"Akak!" Sofia berlari mendapatkan Bella. Tercungap-cungap dia bernafas, menahan penat. "Ikut Yaya, sekarang..." Dia memberi arahan.
Bella yang sedang berbincang dengan Lutfi, Suri dan Firas, segera bangun lantas mengejar Sofia yang berlari.
Tadinya, mereka berbincang tentang perubahan perlakuan semua haiwan kuno yang ada di hutan itu. 2 3 hari ini, haiwan tersebut seolah-olah telah mengubah corak jadual harian mereka.
Sofia, Bella dan kawan-kawannya tiba di bilik loteng, tingkat 3 istana. Bilik ini dikatakan adalah sumber suara azan yang tak diketahui, siapakah muadzin-nya. Dann, Diana dan Rizk sudahpun berada di dalam bilik itu.
Sofia menapak, ke tengah-tengah bilik. Ada semacam dekorasi. Ianya seakan-akan sebuah tugu separas pinggang Sofia sahaja. Di tengah-tengah tugu itu ada sebuah mentol yang sudah tidak berfungsi... tak pernah mengeluarkan sebarang cahaya.
Bella dan rakan-rakannya berdiri berdekatan Sofia.
"Akak tengok ni..." Sofia kemudian mengeluarkan butang berwarna merah, yang dia perolehi setelah menghapuskan Singa Gergasi Kuno dahulu.
Dia memasukkan butang itu, ke dalam salah satu ukiran bulatan yang terukir pada bahagian atas tugu tersebut.
Kedalaman ukiran cuma lebih kurang 0.5cm sahaja, manakala ketebalan butang singanya lebih kurang 1cm.
YOU ARE READING
Ancient Beast 🔚
Fantasy"Di sebalik itu, wujudlah ia..." SOFIA AZ-ZAHRA... Seorang anak yang menginjak ke usia 15 tahun. Merupakan seorang gadis yang pendiam di sekolah. Kehilangan orang yang tersayang 10 tahun lalu, mengubah personaliti aslinya yang periang. Pada hari lah...