satu

262 34 28
                                    

"Argh!" Darah menyembur keluar dari mulut jejaka itu, tubuhnya sudah terkulai lemah diatas lantai kerana disepak oleh ketua Geng Kim

Hanya kerana dia nerd, dia dibuli seteruk itu

"Hey Jungkook! Aku minta kau untuk siapkan assignment aku! Tu pun takboleh buat ke!" Namjoon selaku ketua geng itu menengking kuat, sakit hatinya apabila lecturer menambah tugasan kepada mereka kerana tidak menghantar assignment tepat pada waktu.

Baru sahaja jejaka lemah itu hendak membuka mulut, tubuhnya sekali lagi dipijak oleh Namjoon

Pelajar sekeliling hanya mampu memandang tanpa berbuat apa apa, takut takut mereka pula yang kena pukul

"Joon" Kepala jejaka itu tertoleh ketepi, memandang kearah rakannya

"Tu" Taehyung menghalakan jari telunjuknya kearah seorang gadis

Sebelah tangan gadis itu memegang beg yang digalas dibahu dan sebelah lagi membetulkan kaca matanya yang melorot kebawah

"Tiger" mulut masing masing hanya mampu menyebut nama samaran seorang gadis nerd yang digeruni ramai pelajar

Gadis itu mengeleng perlahan dan melangkah mendekati mereka. Kaca mata yang terlorot kebawah sekali lagi dibetulkan sebelum tangannya membuat isyarat kepada jejaka jejaka tak bertauliah tadi untuk berambus

Kim Namjoon mengetap bibir dan terus berlalu pergi. Sempat jejaka itu menjeling tajam gadis kecil dihadapannya sebelum beredar dari kawasan itu bersama sama gengnya

Nampaknya selepas ini dia harus cari mangsa baru

Siapa saja yang tidak mengenali Tiger, diam tanpa sebarang bicara tapi sangat licik dan pandai. Dirinya yang berimejkan budak nerd membuatkan orang sekeliling memandang rendah kepadanya

Tapi siapa sangka, gadis nerd itulah yang digeruni ramai pelajar

Gadis yang digelar Tiger tadi, mencangkung dihadapan Jungkook. Begnya yang digalas dibelakang ditukar tempat digalas kehadapan pula.

Tubuh besar jejaka itu diangkat perlahan lahan sebelum kakinya melangkah keluar dari perkarangan universiti

Siapa dia? Dia nerd yang digeruni oleh ramai pelajar, luarannya memang seperti ulat buku dan budak budak library

Tapi dalam diri , dia simpan tiger




~~~~~~~~~~~~


"Urgh" Jungkook bangun dari pembaringan. Matanya tercancap pada selimut putih yang membaluti tubuhnya. Kepalanya dikalihkan ketepi melihat nurse dan doktor yang merawat dirinya

"Oh Jeon Jungkook! Kamu dah bangun, syukurlah. Saya Doktor Kim, kamu mengalami kecederaan yang agak sederhana dan kehilangan agak banyak darah tapi tak mengapa kerana kecederaan kamu tidak berapa serius dan kalau keadaan kamu bertambah baik kamu dah boleh discharge"

"Siapa bawak saya ke sini doktor?"

"Cik Haejin, tu dia tengah tidur atas sofa. Penat sangat kut berlari dari U kamu berdua sampai ke hospital ni. Nasib baik bangunan U kamu tu sebelah je dari hospital ni. Kamu patut berterima kasih tau kat dia, kamu tu dahlah berat. Penat dia gendong kamu tadi" Doktor Kim berkata disusuli gelak tawanya yang agak hambar

Kepala Jungkook tertoleh ketepi, memang benar gadis nerd itu sedang tidur

Tapi kenapa?

Kenapa dia selamatkan Jungkook?











Tbc

Votes and comments❤

Silent |JJK|Where stories live. Discover now