Biografi Istri Rasulullah
Khadijah binti Khuwailid
Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab: خديجة بنت خويلد) (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.
Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.
Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.
Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
Hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad bersama Khadijah dikurniakan 6 orang cahaya mata, iaitu:
- Al-Qasim bin Muhammad
- Abdullah bin Muhammad
- Zainab binti Muhammad
- Ruqaiyah binti Muhammad
- Ummu Kalthum binti Muhammad
- Fatimah binti Muhammad
Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah. Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh Muqawqis(Pemerintah Mesir).
Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah az-Zahra telah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. Zainab berkahwin dengan sepupunya (anak saudara Khadijah) Abu al-'As ibn ar-Rabi'. Manakala Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman mengahwini pula Ummu Kalthum.
Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.
KHADIJAH BINTI KHUWAILID : Wanita hartawan, meninggal dalam kesusahan
Suatu hari, seorang nenek datang menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya, “Siapakah Anda wahai nenek?”
“Aku adalah Jutsamah al-Muzaniah, ” jawab wanita tua itu.
Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai nenek, sesungguhnya saya mengenalmu. Engkau adalah wanita yang baik hati. Bagaimana kabarmu dan keluargamu. Bagaimana pula keadaanmu sekarang setelah kita berpisah sekian lama?”
Nenek itu menjawab, “Alhamdulillah kami dalam keadaan baik. Terima kasih, Rasulullah.”
Tak lama kemudian, wanita tua itu pergi meninggalkan Rasulullah SAW. Aisyah RA yang melihat kejadian itu datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, seperti inikah engkau menyambut dan memuliakan seorang wanita tua? Istimewa sekali.”
Rasulullah menimpali, “Ya, dahulu nenek itu selalu mengunjungi kami ketika Khadijah masih hidup. Sesungguhnya melestarikan persahabatan adalah bagian dari iman.”
Setelah kejadian itu, Aisyah mengatakan, “Tak seorang pun dari istri-istri nabi yang aku cemburui lebih dalam ketimbang Khadijah. Meskipun aku belum pernah melihatnya, namun Rasulullah SAW seringkali menyebutnya. Pernah suatu kali beliau menyembelih kambing lalu memotong-motong dagingnya dan membagikannya kepada sahabat-sahabat karib Khadijah.”
Jika hal tersebut disampaikan Aisyah, Rasulullah SAW menanggapinya dengan berkata, “Wahai Aisyah, begitulah kenyataannya. Sesungguhnya darinyalah aku memperoleh anak.”
Pada kesempatan lainnya, Aisyah mengatakan, “Aku sangat cemburu dengan Khadijah karena sering disebut Rasulullah SAW, sampai-sampai aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang kau perbuat dengan wanita tua yang pipinya kemerah-merahan itu, sementara Allah SWT telah menggantikannya dengan wanita yang lebih baik?”
Rasulullah SAW menjawab, “Demi Allah SWT, tak seorang wanita pun lebih baik darinya. Ia beriman saat semua orang kufur, ia membenarkanku saat manusia mendustaiku, ia melindungiku saat manusia kejam menganiayaku, Allah SWT menganugerahkan anak kepadaku darinya.”
Khadijah Bertemu Muhammad
Suatu ketika, beliau mencari orang yang dapat menjual dagangannya, maka tatkala beliau mendengar tentang Muhammad sebelum bi’tsah (diangkat menjadi Nabi), yang memiliki sifat jujur, amanah dan berakhlak mulia, maka beliau meminta kepada Muhammad untuk menjualkan dagangannya bersama seorang pembantunya yang bernama Maisarah.
Beliau memberikan barang dagangan kepada Muhammad melebihi dari apa yang dibawa oleh selainnya. Muhammad al-Amin pun menyetujuinya dan berangkatlah beliau bersama Maisarah dan Allah menjadikan perdagangannya tersebut menghasilkan laba yang banyak.
Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.
Khadijah merasa gembira dengan hasil yang banyak tersebut karena usaha dari Muhammad, akan tetapi ketakjubannya terhadap kepribadian Muhammad lebih besar dan lebih mendalam dari semua itu. Maka mulailah muncul perasaan-perasaan aneh yang berbaur dibenaknya, yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya. Pemuda ini tidak sebagamana kebanyakan laki-laki lain dan perasaan-perasaan yang lain.
Akan tetapi dia merasa pesimis; mungkinkah pemuda tersebut mau menikahinya, mengingat umurnya sudah mencapai 40 tahun? Apa nanti kata orang karena ia telah menutup pintu bagi para pemuka Quraisy yang melamarnya?
Maka disaat dia bingung dan gelisah karena problem yang menggelayuti pikirannya, tiba-tiba muncullah seorang temannya yang bernama Nafisah binti Munabbih, selanjutnya dia ikut duduk dan berdialog hingga kecerdikan Nafisah mampu menyibak rahasia yang disembuyikan oleh Khodijah tentang problem yang dihadapi dalam kehidupannya. Nafisah membesarkan hati Khadijah dan menenangkan perasaannya dengan mengatakan bahwa Khadijah adalah seorang wanita yang memiliki martabat, keturunan orang terhormat, memiliki harta dan berparas cantik.Terbukti dengan banyaknya para pemuka Quraisy yang melamarnya.
Selanjutnya, tatkala Nafisah keluar dari rumah Khadijah, dia langsung menemui Muhammad al-Amin hingga terjadilah dialog yang menunjukan kelihaian dan kecerdikannya:
Nafisah : Apakah yang menghalangimu untuk menikah wahai Muhammad?
Muhammad : Aku tidak memiliki apa-apa untuk menikah .
Nafisah : (Dengan tersenyum berkata) Jika aku pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya raya, cantik dan berkecukupan, maka apakah kamu mau menerimanya?
Muhammad : Siapa dia ?
Nafisah : (Dengan cepat dia menjawab) Dia adalah Khadijah binti Khuwailid
Muhammad : Jika dia setuju maka akupun setuju.
Nafisah pergi menemui Khadijah untuk menyampaikan kabar gembira tersebut, sedangkan Muhammad al-Amin memberitahukan kepada paman-paman beliau tentang keinginannya untuk menikahi sayyidah Khadijah. Kemudian berangkatlah Abu Tholib, Hamzah dan yang lain menemui paman Khadijah yang bernama Amru bin Asad untuk melamar Khadijah bagi putra saudaranya, dan selanjutnya menyerahkan mahar.
Setelah usai akad nikah, disembelihlah beberapa ekor hewan kemudian dibagikan kepada orang-orang fakir. Khadijah membuka pintu bagi keluarga dan handai taulan dan diantara mereka terdapat Halimah as-Sa’diyah yang datang untuk menyaksikan pernikahan anak susuannya. Setelah itu dia kembali ke kampungnya dengan membawa 40 ekor kambing sebagai hadiah perkawinan yang mulia dari Khadijah, karena dahulu dia telah menyusui Muhammad yang sekarang menjadi suami tercinta.
Maka jadilah Sayyidah Quraisy sebagai istri dari Muhammad al-Amin dan jadilah dirinya sebagai contoh yang paling utama dan paling baik dalam hal mencintai suami dan mengutamakan kepentingan suami dari pada kepentingan sendiri. Manakala Muhammad mengharapkan Zaid bin Haritsah, maka dihadiahkanlah oleh Khadijah kepada Muhammad. Demikian juga tatkala Muhammad ingin mengembil salah seorang dari putra pamannya, Abu Tholib, maka Khadijah menyediakan suatu ruangan bagi Ali bin Abi Tholib radhiallâhu ‘anhu agar dia dapat mencontoh akhlak suaminya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam .
Allah memberikan karunia pada rumah tangga tersebut berupa kebehagaian dan nikmat yang berlimpah, dan mengkaruniakan pada keduanya putra-putri yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqqayah, Ummi Kalsum dan Fatimah.
Peribadi Siti Khadijah
Sayyidatina Khadijah R.A merupakan anak kepada Khuwalid Bin Assan. Nasab Siti Khadijah R.A bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaih wasalam melalui datuknya yang keempat. Di dalam sejarah pernah dipetik bahawa Khuwalid merupakan seorang yang berani. Diceritakan pernah datang seorang yang hebat bernama Taba' ingin mencabut Hajar Aswad dan membawanya pulang ke negerinya. Berita itu sampai kepada ayah Siti Khadijah dan beliau membawa pedangnya dan menghalang Taba' dari meneruskan perbuatannya itu. Melihat keberanian Khuwalid, Taba' berundur dan membatalkan niatnya untuk mencabut Hajar Aswad.
Ibu beliau bernama Fatimah. Personaliti Siti Khadijah banyak dipengaruhi oleh dua orang yang begitu rapat dengan beliau.
i) Hakim Ibnu Izam(Anak saudaranya)
ii) Waraqah bin Naufal (Sepupunya)
Hakim Ibn Izam merupakan seorang pemuda yang yang bijaksana. Semasa berumur 15 tahun lagi, beliau sudah layak memasuki Najwah(Parlimen) di Mekah pada masa itu. Biasanya golongan yang layak untuk memasuki Najwah adalah pada umur 40 tahun. Namun, beliau lebih banyak berkecimpung dalam bidang perniagaan. Minat ini tertanam kepada Siti Khadijah sehingga menjadi seorang usahawan wanita yang disegani.
Waraqah merupakan seorang yang beragama dan merupakan seorang ahli kitab yang asli. Beliau telah mengetahui dan percaya akan kedatangan nabi akhir zaman dan sentiasa menunggu kedatangannya. Beliau banyak mengajar Khadijah tentang Allah, syurga dan agama.
Suami yang awal :-
i) Atiq Ibn Atib - melahirkan anak bernama Abdullah
ii) Hind Ibn Zuhrah - Hendon, Zainab dan beberapa orang lagi.
Semenjak pada zaman jahiliah lagi, Siti Khadijah R.A disegani dan dihormati. Justeru itu, beberapa gelaran telah diberikan kepada beliau. Antaranya:
1) At-Tohiroh(Suci) - Siti Khadijah R.A. tidak pernah menghadiri sebarang perjumpaan atau pertemuan dengan lelaki berkaitan dengan perniagaan. Walaupun beliau merupakan seorang usahawan wanita yang ulung namun beliau tidak bertemu lelaki untuk berbincang hal perniagaan. Kebanyakannya diserahkan kepada pembantu beliau. Siti Khadijah juga enggan duduk bersama wanita yang suka melakukan maksiat. Beliau begitu menjaga keperibadian beliau.
2) Saidatina Quraisy (Penghulu wanita Quraisy) - Masyarakat begitu menyanjungi beliau. Walaupun beliau begitu kaya-raya, tetapi beliau tidak pernah lalai dan hilang punca kerana harta. Dengan kekayaan yang melimpah-ruah, Siti Khadijah tetap berguru dengan Waraqah bin Naufal.
3) Ummu Mukminin - Setiap wanita yang dinikahi oleh Nabi akan mendapat gelaran ini. Oleh itu Siti Khadijah merupakan Ummu Mukminin yang pertama.
4) Saidatina Nisa Lil Alamin - Penghulu wanita untuk sekalian alam sehingga di syurga nanti.
Sebagai nota tambahan, 4 orang wanita yang merupakan penghulu wanita di dunia dan syurga adalah :-
i) Siti Khadijah R.A
ii) Siti Mariam
iii) Asiah Isteri Firaun
iv) Fatimah Zahra (anak Rasulullah)
Permulaan perkenalan Nabi dan Siti Khadijah
Melalui pembantu beliau iaitu Maisarah, jelas sekali Maisarah melihat tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad Sallahualaih wasalam. Pernah semasa dalam perjalanan untuk berniaga seorang ahli kitab melihat pokok yang mana nabi berlindung di bawahnya tunduk untuk melindungi nabi dari cahaya matahari. Beliau menyatakan kepada Maisarah bahawa jelas manusia yang berada di bawah pokok itu adalah seorang nabi. Begitu juga dengan kumpulan awan yang sentiasa mengekori nabi kemana sahaja baginda bergerak. Dari tanda-tanda itulah Maisarah meminta Khadijah untuk melamar nabi kita.
Anak pertama yang dilahirkan oleh Siti Khadijah adalah seorang anak perempuan iaitu Zainab. Walaupun masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu memandang anak perempuan sebagai satu keaiban, namun nabi tetap ceria menyambut kelahiran tersebut. Seterusnya Siti Khadijah melahirkan Umi Kalthum, Ruqayah dan Qasim. Walaupun belum dilantik menjadi Rasul jelas tanda-tanda kenabian pada Rasulullah. Di sini pertemuan Rasulullah dan Siti Khadijah R.A. telah dirancang oleh Allah dengan persiapan-persiapan yang tersendiri.
Namun, semua anak lelaki nabi meninggal sewaktu kecil. Semasa kematian Qasim, Siti Khadijah mengalami tamparan yang begitu hebat sekali. Ini kerana susu di badan Siti Khadijah masih menitis semasa Qasim meninggal dunia. Akibatnya nabi terpaksa menenangkan Nabi dan Allah mengizinkan nabi memperlihatkan mukjizat beliau dengan memperdengarkan suara Qasim di syurga sehingga Siti Khadijah kembali tenteram.
Semasa nabi berkhalwat dan bersendirian di gua Hira', Siti Khadijah tidak pernah bermasam muka dengan nabi malah menyiapkan makanan dan keperluan Nabi Sallahualaih wasalam. Malah ada ketikanya semasa Khadijah merasakan bekalan makanan nabi telah habis, beliau sendiri mendaki gua Hira' untuk membawa bekalan makanan ke sana walaupun pada masa itu usia beliau sudah lanjut. Jika anda pernah ke sana, anda akan melihat sendiri bagaimana sukarnya untuk mendaki gua Hira'. Namun Siti Khadijah tetap cekal untuk berkorban demi suami tercinta.
Betapa kita kadang-kadang terlepas pandang akan kemuliaan Siti Khadijah R.A. Beliau merupakan orang pertama yang mendengar wahyu yang pertama ketika ia masih hangat di mulut nabi sewaktu menenangkan nabi yang berselimut kerana gementar.
Khadijah menjadi tulang belakang di dalam usaha dakwah nabi sehingga akhir hayat beliau. Segala harta yang dimiliki dihabiskan dalam usaha dakwah meluaskan Islam. Sehinggalah akhir tahun ke-7 kenabian, sekatan yang dikenakan oleh orang Quraisy terhadap umat Islam menyebabkan seluruh Bani Hasyim dipulaukan dengan sekatan yang amat dasyhat. Walaupun Siti Khadijah tidak termasuk dalam pemulauan itu tetapi beliau tetap bersama dengan nabi dalam peristiwa tersebut.
Pada awal pemulauan, usaha Siti Khadijah melalui rangkaian perniagaannya beliau berjaya menyeludup makanan masuk ke tempat pemulauan. Namun ia tidak berjalan lama dan disedari oleh pihak Quraisy dan menyekatnya. Sehinggalah satu keadaan, Ummu Mukminin terpaksa memakan daun-daun kerana ketiadaan bekalan makanan.
Akibat daripada dugaan yang berat tersebut beliau akhirnya sakit tenat. Namun semasa saat kematian beliau yang paling dirisaukannya adalah suami dan anak kesayangan beliau iaitu Fatimah. Fatimah mendapat tempat yang istimewa di hati Siti Khadijah kerana dua perkara :-
i) Fatimah merupakan anak bongsu
ii) Fatimah paling menyerupai Nabi Muhammad
Beliau akhirnya meninggal tanpa merasa sesal terhadap segala penderitaan yang dilalui bersama nabi. Nabi sendiri yang melakukan segala persiapan untuk menyempurnakan jenazah Siti Khadijah. Walaupun Siti Khadijah R.A telah lama meninggalkan nabi, namun baginda sentiasa mengenang Siti Khadijah. Semasa Siti Khadijah R.A masih hidup, Allah telah menyampaikan berita kepada nabi bahawa sebuah rumah di syurga telah disiapkan oleh Allah istimewa untuk Siti Khadijah R.A atas pengorbanan beliau selama ini.
Siti Khadijah R.A juga mendapat salam daripada Allah dan Jibril semasa menziarahi nabi. Ulama'-ulama' berselisih pendapat samada hanya Siti Khadijah R.A. seorang yang mendapat salam dari Allah dan Jibril ataupun Aisyah turut mendapat penghormatan yang sama. Aisyah juga pernah membuat pengakuan bahawa satu-satunya manusia yang beliau sentiasa merasa cemburu adalah Siti Khadijah kerana Nabi sentiasa menceritakan kebaikan beliau kepada isteri-isteri Baginda.
Sejarah Singkat
Khadijah berasal dari golongan pembesar Mekkah. Menikah dengan Nabi Muhammad, ketika berumur 40 tahun, manakala Nabi Muhammad berumur 25 tahun. Ada yang mengatakan usianya saat itu tidak sampai 40 tahun, hanya sedikit lebih tua dari Nabi Muhammad. Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Khadijah bisa hidup mewah dengan hartanya sendiri. Meskipun memiliki kekayaan melimpah, Khadijah merasa kesepian hidup menyendiri tanpa suami, karena suami pertama dan keduanya telah meninggal. Beberapa sumber menyangkal bahwa Khadijah pernah menikah sebelum bertemu Nabi Muhammad.
Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan penuh kegembiraan ia pergi ke rumah sepupunya, yaitu Waraqah bin Naufal. Ia berkata, “Tadi malam aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas kota Mekkah, lalu turun ke arah bumi. Ia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat kemana ia turun. Ternyata ia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku tertegun. Lalu aku terbangun dari tidurku". Waraqah mengatakan, “Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahwa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat". Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan menjadi isteri Nabi Muhammad.
Ketika Nabi Muhammad masih muda dan dikenal sebagai pemuda yang lurus dan jujur sehingga mendapat julukan Al-Amin, telah diperkenankan untuk ikut menjualkan barang dagangan Khadijah. Hal yang lebih banyak menarik perhatian Khadijah adalah kemuliaan jiwa Nabi Muhammad. Khadijah lah yang lebih dahulu mengajukan permohonan untuk meminang Beliau, yang pada saat itu bangsa Arab jahiliyah memiliki adat, pantang bagi seorang wanita untuk meminang pria dan semua itu terjadi dengan adanya usaha orang ketiga, yaitu Nafisah Binti Munyah dan peminangan dibuat melalui paman Muhammad yaitu Abu Thalib. Keluarga terdekat Khadijah tidak menyetujui rencana pernikahan ini. Namun Khadijah sudah tertarik oleh kejujuran, kebersihan dan sifat-sifat istimewa Beliau ini, sehingga ia tidak memedulikan segala kritikan dan kecaman dari keluarga dan kerabatnya.
Khadijah yang juga seorang yang cerdas, mengenai ketertarikannya kepada Nabi Muhammad mengatakan, “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Persia dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.
”Sewaktu malaikat turun membawa wahyu kepada Muhammad maka Khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk Islam. Sepanjang hidupnya bersama Nabi, Khadijah begitu setia menyertainya dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, ia pasti menyiapkan semua perbekalan dan keperluannya. Seandainya Nabi Muhammad agak lama tidak pulang, Khadijah akan melihat untuk memastikan keselamatan suaminya. Sekiranya Nabi Muhammad khusyuk bermunajat, Khadijah tinggal di rumah dengan sabar sehingga Beliaau pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau coba sekuat mungkin untuk mententram dan menghiburkan, sehingga suaminya benar-benar merasai tenang. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Allah mengkaruniakannya 3 orang anak, yaitu Qasim, Abdullah, dan Fatimah.
Dalam banyak kegiatan peribadatan nabi Muhammad, Khadijah pasti bersama dan membantunya, seperti menyediakan air untuk mengambil wudhu.Nabi Muhammad menyebut keistimewaan terpenting Khadijah dalam salah satu sabdanya, “Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihkanku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.” Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi Muhammad selama 24 tahun dan wafat dalam usia 64 tahun 6 bulan.
Sumber : Wikipedia