Bab 10

533 50 8
                                    

Title: Hot Duda Vs Miss Cute.
Writer : Dyafarisa Farisa.
Edited : Iza Iman.
Genre : Sabahan Slang.

Bab 10- Rindu.

MELLY inda selesa tidur sekatil dengan si Duda. Tu jantung berdebar terus. Inda lama kana sarangan jantung ohh... pusing sini, pusing sana. Guling-guling pun belum tentu lagi tu mata terlelap. Melly tenung muka si Duda, tenang ja tidur. Lurus arr tu badan, jelas tu muka dinampak. Baru kunu Melly akun tu laki dia handsome tapi tulah kuat betul mengusik Melly. Bikin sakit hati bila dikenang.

"Puas sudah kau silik-silik muka sia?" Tebesar terus mata Melly. Ingat baitu sudah tidur. Termalu arr...

"Anu bah, mana ada," bilang Melly spontan. Terus Rykarl mengiring menghadap Melly.

"Kau dari tadi bergerak saja. Bergegar bah badan sia tu. Kau tahu kah ini tilam empuk? Bila kau pusing-pusing, gegaran dia itu sia boleh rasa. Bila tidur terganggu. Kau pikir boleh tidur balik?" Rykarl tinguk ja muka si Melly. Inda tahu kenapa tu pandangan dia ne malam ada aura lain macam. Mengoda? Aik, si Duda tergoda kaitu?

***

"SEJAK kau kahwin ne, sia tinguk muka kau bukan main berseri."Si Angkol bilang. Tu senyuman arr inda boleh bawa bincang.

"Biasa lah, lama tidur inda berpeluk. Jadi muka pun naik berseri lah." Selamba arr Rykarl menjawap.

"Wow! Inda lama ada berita gembira laini?" Tu kening si Angkol di kasi naik.

"Hahaha... peluk saja bah. Belum lagi arr rasmi. Pelan-pelan bilang." Kotor ne utak dua ekor. Hahaha...

"Karl, esok sia balik sudah ne. Kau sini jaga-jaga. Terutama sekali sama kau punya janda. Sia ada selidik pasal dia ne. Erm... ada BF sudah tu. Tapi tulah BF dia hutang keliling pinggang. Kau hati-hati sama dia. Mana tahu dia pasang perangkap. Kejar-kejar kau minta perhatian. Tahu-tahu ada niat tidak bagus." Pengalaman lama telah mengajar Erick. Erick inda mau rumah yang baru dibina runtuh sebap orang ketiga.

"Sampai macam tu sekali kau pigi selidik dia? Biar betul?" Inda Rykarl percaya ahh Erick sanggup upah orang pigi selidik Yuna. Terharu bah.

"Kau tu mudah memaafkan. Hati lembut betul. Nanti dia bikin drama air mata. Kau terus terima dia balik. Kunu-kunu cinta lama berputik kembali. Kantalkan tu hati kau. Jangan kasi keras macam batu nanti susah pula nama Melly masuk ke dalam sonoo..." bilang Erick berbaurkan gurauan.

"Nanti kau nun jauh di sana,  jangan pula lupa yang di sini. Kenapa lah kau pindah pigi KL tu?  Kan bagus kalau kau di sini. Ada juga kawan bercerita." Sedih pula suara Rykarl.

"Kau ne Karl, mau buat macam mana juga kalau Candy sambung belajar sana? Duii... baru berjauhan seminggu rindu sudah sia. Belum lagi bertahun lamanya. Demi ratu hatiku, sia sanggup pigi hujung dunia bilang. Kalau boleh gapai tu bintang pun sia sanggup berikan. Kuhhh... angan-angan saja beii. Bintang mana mungkin kita dapat pegang. Erm... bintang mainan lah boleh disentuh." Ketawa arr si Duda dengar cerita si Angkol.

"Ingat tu apa sia cakap tadi. Jangan mudah terpujuk tu hati. Biar ada sedikit tersimpan tu rasa sayang. Ingat, kau bukan Duda lagi. Melly tanggungjawap kau sudah." Rykarl terharu ada kawan macam Erick. Tidak putus bagi kata nasihat.

***

SEMINGGU sudah Melly tinggal bersama Rykarl. Sekarang dorang tinggal di rumah banglo Rykarl. Melly inda mau tinggal rumah keluarga dia atau pun Rykarl. Setakat ne belum pernah lagi arr Melly masak. Asyik-asyik makan luar saja. Rykarl tahu Melly inda tahu masak. Nanti lain dimasak, lain pula kejadian.

Melly tinguk ja tu dapur gas. Garu-garu kepala sudah si Melly sana. Rykarl belum lagi balik. Tadi bilang hantar Erick pigi airport. Ada juga Rykarl ajak Melly tapi Melly inda mau. Sekarang kan menahan lapar sudah. Melly ambil telur, kuali bikin goreng tu telur. Pelan-pelan Melly kasi hidup tu api gas. Dia letak tu kuali sana. Bila sudah panas, Melly kasi masuk minyak sikit. Melly kasi pecah tu telur dan digoreng. Melly tinguk ja tu kuali berasap arr. Tu telur pun dikasi biar ja begitu. Inda Melly tahu mau bikin apa. Melly tinguk ja tu telur menghitam baru kunu dia tutup tu api gas. Gigit kuku sudah arr si Melly. Perut pun bernyanyi sudah minta di isi.

Hot Duda Vs Miss Cute.Where stories live. Discover now