08

15 6 1
                                    

COLD SUGAR CRUSH
Chapter 8 : Supermarket

==========

Cuti hujung minggu merupakan hari kegemaran bagi semua pelajar sekolah.

Haejoo masih lagi berdating dengan katil serta bantalnya walaupun jam sudah menginjak ke pukul 9:00 pagi.

"Hoi anak kutip bangunlah !" Haejoo menggeliat kecil apabila terasa seperti kakinya disepak seseorang.Selimut yang membaluti badannya ditarik keatas hingga menutup muka.

"Oi bangunlah! Kau tak kesian kat aku ke? Mak kau kata selagi kau tak bangun selagi tulah aku tak makan... Aku lapar ni."

Haejoo merengus mendengar bebelan seseorang itu.

Bukk !

Haejoo mengusap punggungnya yang sakit disebabkan dia terhempas kuat diatas lantai.

"Taetan betul perangai.Tak boleh nak kejut aku elok-elok ke ha?! Sakit tau.."

Taehyung menggulingkan matanya keatas.Anak dara perangai tak senonoh siapa je yang nak.Dia pun tak nak !

"Cepatlah semua orang tengah tunggu kau dekat bawah tu.Yoongi hyung dari pagi tadi lagi datang katanya nak ajak kau keluar."

Terus segar mata Haejoo.Dia meluru ke Taehyung dengan kadar yang pantas.

"Y-yoongi s-sunbae datang?" Taehyung mengangguk.

"Tae, cakap dekat Yoongi sunbae aku tak boleh ikut dia keluar.Err ha cakap dengan dia aku s-sakit perut ha sakit perut.Please.." Haejoo meraih tangan sepupunya dan digoyang-goyang.

"Elok je aku tengok.Tak sakit perut pun.Banyak sangat alasan." Suara seseorang menjengah dipintu bilik Haejoo.

"Pandai-pandai lah kau jawab.Aku cau dulu." Tae berbisik lalu memecut keluar dari bilik Haejoo.

Yoongi masuk kedalam bilik Haejoo sambil tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya.Matanya menscan sekitar bilik Haejoo.

Pandangannya jatuh pada Haejoo yang tergetar-getar lutut itu.Siapa tak tergeletar lutut bila crush dekat, am i right?

"S-sunbae b-buat apa datang r-rumah s-saya ni?" Soal Haejoo dengan nada perlahan.Takodd..

"Bersiap cepat.Aku nak kau ikut aku pergi keluar.Aku bagi masa 15 minit je.Lebih dari masa tu, denda menanti.." Kata Yoongi dengan nada sinis.

"Tapi sunbae sekarang kan cuti.Saya nak dating dengan katil dengan bantal saya je." Haejoo memeluk bantal peluknya.

"Kau lupa atau buat-buat lupa yang kau tu orang suruhan aku? No excuses.Now or aku yang tolong siapkan kau." Yoongi perlahan-lahan mendekati Haejoo dengan tatapan menggoda.

Dengan tindakan refleks, Haejoo tanpa sengaja menendang Yoongi dengan kuat sehingga Yoongi jatuh terjelepok diatas lantai.

.
.
.

Haejoo kini berjalan beriringan dengan Yoongi di supermarket.Eh salah Haejoo menolak troli yang sarat dengan barangan dapur dan barangan keperluan manakala Yoongi pula bersiul-siul ditepi dan tersenyum senang.

Haejoo membuat muka masam sejak tadi lagi.Dahlah kecik, pendek lepastu kena tolak troli yang berat dia ibarat jumlah berat 7 orang ahli BTS.

"Ada lagi tak cukup ni.. Kenapa macam sikit semacam je eh?" Yoongi memandang sekilas troli yang ditolak Haejoo.Kemudian berjalan laju meninggalkan Haejoo dibelakang.

"Kepala kotak dia la sikit.Aku ni yang macam orang nak terberanak dah tolak troli dia ni.Eyy nasib kau crush aku." Rungut Haejoo dalam nada berbisik.Berbisik je mampu, nanti kang kalau cakap kuat-kuat ada yang kena sembelih dengan Mat Shuga tu.

"Tch.. Lembap betul kau tolak." Yoongi yang baru sahaja tiba dengan beberapa kotak cereal ditangan mencampakkan terus kedalam troli.Haejoo mengetap bibir.Ini dah melampau.

"Sunbae, mana tak lembapnya kalau saya yang kecil molek ni tolak troli yang sama berat dengan bapak kerbau.Barang-barang sunbae bukan sikit tau."

"Nama pun orang suruhan.Jadi kau buat jelah semua benda untuk aku." Yoongi dengan bangganya menambah lagi beberapa botol syampu lelaki kedalam troli.

'Ey someone pegang aku plis! Rasa ringan je kaki ni nak hayun tinggi.' Getus Haejoo didalam hati.

"Tak payah nak buat muka itik sangat.Nanti kita pergi café.Aku belanja makan." Maka bersinar-sinarlah mata Haejoo.

"Hehe tak jadi nak hayun." Haejoo tersengih.

=========

Meh abe suga hayun pedang meh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Meh abe suga hayun pedang meh














Cold Sugar Crush ↔ Min YoongiWhere stories live. Discover now