9

4.1K 349 3
                                    

Minyoung membantu Namjoon, Hoseok dan Jimin menyiapkan diri untuk menghadiri konsert. Mereka tetap akan membuat persembahan walaupun tiada Yoongi bersama mereka.

Setibanya mereka di belakang pentas, mereka terus menyiapkan diri sementara belum tiba giliran mereka untuk menaiki pentas. Tangan Minyoung ligat mengemaskan apa yang patut.

Minyoung membetulkan pakaian Hoseok. Jimin hanya memerhati dari jauh. Namun begitu, Minyoung hanya buat tidak nampak sahaja dengan pandangan mata Jimin yang menghala tepat ke arah Minyoung dan Hoseok.

Jimin menghampiri mereka berdua.

"Hoseok. Belikan aku air boleh tak ?"

"Lahhh kan ada air tu"

"Aku taknak air ni. Tak kena tekak aku. Boleh lahhhh. Pleaseeeee" Jimin menunjukkan muka seposen nya kepada Hoseok.

Hoseok hanya memandang Jimin dengan ekor matanya sahaja. Jimin memberi isyarat mata menyuruhnya keluar sekejap.

"Yelah yelah. Kau tunggu sini. Aku pergi beli" Hoseok meninggalkan Jimin dan Minyoung berdua.

Minyoung mengambil tempat di kerusi yang disediakan dan membuka lock screen di telefon pintarnya. Jimin menghampiri Minyoung.

"Awak nak apa Jimin ?"

"Takde apa"

"Dah tu, kenapa dekat-dekat ni ?"

"Saje"

Minyoung mengeluh. Malas melayan Jimin. Matanya masih tertancap ke skrin telefon pintarnya. Tidak lama kemudian, Minyoung merasakan seperti ada tangan yang melingkari bahu dan lehernya. Tidak berani dia memandang sekeliling dan hanya terpaku di tempat duduknya.

"Shin Minyoung" Suara itu membisik ke telinga Minyoung. Sangat hampir dengan telinganya. Minyoung memejamkan matanya.

"Hahahahahahahaha kau takut ?" Tiba-tiba Jimin ketawa di sebelahnya. Minyoung membuka matanya. Memandang Jimin dengan mata yang dijegilkan.

"Awak takut saya apa-apa kan awak ke ? Saya gurau je lah tadi" Jimin berdiri dan meninggalkan Minyoung yang masih terpinga-pinga.

"Apa dia nak buat tadi ? Aishhh. Jangan fikir bukan-bukan. Dia nak kena aku je tadi tu. Tenang tenang."

Jimin bertemu dengan Hoseok di luar bilik persalinan.

"Aku nak tanya kau satu soalan boleh ?" Hoseok menghulurkan minuman yang dipesan oleh Jimin sebentar tadi.

"Tanya lah" Jimin terus menikmati minumannya.

"Kau sukakan Minyoung ke ?"

Jimin tersedak akibat mendengar soalan cepumas daripada Hoseok sebentar tadi.

"Kenapa kau tanya soalan macam tu ?" Jimin bersuara sebaik sahaja batuknya kerana tersedak reda.

"Bukan apa. Lama dah aku perhatikan sebenarnya. Sejak kita kat hospital tu lagi. Kau ambil berat dengan dia sampai tugas nak jaga dia pun kau nak. Lepas tu masa Namjoon bagitahu hal sebenar pasal Suga tu. Masa dia menangis lepas baca surat kat kad dalam kotak dari Suga tu. Kau jugak yang pergi peluk dia tenangkan dia tanpa disuruh"

Jimin hanya diam. Kepalanya menunduk memandang kasut converse hitamnya.

"Hah lagi satu. Masa malam pertama kita kat rumah baru tu. Hahaha yang ni aku rasa aku sorang je yang tahu. Biar aku tanya soalan dulu"

Jimin memandang Hoseok semula menanti soalan cepumascelup kedua dari Hoseok.

"Kau dengan Minyoung berdua kat balkoni tengah malam kan masa tu ?"

Saya Cintakan Awak 2 ✅Where stories live. Discover now