# 6

491 64 0
                                    

Eunjee Pov

" Beomgyu,dekat sana ada banyak kayu api ! Jom !"

" T-tapi.."

Haera menarik tangan Beomgyu menuju ke arah yang dimaksudkan,dan meninggalkan aku bersendirian.

Aku pandang sekeliling.Tiada lagi bayangan mereka berdua.Aku mula kecut perut.Segera aku mengeluarkan telefon bimbit.Hampir menjangkau jam 7 petang.Langit mulai gelap.Mungkin hari hendak hujan.

Sangkaan aku tepat apabila titisan hujan mula membasahi bumi.Aku berlari ke arah sepohon pokok yang besar untuk berteduh.Aku memeluk tubuh akibat kesejukan.

Kilat mula sambar menyambar di langit.Air mata aku mula mengalir.Beomgyu...Mana kau ?

------

Beomgyu Pov

Aku masuk ke dalam khemah kerana menyangka yang Eunjee ada di situ.Sangkaan aku meleset.Aku memandang ke arah Haera yang sibuk mengeringkan rambutnya.

" Mana Eunjee ?"

" Entah."

Jawabnya acuh tak acuh.

" Ishh.Ni semua salah kau ! Kalau dia hilang macam mana ?"

Aku memandang langit yang kian menggelap.

FRIEND-CHOI BEOMGYUWhere stories live. Discover now