Bab 4

93 1 0
                                    

❤SUASANA dalam kafe waktu ini tenang sebab tak ramai orang. Aku mengerling ke luar kafe, memerhatikan hujan yang masih lebat. Tiada tanda hujan akan reda untuk jangka waktu yang sekejap.

Aku tersenyum sendiri. Senang melihat hujan. Seronok tengok manik-manik jernih yang jatuh membasahi bumi. Kalau waktu ini aku berada di rumah, dah lama aku keluar dan main hujan. Tadahkan muka dan badan untuk merasai manik-manik jernih itu.

Aku segera mengalihkan pandangan apabila seorang pelayan yang baru tiba di meja aku, mula menghidangkan pesanan. Serentak itu juga aku menangkap kelibat si Romeo yang baru keluar dari tandas. Dia melangkah dengan tenang sambil matanya tak lepas merenungi aku. Renungannya dah tak berapa nak membunuh tapi kali ini jadi lebih dahsyat.
Renungannya itu mampu membuai perasaan, weii! Sungguh terpesona jadinya melihat mata yang sempurna itu. Sepadan dengan keningnya yang lebat dan terbentuk itu.

Hish... macam mana seorang lelaki boleh memiliki kening, mata, hidung dan bibir yang cantik? Aku cemburu pada rupa yang dia miliki itu!

Aku menghela nafas panjang sambil menjatuhkan pandangan bila dia semakin menghampiri aku. Teh O panas yang ada depan mata, aku tatap dengan perasaan yang tak menentu. Entah apa pandangannya bila aku membalas renungannya itu tadi.
Adakah aku terlihat begitu terpesona padanya? Memalukan!

“Ashlan Aydin.”

Aku mengangkat pandangan. Dia memperkenalkan dirinya?

Owh, Ashlan Aydin.

Aku suka nama itu. Kedengarannya sempurna di pendengaran aku.

“Armilia Malek,” aku turut memperkenalkan diri, saja nak bagitau dia nama betul aku.

“Armilia hanim, I...”

“Bukan Armilia Hanim tapi Armilia Malek.”

“I know.”

Dah tu? Kenapa masih panggil aku dengan Armilia Hanim? Rasanya ini kali kedua dia memanggil aku begitu. Entah apa masalah dia!

“In Turkish, hanim tu maksudnya gelaran untuk perempuan. Kalau lelaki, bey. We greet people dengan panggilan macam tu tanda menghormati. Macam di sini kita gunakan cik, encik, puan.”

Aku hanya mendengarkan saja penjelasannya itu dengan segan. Aku ingatkan dia suka-suka tambah nama aku. Dia pun satu, gunakan panggilan yang aku tak tahu. Dah tu, ini Malaysia jadi tak payahlah panggil aku ikut gaya Turki.

“Macam mana you tahu cakap Melayu?” aku ubah topik perbualan. Dalam masa yang sama aku memang nak tahu sangat macam mana dia boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Ashlan tak menjawab sebaliknya, menyisip minuman dengan tenang. Setelah beberapa kali dia menyisip minuman, barulah dia memberikan jawapan.

“My mom is Malaysian and I’m Malaysian too.”

“Owh.”

“Owh?”

Aku angkat kening. Kenapa dengan ‘owh’ yang aku sebutkan itu?

“Sounds like macam tak sangka. Tak sangka yang Romeo ni faham dan pandai cakap Melayu ke?”

Amboi, dia sebutkan gelaran tu sekali! Dia sengaja nak kenakan aku ke apa ni? Keningnya tu, siap diangkat. Hish, makhluk Tuhan yang satu ni!
“So, apa yang you nak explain dengan ‘work for me’ tadi tu?” aku lari dari topik. Malas nak layan dia mengenakan aku. Tak nak dia memanjangkan hal tengahari tadi. Cukup-cukuplah terkena!

Kelihatannya, Ashlan menarik nafas panjang sebelum meletakkan sebelah tangannya di atas meja sebelum jari telunjuknya mengetuk meja sehingga menghasilkan bunyi yang senada.

Tuk, tuk, tuk, tuk...
Oh, sungguh aku terganggu dengan bunyi ketukan itu. Dah kenapa nak beraksi sedemikian? Macam sedang menimbang sesuatu perkara yang berat pula. Kenapa? Dia mahu menawarkan satu pekerjaan yang sangat berat untuk aku ke? Gaya dia tu macam sedang berkira-kira, adakah aku mampu menggalas pekerjaan yang bakal ditugaskan?

Kau belum kenal aku lagi, Romeo!

“I nak you jelaskan dengan lebih detail tentang surat yang I terima.”

Serentak itu dia mengeluarkan surat dari kocek belakang seluarnya. Surat itu dia letakkan betul-betul di hadapan aku.

“Tadi you kata, surat tu salah.”

Aku sekadar memandang surat itu dengan ekor mata tanpa membukanya. Aku kembali memandangnya sebelum menjawab.

“Ya, surat tu salah.”

Kening Ashlan ternaik.

“Sepatutnya kena dinyatakan dengan jelas dalam surat tu specific charge of the type of offence. Date, time dan tempat di mana kesalahan tu dilakukan.”

“Dan majikan hanya boleh menggantung perkhidmatan pekerja untuk tempoh tidak melebihi dua minggu dengan setengah hari gaji?”

Aku mengangguk, mengiakan ayatnya itu. Kagum aku dibuatnya bila dia boleh mengingati sebutir-sebutir perkataan yang aku ucapkan tadi.

“Nirda... ufff!!”

Aku hanya memandang saja padanya yang mengeluh sendiri. Nampak bengang dan juga kesal sendiri.

“By the way, apa kesalahan yang dah you buat sampai kena suspend ni?”

Ashlan memandang aku untuk seketika, nampak macam berat dan berkira-kira nak berkongsi dengan aku. Entah apa kesalahannya tapi aku pasti agak berat. Mungkin lebih berat! Kalau tak berat, majikan takkan bertindak hingga ke penggantungan kerja. Dan kalau dah melibatkan penggantungan kerja mestilah akan berakhir dengan siasatan dalaman.

“Kalau you tak beritahu, macam mana I nak tolong?” sengaja aku pancing dia untuk buka mulut.

Ashlan mengecilkan mata. Entah apa yang sedang dia fikirkan! Aku tahu setiap kali matanya mengecil begitu pasti ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.

“Jadi, you setuju?”

“Setuju apa?” jujur, aku tak faham.

“Work for me?”

Wajah yang tampan itu aku tatap untuk seketika sambil memikirkan tawarannya itu.

“I nak tahu tentang undang-undang pekerjaan di Malaysia juga. I nak you explain dengan terperinci dan bantu I macam mana nak lawan balik sampai I menang.”

Aku menelan air liur. Kali ini Ashlan nampak bersungguh-sungguh tapi aku... berat hati!

“Okey... faham tapi setakat nak tolong you rasanya tak perlu sampai ‘work for me’, kut?” aku menduga.

“Evet.”

‘Evet’ tu binatang apa pula? Aduh, yang bukan-bukanlah si Romeo ni! Buat aku pening pula. Sudahnya, aku tayangkan rupa tak mengerti.

“Yes. Evet tu maksudnya yes.”

Nampaknya Ashlan dah tak boleh nak buang bahasanya sebab itu sampai terbawa-bawa bila bercakap dengan aku. Kalau macam ni lama-lama aku pun pandai berbahasa Turki!

“I nak you kerja dengan I dan reject offer Nirda.”

Offer Nirda? Bila masa si Nirda tu buat tawaran pada aku? Nirda tu marah lagi, adalah! Tak ada makna si Nirda tu nak tawarkan jawatan Pegawai Sumber Manusia tu pada aku setelah apa yang berlaku tadi. Tentu Nirda sangat tercabar bila aku bertindak membetulkan kesalahannya.

“Dengan apa yang jadi tadi, you rasa Nirda akan offer I kerja ke?”
Ashlan sekadar angkat kening, tak jawab pun pertanyaan aku.

“Dah dia puncanya…” sengaja hujung ayat itu aku suarakan dengan sedikit menekan dan meleret untuk menyindirnya.

Ashlan hanya memandang aku dengan bersahaja. Aku pula mula rasa tak menentu dengan caranya itu. Memanglah dia hanya memandang aku dengan bersahaja tapi, apa yang sedang bermain di mindanya tu? Apa yang dia fikirkan sekarang? Serius buat aku ingin tahu.

“Reject saja offer dia,” dia bersuara setelah agak lama berdiam.

“Seriously?” sungguh aku tak percaya!

“Evet.”


❤“KELAKAR,” komenku sambil tergelak perlahan.

Entah kenapa si Romeo itu boleh berfikiran yang Nirda akan menawarkan aku pekerjaan. Namun aku menghentikan gelakkan dan turut serius bila melihat dia hanya memandang aku tanpa berkedip.

“So... you nak balas dendam pada Nirda dengan gunakan I?” siap aku memeluk tubuh, mahu dia tahu yang aku bukannya bodoh tak boleh nak agak muslihatnya.

Ashlan membetulkan cara duduknya tanpa melepaskan pandangan terhadap aku. Dia kelihatan seperti menarik nafas panjang sebelum mulakan bicara.

“I tak suka nak sebut sebagai membalas dendam, sounds so mean.”

Aku mencebik.

“I prefer… returning the favor. Sounds nicer, isn’t it?”

Okeylah, aku setuju dengan ayatnya itu. Sounds nicer! Tapi sorrylah, dia tak boleh menggunakan aku untuk kepentingannya.

“Sorry, I tak nak terlibat.” aku siap angkat kedua-dua belah tangan tanda back off. Serius, aku memang tak mahu dipergunakan.

Ashlan mengerutkan dahi. Sama ada dia tak faham dengan maksud aku atau dia mahu tahu dengan lebih mendalam.

“I tak berminat nak join ‘returning the favor’ you tu.”

Terus mata Ashlan mengecil. Jujur, aku suka juga melihat matanya yang dikecil-kecilkan begitu. Walaupun nampak mahu mengancam aku tapi seksi!

Armilia, jangan tenung lama-lama anak orang!

Aku muhasabahkan diri. Ya, jangan tunjukkan sangat kegatalan.

“I nak bekerja, cari rezeki yang halal bukannya nak main-main.” Ujarku perlahan dengan kesal.

Sumpah Setia RomeoWhere stories live. Discover now