AKU menggigit hujung bibir, menahan senyum. Entah kenapa mudah sangat aku mengukirkan senyuman sejak semalam. Sejak aku melihat si Romeo tersenyum! Tak sangka senyuman Romeo sangat memikat. Rupanya jadi berlainan sungguh. Hilang rupa serius bila senyuman manis terhias pada wajah tampan itu.
Aku menggelengkan kepala, mahu mengusir perasaan asing yang menyelinap ke dalam diri. Perasaan asing yang bahaya, buat aku macam orang tak betul saja. Tak pasal-pasal boleh tersenyum-senyum sendiri. Kalau ada yang ternampak dan perasan, mau ada yang kata, muka dah cantik tapi senget! Merundum saham aku nanti.
Aku kembali menempatkan diri ke alam nyata. Wajah Oda dan Dila aku tatap dengan tak mengerti. Aku yang kena game, dua orang perempuan tu yang terlebih emo!
“Kalau aku jumpa dia, siap! Tak sangka kawan makan kawan. Tak kembang rambut yang dia rebondingkan tu, jangan panggil aku, Oda!”
Aku tersengih, lucu sendiri. Terbayang rupa Lela selepas dikerjakan Oda. Memang kembanglah wajahnya rambut Lela yang sentiasa lurus macam pembaris itu dek hasil rebonding.
“Aku dah agak, dari awal lagi aku tengok perempuan tu dah semacam. Dan aku dah warning kau, kan Milia? Tapi kau boleh relaks saja!” Dila pula menambah.
“Kau boleh relaks macam tak ada apa-apa berlaku, kan?” Oda siap cuit lengan aku yang baru saja nak menjamah makanan.
“Setakat Zairi saja... chilllah, tak perlu nak emo sangat. Eh, trylah puff ni. Sedaplah!” sengaja aku mempelawa Oda menjamah Creamy Puff yang aku pesan.
Oda memandang dengan tak percaya. Hampir nganga mulut dia! Aku mula mengerling pada Dila yang dah menggelengkan kepala. Dila macam dah tak tahu nak kata apa.
“Tak rugi pun lepaskan lelaki macam Zairi tu. Lelaki tak setia!”
“Masalahnya, ini bukan soal rugi atau pun tidak. Ini soal Zairi tu curang dan Lela tu makan kawan. Kau tu dah terkena dengan dia orang! Faham tak?”
“Faham,” siap aku anggukkan kepala tanda faham dengan apa yang Oda katakan itu.
“Dah tu?”
“Dah tu, apa?” dengan bersahaja aku menyoal sambil Creamy Puff aku sumbat ke dalam mulut.
“Eii... kau ni dah kenapa? Aku tak fahamlah! Macam mana kau boleh relaks saja? Takkan tak ada rasa nak marah? Nak meletup ke? Atau setidak-tidaknya kecewa atau sedih? Kau boleh lagi makan dengan selamba! Apa, kau dah mati rasa ke? Tak terkesan langsung? Apa dah jadi dengan kau ni, Armilia Malek?”
Bersungguh betul Oda marahkan aku. Mujur hidung Oda tak berapa kembang, masih molek dipandang walau terkembang kuncup juga bila marah! Kalau aku ni Oda, mau lunyai Zairi dan Lela semalam. Mungkin Zairi dan Lela dah terbongkang di atas katil hospital dan tak adanya Oda akan makan dengan tenang macam aku sekarang.
Aku menyisip minuman sebelum menjawab persoalan Oda dengan tenang.
“Nak marah dan meletup buat apa? Buang tenaga saja.”
Pap! Lengan aku jadi mangsa tepukan Oda. Nampak sangat Oda tak boleh terima ayat aku itu. Eh, siap Oda besarkan matanya macam gaya mak-mak yang marahkan anak!
“Yalah, kau nak suruh aku buat apa? Jadi perempuan gila? Amuk dan hamun dia orang kat tempat awam semalam? Nak suruh aku meraung dan menangis tujuh hari tanpa henti? Ke… kau nak tengok aku ‘kenyang’ makan hati saja?” kali ini aku lontarkan nada dengan serius, mahu Oda sedar yang aku bukan jenis perempuan yang mudah meroyan.
“Dicurangi dan dikhianati memang sakit tapi aku takkan biarkan diri aku menderita. Move on saja! Tak guna aku nak bersedih macam mati laki hanya kerana lelaki tak setia tu.”
Oda dan Dila melopong bila aku menyambung kata begitu. Masing-masing tayang muka tak mengerti.
“Lagi pun bukan Zairi seorang saja lelaki dalam dunia ni dan ini bukan kali pertama aku putus cinta. Oh, sorry. Bukan putus cinta sebenarnya tapi putus hubungan saja! Aku tak rasa yang selama ini aku betul-betul cintakan Zairi, macam tu juga dengan Zairi.”
Dila mengeluh, nampak pasrah. Tapi Oda masih macam tak boleh terima hakikat.
“Tak payah nak pening kepalalah pasal Zairi dan Lela tu. Aku cerita dengan kau orang pun just nak share apa jadi semalam, bukannya nak buat kau orang emo.”
Itu aku belum cerita habis apa yang berlaku selepas aku putuskan hubungan dengan Zairi. Bukan aku nak berahsia dengan mereka tapi nantilah dulu. Ada masa aku cerita sebab aku tengok mereka dah cukup emo waktu ini. Sekarang ni aku hanya berharap yang mereka takkan susah hati hanya kerana hubungan aku dan Zairi dah berakhir.
“Hi, girls. Sorry, lambat!”
Seorang lagi kawan aku tiba! Sandy yang setiap masa sibuk itu dapat juga munculkan diri pada waktu begini. Bukan senang nak curi masa kawan-kawan aku yang masing-masing berkerjaya itu. Aku saja yang buat masa ini sedang seronok melayari hari-hari yang berlalu tanpa pekerjaan. Huh, terasa macam anak orang kaya sungguh!
“Kenapa nampak stress ni?” Sandy menyoal sambil mengambil tempat untuk duduk.
Aku mengerling pada Oda dan Dila yang masih tayang muka tak puas hati.
“Aku dan Zairi, it’s over. Dah putus.”
Sandy membesarkan matanya sebaik aku memberitahunya tentang status aku.
“Dia ada perempuan lain dan kau pun kenal sangat dengan perempuan tu,” aku menambah sambil tersengih. Jadi tak sabar pula nak tengok reaksi Sandy selepas ini.
“Siapa?” Sandy dengan tak sabar terus menukar tempat duduk. Dia duduk di sebelah aku dengan rapat macam suara aku takkan sampai ke pendengarannya.
“Lela,” aku membalas sambil mengulum senyum.
“Lela mana ni?” Sandy buat muka blur.
“Lela… Lela manja ucuk asam kawan kita tu!”
Spontan tawa aku dan Dila berderai. Jawapan Oda memang melucukan! Sandy pula dah terkejut, sampai terbeliak matanya.
“Oh, nope! Nope anymore. Officially, dia bukan lagi kawan kita! Kita takkan lagi berkawan dengan orang macam tu. Dia plastik dan tak layak jadi kawan kita,” Oda menambah dengan tegas.
Aku menepuk dahi. Sampai begitu sekali si Oda!
“Err, seriuslah!”
“Serius, Sandy!” Dila mencelah, siap anggukkan kepala.
“My god! Lela? Lela... how can she… arghh! I can not brain!” Sandy mengeluh, nampak kecewa.
Aku segera menyentuh dan menepuk perlahan lengan Sandy. Tak perlu nak kecewa sangat sebab aku dah tak rasa apa-apa pun sekarang ni.
“Relaks… aku okey aje. Tak kisah pun Zairi tak ada dalam hidup aku.”
“Macam mana kau boleh tahu? Zairi mengaku? Atau Lela yang cerita? Oh… serius, babe. Aku still tak percaya ni!” Sandy nampak begitu berminat nak tahu.
Aku menarik nafas panjang. Nampaknya, aku terpaksa ulang cerita tentang hal semalam.
“Aku terserempak dengan dia orang semalam depan restoran. Dia orang nampak begitu mesra sambil berpimpin tangan. Muka bahagia tu jangan ceritalah, terpancar jelas sebelum muka masing-masing kebiruan bila nampak aku.”
“Then, kau buat apa?” Sandy menyoal.
“Aku nak buat apa? Pandang dan senyum sajalah. Owh, aku wish dia orang semoga bahagia hingga ke jannah. Pastu jangan lupa jemput aku bila kahwin nanti!”
“That’s my friend!” Sandy menyahut dengan gembira sambil menuding ke arah aku.
“Kalau aku, debik aje dua makhluk tu!” ujar Oda sambil menayang penumbuk.
Dapat aku bayangkan macam mana gaya Oda mendebik Zairi dan Lela. Aku dah pernah nampak Oda mendebik orang!
“Relaks, buat apa jadi gorila kalau kita boleh jadi perempuan terhormat?”
Aku setuju dengan Sandy. Jadi perempuan terhormat lebih mudah. Tak perlu nak menjerit marah dan tarik perhatian orang. Perempuan tak sepatutnya jadi bodoh hanya kerana seorang lelaki. Lelaki dalam dunia ramai jadi, tak perlu nak terdesak sangat. Tak payah nak meratap pilu bila kehilangan atau ditinggalkan lelaki tak guna.
“Hal boleh settle, buat apa nak gaduh?” Sandy menambah.
“Kalau boleh gaduh, buat apa nak settle? Ajar aje, kasi penumbuk!” Oda menyangkal.
Aku menggelengkan kepala. Oda kalau bab gaduh, memang nombor satu!
“Milia... macam manalah kau boleh setenang ni, eh?” Oda mengeluh dengan kecewa.
“Macam aku cakap tadi. Tak rugi pun lepaskan Zairi. Lagi pun… lelaki saja, kut!” kataku sambil tersengih.
“Ya, lelaki saja. Tak payah nak heran sangat, Oda!” sokong Sandy.
“Tapi serius, aku masih tak boleh terima. Okeylah, si Zairi tu kita tolak tepi. Yang aku kisah sangat ni, Lela! How could she?! Tergamak dia rampas boyfriend kawan sendiri! Kita kawan, kan? Hah, Dila… kau kena jaga Izam tu betul-betul takut nanti kau yang terkena! Aku ni tak apalah, dah tak ada laki.”
“Selisih malaikat 44! Minta dijauhkan. Bukan dengan Lela saja, perempuan lain pun sama. Ya Allah, tetapkanlah hati suamiku hanya untukku.” Dila berdoa siap tadah tangan lagi.
“Oda, kita kena terima hakikat. Zairi dan Lela tu mungkin ditakdirkan untuk bersama.”
“Aha! Ditakdirkan sangat, ya? Jangan lupa, Milia… manusia boleh guna otak untuk buat keputusan. Zairi tak patut curang dan Lela… mengkhianati kawannya sendiri? Otak mana otak? Ada otak, kan? Boleh fikir, kut!”
“Betul sangat tu!” Dila menyokong, sependapat dengan Oda.
Aku faham dan sangat jelas kenapa Oda tak boleh menerima tindakan Lela. Oda cukup pantang bab ‘khianat-mengkhianati’. Dia telah melalui saat-saat dikhianati dengan cukup kejam. Aku sendiri cukup terkesan dengan apa yang Oda lalui itu.
Aku sendiri marah dan bengang bila Oda dikhianati suami sendiri. Ada ke patut, suami yang dicintai sepenuh hati itu boleh lari dengan pembantu rumah sendiri? Dah tu, habis barang-barang berharga milik Oda dibawa sama. Dasar pembantu rumah yang tamak! Tak cukup suami orang, pinggan mangkuk yang Oda beli semasa honeymoon di Morocco pun dirembatnya. Dasar kaki rembat!
“Tak sempat aku nak belikan dia insuran, dia dah buat hal!”
Teringat aku pada bicara Oda dulu. Masa itu aku tak faham.
“Kalau dia ada insuran, bolehlah aku langgar dia sampai mati. At least, kehilangan dia tu bermakna untuk aku. Tak sia-sia aku jadi bini dia untuk 364 hari! Kan?”
Oda kalau dah marah, ayat-ayat yang keluar melucukan! Tapi aku tak hairan kalau Oda boleh bertindak begitu. Perempuan kalau dah sakit hati, apa pun boleh jadi!
“Tunggu… Tajul dan Sutina takkan terlepas. Kalau tak patah hidung Tajul, tak pecah bibir Sutina, jangan panggil aku, Oda!”
Dan Oda telah merealisasikan impiannya itu. Depan mahkamah dua makhluk itu terkena dengan Oda sebaik kes penceraian selesai. Tajul betul-betul patah hidung dan Sutina pecah bibir dek menerima tumbukan padu daripada Oda. Bravo!
Tulah… siapa suruh Tajul tu gedik sangat angkut pembantu rumah itu ke mahkamah sekali? Sengaja nak tayang kekasih depan isteri, memang ‘memintalah’ jawabnya! Kagum aku dengan Oda yang begitu berani bertindak.
“Tapi kau janganlah baik sangat, Milia. Jangan mudah sangat maafkan orang.”
Aku senyum. Oda masih belum memahami aku.
“Aku maafkan orang bukan sebab aku ni baik tapi aku nak hidup tenang. Orang yang tak penting dalam hidup aku, tak patut mendapat perhatian aku. Lagi pun aku percaya… karma doesn’t spare anyone.”
“Yeah!” Sandy bersorak sambil tepuk tangan.
Oda dan Dila menjulingkan mata ke atas, mujur tak angkat tangan dan letak atas bahu.
“Benda boleh lupakan, buat apa nak ingat?” kata Sandy sambil mengenyitkan mata.
Aku tersenyum, lega Sandy tak terikut emosi macam Oda dan Dila. Masih ada kawan aku yang rasional dan realistik. Hal mudah, buat apa nak serabutkan? Ya, tak?
Aku mula mengalihkan pandangan, melirik ke sekeliling kafe yang baru pertama kali kami datangi ini. Kafe ini menarik dan cozy! Makanan pun sedap. Aku suka dan rasa menyesal pula sebab sebelum ini tak pernah singgah. Dan secara tak sengaja tumpuan aku tertuju kepada seseorang.
Erk!!
*****
AKU mengerdipkan mata beberapa kali. Mahu pastikan apa yang aku nampak waktu ini bukan khayalan.
Romeo!! Ashlan Aydin.
Tak tahu aku nak rasa apa waktu ini. Aku hanya memandang saja pada lelaki itu dengan keliru. Entah macam mana dia boleh ada di sini! Apa dia buat di kaunter menyediakan minuman itu? Buat air?
Owh, Ashlan memang sedang menyediakan minuman. Tak aku ketahui air apa yang sedang dibuatnya itu. Masa buat air pun handsome! Gaya jangan ceritalah, memikat dan mengikat pandangan sungguh. Dan aku tak tahu nak bereaksi macam mana bila secara tiba-tiba dia terpandangkan aku.
Ashlan nampak terkejut namun sekejap saja reaksinya itu tertayang. Setelah dia menghirup minuman yang dia sendiri sediakan, dia bersandar pada kaunter minuman itu. Dia memandang aku dengan bersahaja. Gaya tu macam seronok betul dapat melihat aku di sini. Aku berharap, dia takkan datang pada aku waktu ini. Aku segan dengan kawan-kawan aku. Mujur kawan-kawan aku tak perasankan Ashlan sebab dia orang sedang sibuk berborak mengenai kisah aku-Zairi-Lela. Lela-Zairi-aku!
“Lelaki sejati takkan curang!”
Aku melarikan pandangan, beri tumpuan pada Oda yang lontarkan ayat itu. Aku setuju dengan pendapat Oda.
“Lelaki semuanya sama! Tak cukup satu.”
“Mana ada semuanya sama? Masih ada yang setia, penyayang dan baiklah. Macam Izam? Suami kesayangan beta!” Dila menyangkal apa yang Oda katakan itu sambil letak tangan ke dada bila menyebut ‘beta’.
Yang itu pun aku setuju juga sebab masih ada keluarga bahagia dalam dunia ni. Tapi… memang kebanyakan lelaki tak setia. Masih tak cukup satu! Aku menghela nafas panjang sebelum mengerling semula pada Ashlan.
Hati jadi tak menentu bila Ashlan masih belum mengalihkan pandangannya. Dia masih memandang dan merenung aku macam aku ni ada hutang dengannya.
Owh! Apa yang si Romeo itu sedang fikirkan dengan merenung aku macam tu?
Aku menolak rambut ke belakang. Mula rimas dan lemas! Aku cuba berselindung dengan mengecilkan sedikit tubuh di hadapan Oda. Dengan harapan, Ashlan takkan nampak aku lagi. Tapi mustahillah! Macam mana aku mengecilkan tubuh pun, aku tahu dia tetap dapat melihat aku dengan jelas.
Aku mengerling lagi pada Ashlan. Ternyata, dia masih berkeadaan yang sama. Renungannya itu tak berganjak ke mana-mana, hanya tertuju tepat pada aku. Sungguh tak sedap hati dibuatnya.
Inilah kali pertama aku merasa cukup tak menentu dan sedap hati direnung lelaki. Selama aku hidup 33 tahun, aku tak merasakan apa-apa kalau ada lelaki yang merenung aku. Hati aku ni tak rasa terganggu apatah lagi sampai nak bergetar. Boleh dikatakan aku ni jenis kalis ‘panahan cinta’. Tak mudah jatuh cinta apa lagi sampai nak terfeeling entah apa-apa. Dan aku bukan jenis yang romantik dan manja. Buktinya, aku tak reti nak bermesra dan bersayang-sayang dengan Zairi atau kekasih-kekasih aku sebelum ini. Tapi si Romeo itu… owh, tak tahu nak jelaskan macam mana! Hati macam dah tergolek-golek dibuatnya.
“Aku nak ke toilet!” masa untuk tenangkan diri.
Oda, Dila dan Sandy memandang aku dengan sekilas sebelum mereka sambung berbual. Lebih kepada mengutuk Lela!
Aku cepat-cepat membuka langkah dan sempat aku mengerling pada Ashlan. Dia masih perhatikan aku! Tanpa mempedulikan sesiapa, aku terus saja bergerak dengan perasaan yang semakin parah.
Dah kenapalah aku rasa jantung aku ni macam nak tercabut?
Aku menolak pintu yang menghubungkan aku dengan tandas. Ada dua pintu di hadapan aku dan aku memilih untuk masuk yang sebelah kiri, tandas perempuan. Aku bersandar di belakang pintu untuk seketika dengan perasaan tak menentu.
Yang pelik tu, kenapa renungan Ashlan tadi lain macam impaknya? Dada aku ni masih berdetak-detak, kut! Hish, sungguhlah si Romeo tu. Tau, kan… renungannya itu membunuh? Nak aku mati berapa kali? Ke… dia memang sengaja nak aku betul-betul mati?
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Kau tak perlu rasa apa-apa, Armilia!
Ya, betul. Aku tak payah nak rasa apa-apa. Switch off saja rasa pelik ini. Setakat renungan yang membunuh tu… apalah sangat? Paling tidak aku hanya mati dalam rasa saja, kan? Aku memandang pada cermin seketika sambil membelek muka dan betulkan rambut yang agak panjang. Aku patut trim rambut dan buat rawatan. Dah lama tak manjakan diri di salon. Rambut pun dah kasar jadinya!
Aku menarik dan menghela nafas beberapa kali sebelum membuka pintu untuk keluar dari tandas. Erk!! Sungguh aku terkejut.
“You... you buat apa kat sini?!”
Soalan aku itu tak berjaya mengubah tabiat Ashlan yang suka merenung aku. Malah, dengan selamba dia mengunci pintu masuk yang menghubungkan dua tandas itu.Tak faham aku, kenapa sampai dia bertindak mengunci pintu? Apa dia cuba buat?
“Are you okay?”
Aku mengerutkan dahi bila pertanyaan itu yang terkeluar dari mulutnya.
“I thought something happened. Tapi tadi tengok you gembira saja, I assume tak ada apa-apalah yang terjadi. So, janji nak call tapi tak call. Kenapa?”
Aku menelan air liur. Kenapa suara husky itu bunyinya masih menarik walau agak sinis?
“Kenapa I rasa you nak larikan diri?”
“Lari? I... I tak lari.” Aku menidakkan sambil buat-buat yakin. Yakin takkan terkesan dengan apa juga bentuk gaya yang Ashlan tayangkan.
Boleh ke? Melihat matanya itu saja kau dah terkesan benar!
“Ahh… Armilia…” Ashlan mengeluh sambil melentokkan sedikit kepalanya ke kiri dan tajamkan pandangan.
Pandangannya terhunus tepat ke dalam anak mata aku. Pandangannya itu berjaya mengusik hati dan aku hanya mampu menatapnya saja.
Owh, matanya memang cantik! Seksi. Super... super sexy!
“By the way, your ex masih kacau you ke?”
Your ex? Owh! Terlupa aku tentang itu. Ashlan dah bertemu dengan Zairi petang semalam. Lantas kejadian semalam bagai terulang tayang di depan mata semula.Note : karya ini telah berada di pasaran di bawah penerbitan Suara Hati Publication. Dapatkan sekarang ya😉
XOXO💋