# 2

677 72 0
                                    

Eunjee Pov

" Hey,Eunjee !"

Aku mendongak memandang gerangan yang memanggil aku sebentar tadi.

" Ya ? "

Aku membalas.Sejujurnya,aku agak pendiam di dalam kelas.Tak bermaksud yang aku ni sombong.

" Saem Lee suruh saya dan awak untuk berjumpa dengan dia di perpustakaan."

" Untuk apa,Beomgyu ?"

Beomgyu mengangkat bahunya.Err,aku ada buat kesalahan,ke ?

" Saya tak kisah pun sebab apa.Asalkan ada awak,saya dah cukup happy !"

Beomgyu tersenyum manis.Aku dapat rasa yang jantung aku bagai nak tercabut sekarang ni !

" Apa yang awak cakap ni,Beomgyu ?"

Aku tertunduk,malu.

Tiba-tiba,Beomgyu menarik tangan aku.

" Jomlah ! Nanti terlambat pula !"

Aku menurut.Sekali sekala,aku memerhati pergelangan tanganku yang dipegang rapi oleh Beomgyu.Pipi aku mula berona merah.

Kenapa Beomgyu ni selalu buat aku angau macam ni ?!

Sedar tak sedar,kami telah tiba di hadapan perpustakaan sekolah.Jantung aku mula berdebar.Apabila merasakan yang aku menggigil,Beomgyu mengeratkan lagi pegangannya pada lengan aku.

" Oh,kamu berdua dah sampai.Silakan duduk dahulu.Saya ada benda yang mustahak untuk diberitahu."

Kami sekadar mengangguk.

" Tujuan saya panggil kamu berdua ke sini adalah untuk memaklumkan bahawa kamu berdua telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam perkhemahan.Memandangkan kamu berdua adalah pengawas sekolah,jadi saya rasa kamu berdua sesuai untuk menjadi peserta.Bagaimana ? Setuju ataupun tidak ?"

" Saya--

" Baiklah ! Kami setuju."

Belum sempat aku memberi jawapan,Beomgyu mencelah terlebih dahulu.

Huaa !! Aku benci perkhemahan !






FRIEND-CHOI BEOMGYUWhere stories live. Discover now