08 | 1Tahun 1Hari

199 23 16
                                    

"Okey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey... okey. Mohon semuanya bertenang," pinta Cikgu Zack.

Suara riuh rendah sebentar tadi mulai tenang semula. Namun, jelas garis-garis kedutan di wajah mereka. Masih tidak mampu mempercayai kata-kata Sofia.

"Sofia kan, nama?" Cikgu Zack menyoal. "Sebenarnya, saya dan pelajar saya yang lain... rapat dengan keluarga Bella."

"Emak ayahnya ahli Persatuan Ibubapa yang sangat aktif, sangat ringan tulang. Jadi, kami semua memang kenal betul ahli keluarga dia. Sekarang ni... macam... tak logik pula, awak tiba-tiba datang, dan claim yang awak ni... adik dia."

"Cikgu... sebelum saya mulakan cerita saya, boleh tak, cikgu tolong cerita tentang kisah kamu semua dekat sini?" pinta Sofia. "Cikgu pengiring kelas ni... dua orang kan, sepatutnya? Mana lagi seorang cikgu?"

"Lepastuu, jumlah pelajar yang join aktiviti kempen ni jumlahnya 40 orang, kan? Mana lagi 11 orang?"

"Dan... dah berapa hari, kamu semua ada dekat sini?" Sofia mengakhiri pertanyaannya setelah mengemukakan tiga soalan tersebut.

Dahi Cikgu Zack automatik berkerut. Okey... nampaknya budak ni memang tahu betul pasal aktiviti kempen kitorang di Gunung Lagenda ni.

"Betul... jumlah pelajar yang sertai kempen ini ialah 40 orang. Saya dan kawan sekerja saya, Cikgu Aulia ialah guru pembimbing mereka..." Namun, Cikgu Zack tiba-tiba berhenti bercerita, agak lama. Mukanya dipenuhi raut wajah kekesalan.

"366... hari ni... hari ke 366 kitorang di sini. Genap 1 tahun 1 hari." Firas menyambung cerita Cikgu Zack tadi.

"So that means... dah 12 bulan kitorang dekat sini. Cikgu Aulia, Amran, Naim, Mirza, Akil, Lukman, Nur, Raisha, Aqilah, Humaira, Annur..." Firas menyebut 12 nama itu satu persatu. "Diorang semua dah tak ada."

Membulat mata Sofia dan rakan-rakannya. Dah... tak ada? "Maksudnya?"

"Setiap malam bulan purnama... akan ada mana-mana makhluk aneh, yang akan keluar mencari mangsa. Manusia. Di setiap malam cerah bercahaya, akan ada seorang dari ahli kami yang... meninggal."

Tersentak Sofia, Dann, Rizk dan Diana yang mendengar penjelasan dari Firas.

"Serangan pertama berlaku waktu giliran Cikgu Aulia, Cikgu Zack dan beberapa orang lagi pelajar berjaga malam bagi menjaga kawasan istana," sambung Firas.

"Waktu saya tengah pusing keliling malam tu... saya terdengar jeritan suara Cikgu Aulia... dari arah anak sungai." Cikgu Zack tiba-tiba bersuara.

"Jadi, saya pun bergegas ke sana. Waktu tuu, saya nampak seekor gorilla menyerang Cikgu Aulia. Saya... tak berdaya melakukan apa-apa. Dan akhirnya... Cikgu Aulia..." Cikgu Zack tak mampu lagi menyambung ceritanya.

"Hanya Cikgu Zack saksi serangan pertama. Tapi... mulai bulan kedua... setiap malam ke-15... binatang itu menyerang kami secara bergilir. Dimulai oleh garuda, kemudian singa, lalu gorilla dan putaran itu berulang. Sepanjang kami di sini... naga tak pernah menyerang." Lutfi pula bercerita.

"Naga? Like, seriusly? Naga? Yang macam Dragon Ball tuu?" Dann menyoal kuat, terkejut, tak percaya.

"Yes... in real life, depan mata. Nanti ada rezeki, kau tengoklah sendiri. Dan... hari ini agak bersejarah sebenarnya. Hari ini, hari pertama untuk bulan ini... singa yang dah menyerang bulan lepas... datang serang kami lagi sekali..." Aneh. Lutfi masih tak mampu nak hadam apa yang telah berlaku hari ni.

Ada budak baru sampai... ada yang mengaku adik Bella... singa tiba-tiba mengamuk lagi sekali... di hari pertama bulan ni? Semuanya tak masuk akal! Semuanya gila!

"Dah tuu... kenapa korang tak keluar je dari sini?" soal Rizk.

Firas tersenyum sinis bersama dengusan kecil. "Kalau boleh keluar... lama dah kitorang keluar. Korang masuk ikut jalan mana tadi?" soal Firas pula.

"Ikut jambatan, macam dahan pokok besar." jawab Dann.

"Samalah dengan kitorang. Kami masuk ikut dahan tuu juga. Tapi... kalau korang pergi cari semula dahan tuu sekarang... dah tak ada. Yang ada cuma gaung tinggi menggunung." Lutfi pula menjawab.

"Jadi... apa cerita dari sisi dunia korang?" soal Firas kepada Sofia.

Sofia berdeham beberapa kali, mencuci tekaknya. Tak faham aku, apasal mamat Firas ni asyik tengok aku je dari tadi?

"Hmm... so, dah 1tahun 1hari lah erk, korang terperangkap dekat sini?" Sofia mulakan bicaranya dengan soalan.

"Yup... and it is Day 1 for you," celah Firas. Mukanya tak beriak.

Sofia juling matanya. Stress! "Tapi... bagi kitorang berempat... dah 10 tahun, korang semua hilang."

Pastinya, kata-kata Sofia membuatkan semua pelajar di situ terkejut, termasuklah Cikgu Zack. Cuma Firas... satu-satunya ahli mereka yang wajahnya kekal tenang.

"Sebab itulah... saya bagitahu, saya adik Kak Bella. Saya mungkin pernah jumpa kamu semua, pernah main dengan kamu semua, mungkin pernah sangat rapat... dengan mana-mana dari kamu. Tapi... saya dah tak ingat benda-benda tu. Dah 10 tahun saya tinggalkan zaman masa yang kamu semua maksudkan tu."

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Surah al-Hajj[22] ayat ke-47)

Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ancient Beast 🔚Where stories live. Discover now