2

1.2K 65 5
                                    

'Aku tau yang Djin. Tak Uno tu idola kau. Aku tau kau sayang dia sebab dia saja yang perasan kebolehan kau dan prihatin. Dialah yang selamatkan kau time Kau dibelasah dengan geng komeng sementara yang lain tidak. Bukan niatku ingin menjatuhkan dia. Tapi dia... Dia bukan Djin yang kau kenal. Dia sudah berpaling tadah. Aku...' getus hati Ali sebelum dia dipeluk oleh Khai.

"Kau sabar je lah ye Ali. Diorang memang macam tu" Ali mengangguk namun hatinya masih sakit.

"Ha'ah... Kau sabar je lah ek, Ali" ujar Iman perlahan si gadis bertudung yang ayu.

"Betul tu!" Moon menepuk belakang Ali dengan kuat.

"Ish! Sakitlah Moon!" Ali menjeling Moon sambil mengusap belakangnya.

"Tapi kan, ejekan diorang makin menjadi-jadi kebelakangan ini" kata Alicia.

"Alah~ biasalah tu kalau dia pakai I.R.I.S tapi slow!" Kata-kata Bulat menusuk hati Ali.

"Ish! Kau ni! Aku tembak kang!" Roza menghalakan senjatanya kepada Bulat.

"Ape? Aku kata benda fakta! Bukan AUTA!" Ujar Bulat sebelum berlalu pergi.

"Dah - dah. Jangan nak berdrama sangat. Latihan dah nak mula." Ujar Mika.

"Baik kita pergi sebelum kita lewat." Ajak Iman.

Mereka semua bergerak ke arena latihan.

"Kamu semua akan dibahagikan kepada tiga kumpulan." Ujar Ejen Geetha dengan lembut.

"Sila pilih ahli pasukan kamu sendiri. Ingat setiap kumpulan mesti terdiri daripada kesemua teras. Empat orang untuk satu pasukan." Sambung Ejen Geetha.

"Kamu perlu mendapatkan Intel ini sebelum masa tamat" Ujar Ejen Leon dengan tegas.

"Sila masuk ke arena" arah Ejen Geetha.

- SKIP -

Ali terbangun dari lena yang lama. Which is he fainted. Dia mengecilkan matanya kerana terkena cahaya lampu yang amat terang.

"Dah sedar pun kau." Kata Roza dengan rasa marah.

Ali bangkit dari katilnya dan melihat rakan-rakannya terlantar sakit di atas katil. Dia membisu, membeku akan apa yang dilihatnya.

'Aku ke yang buat semua ni?' soal hati Ali.

"Apa kau buat kat diorang ni?" Rudy tolak Ali dengan kasar.

"Aku tak berniat nak buat semua ni. Bukan salah aku." Ali jawab dengan perasaan serba salah.

"Tak berniat?!" Soal Rudy dan menolak Ali hingga terjatuh.

"Betul bukan aku. IRIS yang buat. Bu-"

"Tak pandai dengan lemah. Ada hati nak salahkan gadjet pula." Kata Jet dengan kasar.

"Kau fikir kitorang bodoh nak percaya benda tu semua?!" Kata Chris pula.

"Kalau bukan kau, siapa lagi?! IRIS?! Benda tu bukan hidup pun! Dasar penipu! Tak mengaku salah sendiri! Pengecut!" Rudy mahu memukul Ali namun ditahan oleh Chris dan Jet.

"Sumpah, bukan aku! I-" Ali memegang sedikit baju Rudy sambil menahan airmata.
(Hidung Moon berdarah melihat scene ni dan dihantuk oleh Mika manakala Bulat memberinya sehelai tisu)

"Ah! Dah LA kau! Dasar tak guna!" Rudy menendang Ali di bahagian dada menyebabkan Ali terlantar di situ.

Ali memandang rakannya yang lain. Mereka memandang Ali dengan kecewa. Ali bangkit lalu berlari keluar dari situ dan secara tidak sengaja melanggar Alicia yang baru sahaja hendak masuk ke bilik tersebut.

-- [RULI] SICK -- [ON HOLD]Where stories live. Discover now