

"Hmm.. Baguslh. Biar polis ambil tindakan. Jangan masuk campur dan buat tindakan sendiri macam tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa dekat kamu semua. Faham?" Uncle Joe memberi peringatan.

"Tapi tadi... Diorang yang mula kan dulu. Kalau kami tak datang, entah apa jadi dekat Alex." Shane membela diri.

"Ye papa faham. Tapi lepas ni, jangan lagi ambil tindakan sendiri. Kita serahkan je pada polis. Biar polis buat kerja mereka." Tambah Uncle Joe.

Pintu emergancy trbuka, seseorang beruniform biru keluar dari wad kecemasan tersebut.

Puan Lily orang pertama menghampiri doktor tersebut. Diikuti yang lainnya.

"macam mana dengan anak saya, doktor?" Soal Puan Lily, kerisauan.

"Syukur takde apa-apa yang serius. Cuma sekarang ni dia masih belum sedar. Nanti bila kami dah pindahkan ke wad biasa, baru lah ahli keluarga boleh melawat. Sekarang ni cuma seorang sahaja yang dibenarkan untuk teman pesakit." terang doktor Panjang lebar.

Semua melepaskan keluhan lega. Yang paling lega, sudah semestinya Shane.

Shane bersandar pada dinding, tersenyum lega. Barulah tubuhnya terasa letih Dan sakit-sakit.

Christina menghampiri Shane. Tangan Shane dicapai lembut.

"Marilh kita balik, awak tentu penat. Biar aunty yang jaga Alex malam ni. Awak balik rehat, esok kita datang tengok Alex." Tangan Shane digenggam. Shane tersenyum nipis.

"Thank you, sayang. Jom kita balik." Shane menegakkan tubuh. Tangan Christina di dalam genggaman, dieratkan.

Christina membalas dengan senyuman manis.

******

"Ibu." Shane menyentuh bahu Puan Lily. Bahu Puan Lily digerakkan sedikit.

Puan Lily yang tidur di sofa, bergerak sedikit apabila dikejut. Matanya dibuka.

"Hmm.." Puan Lily mengesat mata.

"Ibu balik lah, rehat dekat rumah. Biar Shane dengan Tina jaga Alex pula. Ibu dah semalaman jaga Alex."

"Hmm... Okay. Ibu nak pergi basuh muka dulu." Balas Puan Lily, seraya bangun meninggalkn wad Alex.

"Shane, awak patut hantar aunty balik. Kesian aunty, mesti penat. Bahaya drive penat-penat ni." Christina memberikan cadangan.

"Tapi, awak takpe ke sorang-sorang dekat sini?" Shane serba salah.

"Jangan lah risaukn saya, saya ni sihat. Bukannya sakit pun. Awak patut riasukan aunty, aunty tu penat. Kesian dia." Christina tertawa mendengar jawapan Shane tadi

"Okay lah, okay. Awak tolong tngok kan Alex. Kalau Alex dah sedar, call saya. Kalau ada apa-apa, bagitau juga." Shane berpesan.

"Iye, saya faham." Christina gelak lagi.

"Ingat tu?"

"Iye-iye... Ingat. Dah, pergi hantar aunty." Christina menolak tubuh Shane menuju ke pintu. Dalam keadaan terpaksa, Shane melangkah keluar dari wad.

Christina mengambil tempat pada  kerusi, disebelah katil yang dibaring Alex. Wajah Alex yang lebam, serta berbalut pada kepala dipandang.

Mata Alex masih tertutup rapat. Belum sedar.

"Alex, awak kena kuat. Ramai yang tengah tunggu awak." Christina bersuara. Berharap Alex mendengar.

Seluruh tubuh Alex diperhati. Tangan kanan Alex terpaksa disimen kerana patah.

Perlahan-lahan Christina cuba untuk mengenggam tangan kiri Alex yang terdapat jarum drip air. Tangan Alex dielus lembut.

Christina cuba untuk membaca tag pesakit yang terdapat pada pergelangan tangan kiri Alex. Wajah didekatkan, untuk membaca.

Name: Alexine Adrian Watson
B. O. D: 14/09/1998

Mata Christina membesar.

Serta merta pegangan pada tangan Alex trlepas.

Christina menekup mulut tidak percaya.

Wajah Alex kembali dipandang, dengan wajah tidak percaya.

Air mata mula bergenang pada tubir mata.

"Alex..." Bisik Christina, prlahan bersama airmata mengalir di pipi.

Yezaaa... Amacam🤣🤣🤣

Sorry late..

Vote gaizzz... Lebih 25 vote, baru saya update next chap😅😅😅

Sorrry mnyusahkan..

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now