Bab 7

501 43 9
                                    

Title : Hot Duda Vs Miss Cute.
Writer : Dyafarisa Farisa.
Edited : Iza Iman.
Genre : Sabahan Slang.

Bab 7- Dia Kembali.

LAMA si Duda menunggu jawapan. Si Angkol dengan jayanya kasih habis tu nasi goreng. Licin bah tu piring. Sengaja sebenarnya. Hahaha...

"Lakas  bagitahu sia dimana ada jual tu ubat kasih hilang nakal?" Inda sabar tu hati arr. Sempat lagi si Angkol lap mulut dia.

Senyum penuh makna ne si Angkol. "Kahwin lah. Tu ja ubat dia. Tu ubat memang tiada dijual di mana-mana." Hilang seri terus tu muka si Duda.

"Kenapa muka kau begitu? Inda happy kah? Dulu Candy pun sia anggap macam adik. Tapi tulah, jodoh mahh... Siapa kita mau menolak?" Erick bersiap sudah mau pigi jumpa tu si pembeli. Kalau boleh, ini hari siap tu urusan.

"Kau guna laitu kereta sia. Tapi kau hantar dulu sia pigi rumah Mummy. Kau masih ingat bah kan jalan di KK ne? Inda juga kau sesat." Ne si Duda menyindir ja arr. Si Angkol geleng-geleng ja kepala.

"Tanah kelahiran sia pula ne. Bikin malu ja kalau tidak ingat jalan. Hahaha..." Lama bogia si Angkol inda ketawa happy. Kalau di rumah sweet melampau. Nasip tiada semut pigi singgah.

***

ERICK singgah di sebuah restoran. Tetiba tu perut teringin makan soto. Hmm... Kalau ada Candy bersama, mesti dunia ne dorang yang punya. Kuhhhh... Erick ambil tempat paling depan. Malas bogia si Angkol bejalan pigi belakang. Sementara tunggu order, mata si Angkol tenampak susuk tubuh betul-betul dia kenal. Tegeleng-geleng tu kepala arr. Harap apa yang dia tinguk tu bukan bekas si Duda. Tapi, makin dekat, bertambah tu debaran di dada. Bikin jantungan bilang si Angkol.

Yuna dengan ayunya masuk ke restoran dimana Erick berada. Terhenti langkah kaki Yuna bila terlihat si Angkol tengah minum. Apa lagi si Angkol pura-pura tidak nampak Yuna bediri tegak di depannya.

"Erick..." tegur Yuna. Tanpa dipelawa, Yuna duduk ja arr. Erick hanya tersenyum.

"Haii..." Sepatah ne ja keluar dari mulut Erick. Inda tahu mau bagi reaksi apa.

"Kau apa khabar?" tanya Yuna ramah.

Si Angkol tetap cool arr. Inda mau kasi ketara tu kabak-kabak. Inda tahu kenapa tu jantung inda spoting. "Sihat." Sepatah ja si Angkol mampu jawap. Tu mulut macam kana gam.

"Rick, maaf lah buat kau rasa inda selesa. Sia kebetulan ja singgah sini. Erm... Bukan kau di K.L kah? Kenapa kau di sini?" Terberhenti Erick kasi suap tu sup di mulut dia.

"Ada urusan sikit." Entah kenapa Erick rasa tidak sedap tu hati.

"Kau ada jumpa Rykarl?" Erick tarik nafas panjang.

"Sia harap kehidupan kau selepas berpisah dengan Rykarl dalam keadaan baik saja. Kau tau kah, kesan dia amat dalam Rykarl rasai. Gara-gara keputusan tidak masuk di akal, Rykarl sikit lagi mati. Kau mau tau sebap apa?" Hilang selera Erick mau makan tu soto.

"Lepas ne kalau kita tejumpa lagi, sia harap kau tidak akan tegur sia sudah. Bukan sebap benci kah apa, sia tidak mau kehadiran kau buat hidup Rykarl tidak tenang. Dia sudah kahwin dan hidup bahagia sekarang. Pilihan kau yang dulu, kekalkan di dada kau tu. Sebap berpisah bukan jalan terbaik. Tapi..." Si Angkol tinguk cara Yuna berpakaian. Luar dari biasa bilang si Angkol.

"Rick, sia tau keputusan sia dulu buat hati Rykarl terluka. Bukan dia saja rasa tu kesakitan. Sia pun rasa yang sama. Betul Rykarl sudah kahwin?" Soal Yuna, kabak-kabak tu jantung arr.

"Ya." Sepatah ja si Angkol jawap. Hancur tu hati Yuna dengar. Selama ne Yuna cuba untuk setia. Yuna yakin Rykarl tidak akan bersama perempuan lain. Ternyata keyakinan dia tu silap besar.

Hot Duda Vs Miss Cute.Where stories live. Discover now