001

1.4K 138 135
                                    

ೋ❀❀ೋ═══ • ═══ೋ❀❀ೋ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ೋ❀❀ೋ═══ • ═══ೋ❀❀ೋ

RUMAH KELUARGA HAN

" JIYEONNNN !!! JIYEONNNN !!! " jerit Jisung dari luar bilik Jiyeon sambil mengetuk kuat pintu bilik tidur Jiyeon. Jiyeon tidak memberi apa - apa respon. " HAN JIYEON ! H A N J I Y E O N !! " jerit Jisung dengan nada yang lebih kuat. Tetapi masih lagi tiada respon.

" Hmm.. tak boleh jadi ni.. JIYEONNNN !!! GOT7 DATANG RUMAH KITORANGGG AAAAA " kata Jisung dengan nada yang kuat. Cepat - cepat Jiyeon berlari ke pintu bilik tidurnya dan membuka pintu itu.

" GOT7 ?! MANA ?! AAAA MANA DIA TUJUH ORANG SUAMI TERCINTA AKU !!? " soal Jiyeon. Jisung hanya tersengih.

" Tu " jawab Jisung lalu menunjukkan poster GOT7 yang ada di dalam bilik Jiyeon. Jiyeon menggulingkan matanya. Belum sempat Jiyeon menutup pintu biliknya , cepat - cepat Jisung menarik lengan Jiyeon.

" Dah . Janganlah sambung tidur . Pergi mandi lepas ni eomma nak ajak kita dua beli barang dapur . Pergi mandi cepat , kesian eomma tunggu lama - lama nanti  " kata Jisung lalu melepaskan lengan Jiyeon. Jiyeon menutup pintu biliknya dan terus masuk ke dalam tandas yang berada di dalam biliknya.

Skip

" Haih . Tak guna punya Jisung , tipu aku awal - awal pagi apahal hah . GOT7 KEPALA OTAK DIA , HUHU KENAPA AKU PERCAYAKAN DIA TADI " kata Jiyeon lalu duduk di sofa yang terletak di ruang tamu , tanpa dia sedar Jisung berdiri di belakang sofa itu.

" Kau percayakan aku sebab aku memang boleh dipercayai AHAHAHA . Dahla jom makan sarapan kitorang " kata Jisung lalu berjalan ke arah dapur dan diikuti oleh Jiyeon.

" Eh Jisung , Jiyeon . Makanlah lempeng tu , eomma pergi bersiap dulu eh " kata Puan Han. Jisung dan Jiyeon mengangguk kepala mereka serentak. Puan Han pun berjalan ke bilik tidurnya dan Encik Han.

" Eh . Tuang air untuk diri sendiri je ke ? Tak nak tuangkan untuk aku ke ? " soal Jiyeon lalu mengangkat kening kanannya. Jisung menggeleng kepalanya.

" Oh , okay. Kalau macam tu aku ambil air kau lah. Thank you " kata Jiyeon lalu mengambil air yang dituang Jisung sebentar tadi. Ingin saja Jisung memarahi Jiyeon tapi entah mengapa dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

" Korang dah habis makan ke ? Dah jom cepat nanti susah pulak nak cari tempat letak kereta kat situ kalau dah lambat " kata Puan Han. Cepat - cepat Jiyeon dan Jisung menghabiskan sarapan mereka. Tanpa membuang masa mereka terus keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam kereta.

Corona Grocery

" Corona Grocery ? Peliknya nama kedai ni ? Jual penyakit ke apa kedai ni ? " soal Jiyeon. Jisung buat - buat tidak dengar. Setelah 10 minit mencari tempat letak kereta yang kosong akhirnya Puan Han pun menjumpai tempat letak kereta yang tidak berjauhan dari pintu utama kedai itu. Mereka bertiga pun keluar dari kereta itu dan masuk ke dalam kedai itu.

" Korang dua ambil lah mana - mana yang korang nak , ambil penuh troli pun tak pe " kata Puan Han. Jisung memandang pelik ibunya itu. " Kenapa nak beli banyak sangat ? " soal Jisung pula.

" Haih ye lah . Jisung tak nak makan ke ? Nak mati kebuluran ? Eomma dengan appa balik kampung esok haa , jaga nenek korang " kata Puan Han. Jisung mengangguk faham. " Wah... Jiyeon dengan Jisung pun ikut jugak ke ?! BESTNYAA !! TAK PAYAHLAH DATANG SEKOLAH !!! YEYYY " kata Jiyeon. Puan Han mengeluh.

" Korang berdua tinggal kat sini je . Eomma dengan appa je balik Incheon . Sebab tu lah eomma bawa kau dua beli makanan hari ni , dah pergi lah cari makanan yang korang nak , eomma nak pergi tandas kejap , nak buat mesyuarat dengan Cik Tandas  " kata Puan Han lalu berjalan meninggalkan dua orang anaknya itu.

" Kau nak beli apa ? Jom lah beli makanan . Aku tak nak mati sebab takde makanan " kata Jisung lalu pergi ke bahagian makanan ringan. Jiyeon hanya mengikuti Jisung dari belakang.

" Jiyeon !! Tolong ambilkan aku Oreo tu boleh tak ? " soal Jisung. " Asal aku pulak kena ambil Oreo tu ? Kau ada tangan kan . Ambil lah sendiri " jawab Jiyeon. Jisung menjeling tajam Jiyeon.

" Masalahnya tangan aku penuh ni haaaa . Kau bagi aku pegang semua keropok kau " kata Jisung. Jiyeon tersengih.

" Hehe ~ maaf . Kejap eh . Aku pergi ambil troli kejap . Kau tunggu sini kejap eh " kata Jiyeon lalu berjalan mencari troli. Setelah mendapat satu troli dia pun pergi semula ke bahagian makanan.

" Oi Jis- " kata - kata Jiyeon terputus di situ. Setelah dia menyedari dia bercakap dengan 'Jisung' yang salah. Lelaki itu memandang Jiyeon lalu tersenyum manis. Jiyeon hanya menatap lelaki itu tanpa berkata apa - apa.

" OI JIYEON !! LAMA AKU KAU KAT BAHAGIAN GULA - GULA TU . SINI KAU RUPANYA . Eh- Chan hyung ? Buat apa sini ? " soal Jisung kepada lelaki itu tadi.

" Oh . Hyung teman eomma hyung beli barang dapur je . Jisung buat apa kat sini ? Perempuan ni siapa ? " soal Chan lalu menunjuk ke arah Jiyeon. Sebelum Jisung menjawab pertanyaan Chan semua barang dipegang olehnya disimpan di dalam troli.

" Oh dia ni kembar Jisung , Nama dia Han Jiyeon , panggil dia Jiyeon je . Kitorang pergi sini sebab nak beli bekalan makanan " jawab Jisung. Chan hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya kepada Jiyeon yang berdiri di sebelah Jisung.

" Oh ya . Nama saya Bang Chan , panggil Chan oppa je " kata Chan. Jiyeon hanya mengangguk kepalanya kerana tidak tahu hendak menjawab apa.

" Perlu ke dia panggil hyung , Chan oppa ? Tak boleh ke dia panggil hyung , oppa je ? " soal Jisung. Jiyeon mengetuk kepala Jisung.

" Boleh je . Apa salahnya kan ? " kata Chan. Jisung tersengih.

" Hyung pergi dulu eh . Jumpa esok ! Bye Jisung, Bye Jiyeon ~ " ucap Chan lalu berlalu pergi dari situ.

" Dah jom pergi bahagian lain " kata Jisung lalu menolak troli yang penuh dengan makanan ringan itu. Jiyeon masih berdiri di situ , jantungnya masih lagi berdegup laju.

" JIYEONNNN ! JOMLAHH " jerit Jisung.

•| ⊱✿⊰ |•

𝕥𝕠 𝕓𝕖 𝕔𝕠𝕟𝕥𝕚𝕟𝕦𝕖𝕕

sunshine ; bang chan Where stories live. Discover now