Menakar Takaran

2 1 0
                                    

BISMILLAH

MENAKAR TAKARAN

Aku tak ingin memetik bintang
Kerana ku tak bersayap dan
tak dapat terbang
Aku tak ingin mutiara kerang
di lautan dalam
Kerana aku tak punya sirip
dan tiada insang

Aku tak ingin kaya dengan
emas dan permata
Kerana nafsu serakahku
trauma dengan kemiskinan
tiada benda
Aku tiada minat dengan kejayaan
Kerana nafsu tamakku sangat
takut kepada kebangkratan

Nafsu lelakiku telah kukebiri
Agar tiada nafsu untuk
beristeri lebih dari satu
Kerana ilmu dan amalku rapuh,
takut tak mampu memikul
beratnya amanat Tuhan

Kau lihat aku berlari kencang
Jangan kau maknai aku
tamak menguasai takdir
Kau lihat aku berjalan tertatih
begitu perlahan
Jangan kau maknai aku takut
menghadapi takdir Tuhan

Tegak berdiriku adalah
Qudrat Tuhan
Lunglai lemas dudukku
adalah Iradat Tuhan

Biarlah…
Hidup ini berjalan dengan natural
Kerana mampuku hanya menakar
Takaran Tuhan

(Tashya Nadilla)

QOUTES (Dara Sendu)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang