Laura Max dan David Max yang merupakan peguam tersohor sudah tiada lagi akibat kemalangan jalan raya yang ngeri. Mereka ialah kedua ibu bapa Aira. Pengebumian berjalan lancar dan waktu berlalu dengan pantas.
Aira berjalan seorang diri tanpa hala tuju. Hujan lebat yang turun juga tak dipedulikan oleh Aira. Jiwanya kosong, Hatinya mati. Mungkin pada orang lain, mengetahui kematian seseorang lebih baik kerana kematian tersebut mungkin boleh dielakkan tetapi hakikatnya tak.
Kematian yang boleh dilihat Aira lebih terasa menyakitkan kerana Aira sendiri tak dapat menghentikan kematian itu.
"Aira!" Seseorang menjerit nama Aira dari arah belakang.
Dan orang itu ialah Danny, Sahabat Aira. Danny menghampiri Aira dengan membawa payung.
"Jom balik. Nanti kau sakit!" Danny menarik tangan Aira dan membawanya pulang ke rumah.
Setelah tiba dirumah, Aira membersihkan dirinya dan berehat di bilik tidurnya. Dia hanya bersandar dan termenung sambil memandang hujan di luar tingkap.
Tok! Tok! Tok!
Maid keluarga Aira masuk ke dalam bilik sambil membawa segelas susu.
"Miss Aira, Janganlah sedih. Saya sentiasa ada untuk Miss Aira"
Tangan sejuk Aira digenggam erat oleh maid itu. Aira tersenyum. Dia yakin maid nya akan menjaga Aira dengan baik.
...Pelajar-pelajar menjadi riuh kerana ketiadaan guru di dalam kelas.
'Daddy dan Mommy dia terlibat dalam kemalangan ngeri 2 minggu lepas'
'Orang tuanya punca kemalangan'
'Dia ialah anak pembunuh yang terbunuh'
'Mesti orang tuanya berada di neraka sekarang'
'Hidup yang malang'
Brak!!
Aira bangun dan menghentam meja dengan kuat.
"Shut up!! Kau semua tak tau apa-apa! Mommy dan Daddy aku pun mangsa kemalangan. Mereka pun maut. Jangan hina Mommy dan Daddy!! Mereka bukan pembunuh! "
Aira mengambil begnya dan berjalan keluar meninggalkan kelas. Danny mengejar Aira dari belakang.
"Aira! Kau nak pergi mana?" soal Danny
"Ponteng sekolah"
"Ok, Aku ikut" Danny pusing dan ingin kembali ke kelas untuk mengambil beg tetapi langkahnya terhenti.
"Jangan Danny! Aku tak nak kau kena marah dengan Uncle Max"
"Aku ok. Yang penting aku nak ikut kau"
"Kalau Uncle Max pukul kau macam mana?"
Dan apa yang Aira cakap betul betul terjadi. Aira dapat melihat yang selepas pulang ke rumah Danny mesti dipukul oleh Uncle Max.
...
Feb 1 , 2018
Beberapa tahun telah berlalu. Aira membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Kemampuannya turut membesar. Kalau sewaktu menjadi Bayi, Aira boleh melihat hantu. Waktu menjadi kanak- kanak, Aira boleh melihat masa depan dan perkara yang akan berlaku. Sekarang Aira dapat membaca fikiran seseorang.
Aira tak suka bila dia dapat membaca fikiran seseorang, Kalau fikiran orang yang dia baca itu buruk, Fikiran Aira turut terganggu dan dia sangat tak suka kalau benda tu terjadi.
Kalau diberi pilihan, Aira lebih memilih untuk jadi manusia normal yang tak boleh melihat hantu, masa depan atau pun membaca fikiran orang tetapi ini terjadi tanpa dipinta.
Sekarang Aira mula sekolah di Diamond International High School. Aira berada di kelas pertama dan beruntungnya dia mempunyai kawan kawan sekelas yang baik.
Pagi itu, setelah selesai sarapan pagi. Aira pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Di dalam bas, Aira duduk dengan tenang sambil melihat sekeliling. Tiba-tiba matanya memandang ke arah lelaki yang mencurigakan. Aira membaca fikiran lelaki itu.
Lelaki tersebut tiba-tiba berdiri dan ingin pergi ke arah seorang wanita yang duduk di kerusi hadapan Aira. Aira terus bangun dan merengangkan badannya di tepi wanita itu.
"Arhh rasa lenguh pula" Lelaki mencurigakan itu mendengus lalu turun daripada bas.
"Miss, Lain kali hati-hati ya. Lelaki tadi sebenarnya nak curi dompet miss yang terkeluar daripada poket" ujar Aira kepada Wanita itu
"Oh. Terima kasih, Nasib baik awak tolong saya tadi kalau tidak semua barang penting dan duit saya hilang"
Aira cuma tersenyum. Kebaikan yang dia dapat daripada kebolehan ini ialah Aira dapat menolong orang lain.
Enjoy and Vote please :)
Thank You❤️
YOU ARE READING
6th Sense
Teen FictionSesetengah manusia mungkin menginginkan kelebihan melihat sesuatu atau masa depan tetapi tidak dengan Aira. Dia tidak menginginkan semua ini. 'I can see everything! Trust me!' 'Weirdos!' Genre:Horor, Action, Funny, Love, Sad