Chapter 1

10 2 0
                                    

April 10, 2010

Seorang gadis kecil terbangun daripada tidurnya. Dia menarik nafas sedalam dalamnya dan menghembuskan. Semua terasa seperti nyata. Apa maksud di sebalik mimpi yang dia alami?

Tok! tok!

"Miss Aira, Keluarga anda akan segera bertolak ke New York" Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 25 tahun itu berdiri di penjuru katil Aira dengan memakai seragam pembantu rumah.

"Mommy dan Daddy akan bertolak hari ni?" soal Aira

"Yes Miss!"

Aira segera turun dari katil dan berlari ke ruang tamu rumahnya. Gadis berusia 10 tahun itu berlari dengan pantas untuk melihat ibu dan ayahnya. Sesampainya di ruang tamu, Aira tidak melihat sesiapa lalu dia berlari ke ruang makan. Di sana keluarganya sedang menikmati sarapan pagi bersama.

"Hi sweet heart! Jom breakfast!" wajah Mommy-nya dipandang sayu.

Aira duduk di hadapan Mommynya. Aira memerhati tangan Daddy nya meletakkan pancake di atas pinggan yang ada di hadapannya.

"Makanlah Sweetheart!"

Aira makan dan memerhati wajah kedua orang tuanya. Apakah mimpinya itu benar?. Aira merasakan kemalangan dan berita kematian itu akan berlaku dalam masa terdekat.

"I'm done. Lets go honey!" Daddy Aira bangun dan pergi meninggalkan ruang makan. Aira menatap Mommynya.

"Where are you going mommy?"

"Mommy and Daddy akan bertolak ke New York hari ni. Urusan kerja sweetheart"

Sebaik sahaja Mommynya bangun dari kerusi. Aira turun dan berlari memeluk Mommy nya.

"Boleh tak kalau Aira ikut?"

"Tak boleh Sweetheart! Ini urusan kerja. Next time kita jalan-jalan satu keluarga ya"

Mata Aira mula berkaca.

"No! Aira nak ikut!"

Mommynya mengusap kepala Aira sebaik sahaja Aira mula menangis.

"Sweetheart~ Mommy dan Daddy pergi sekejap je. Mommy and Daddy tak boleh bawa Sweetheart ikut sama. Please faham mommy"

Aira melepaskan pelukannya dari kaki Mommynya.

"Janji dengan Aira yang Mommy and Daddy mesti balik ke sini semula" Aira menatap wajah Mommynya.

"Promise!"

Aira dipujuk oleh Maid di rumahnya. Mommynya mengambil beg tangan di atas meja dan melambaikan tangannya pada Aira.

"Mommy! Tolong jangan lalu dekat kawasan jambatan!"

"Okay Sweetheart!"

Setelah keluarganya bertolak Aira duduk di Sofa yang ada di ruang tamu.

"Gadis kecil yang malang" Aira terdengar sebuah suara di hadapannya. Mata Aira terpandang tepat ke mata makhluk itu.

"Auchh, Kau boleh mendengarkan aku dan melihat aku gadis kecil" Makhluk itu tersenyum sinis. Aira mendiamkan diri dan berpura pura untuk tidak mendengarkannya.

"Aku mencium bau kematian keluargamu gadis kecil"

"Mereka akan mengalami kemalangan di sebuah jambatan"

Aira memandang wajah Makhluk itu. Mata Aira yang berwarna biru itu terlihat berkilat.

"No! Mommy dah janji tak akan lalu kawasan jambatan"

Makhluk itu tertawa lalu berdiri dan pergi ke sebelah Aira.

"Apakah orang dewasa akan mempercayai ucapan seorang gadis kecil seperti kau?"

Mata Aira mula berkaca. Aira segera bangun dan ingin meninggalkan rumahnya. Aira ingin pergi berjumpa dengan sahabatnya.

Makhluk itu mendekatkan mulutnya di sisi telinga Aira.

" Kau mampu melihatnya tapi kau tak akan mampu menghentikannya little Girl"

Aira segera berlari keluar dari rumahnya dan pergi ke rumah sahabatnya yang tidak terlalu jauh.

"Danny! Help me!"

Seorang budak lelaki keluar dari rumahnya dan menghampiri Aira yang berada di luar pagar.

"Kenapa? Masuklah Aira!"

Aira memegang tangan Danny.

"Tolong cakapkan dengan Uncle Max! Aku perlukan bantuan Ayah kau Danny!"

"Hey relax! Ceritakan satu persatu"

Aira menceritakan satu persatu kepada Danny. Aira mempercayai Danny kerana Danny tahu tentang kebolehan Aira.

Tiba-tiba kereta Uncle Max berada di depan rumah.

"Danny!" Uncle Max terdiam melihat Aira yang berada di situ

"kenapa dad?"

Uncle Max mengusap kepala Aira.

"Mommy dan Daddy kamu terlibat dalam kemalangan"

Air mata Aira menitis. Dia jatuh terduduk.

"Mommy dan Daddy tak dapat diselamatkan?"

Uncle Max menganggukkan kepalanya.

Danny memeluk Aira dan menenangkan sahabatnya yang sedang menangis terisak-isak.

Aira merasakan dunianya hancur.

"Kau mampu melihatnya tapi kau tak mampu menghentikannya"

Sebuah suara terdengar di telinga Aira.

"I've never wanted all this!!!!!!!!"











Enjoy and vote please:)
Thank You❤️

6th SenseWhere stories live. Discover now