Jiyun's pov
Lepas habis class, macam biasalah aku pergi ke Choco's Cafe. Aku masuk ke dalam cafe dan pergi tempat biasa aku, sebelum tu aku melintasi sekumpulan lelaki yang selalu ada dekat situ.
"Jiyun ah! Annyeong!", aduh lelaki semalam. Aku hanya menunduk hormat dan berlalu pergi ke tempat duduk aku.
Dia datang dekat aku lagi, aku ni memang nampak dingin. Tapi dalam hati aku ni dia tahu tak aku nervous? Kalau tak handsome takpe masalahnya ish dia handsome siot, kalah jinhyuk aaaaaaaa sorry oppa.
Eh aku nampak je dingin eh, tapi aku masih ada perasaan tau. Dia tengok aku sambil menongkat dagunya, aku tahu dia expect aku akan bercakap dengan dia tapi memang tak ah. Jiyun, jual mahal jiyun jangan nampak murah sangat kau nak gedik2 dengan dia eh.
"Hi awak, baru habis kelas ke?", aku hanya mengangguk tanpa memandang dia.
"Ambik course apa?"
"Kesetiausahaan"
"Wow, dah last year ke?"
"Hm"
"Ouh, lepasni boleh lah jadi setiausaha saya alang2 setiausaha saya yang sekarang ni pun dah nak berhenti", aku hanya senyun segaris tanpa memandang dia. Aku tak boleh ah nak pandang dia, handsome ngat aduh.
Owner cafe ni datang dekat aku, nak ambik order aku. Harini agak panas so ofcourse aku akan order iced americano.
"Harini panas, so macam biasa?", aku hanya mengangguk. Sebelum owner cafe tersebut pergi, dia sempat tepuk bahu seungwoo.
"Tu kawan saya, tapi dia lebih muda sikit lah berbanding saya. Nama dia Cho Seungyoun"
"Ouh", punyalah dah lama aku lepak dekat sini. Baru harini aku tahu nama owner cafe ni. Teruk sangat ke aku ni?
"Hyung! Kitorang nak berkenalan jugak dengan noona cantik ni", kawan2 seungwoo yang lain datang dekat dengan aku dan dia.
Diorang ambil kerusi masing2 dan berkumpul dekat meja yang aku duduk. Diorang kenalkan diri dan aku hanya mengangguk dan senyum segaris. So, diorang ada 11 orang dan aku sama umur dengan yohan dan hangyul.
Aku tak tahu nak sembang apa dengan diorang ni. Almaklumlah dah lama tak bergaul, even dengan oppa aku pun aku diam je apa lagi dengan stranger.
Aku sambung buat kerja aku, diorang buat hal diorang masing2 tapi kitorang dekat meja yang sama. Diorang ni bising gak eh tapi aku tak kesah pun yang penting tak kacau aku buat kerja dah lah.
Kedengaran pintu cafe dibuka dari luar, aku hanya endahkannya. Seungyoun oppa(dia dgn wooseok suh aku panggil drg oppa) selaku owner cafe ni kena lah sambut tetamu dia kan. Aku dengar tapak kaki tetamu tu macam mendekati kitorang. Aku masih hiraukan yelah mana tahu kenalan diorang ke kan.
"Dekat sini rupanya kau, patutlah bila aku call, tak pernah nak angkat. Dah ada jantan lain rupanya", aku kenal suara ni. Aku pandang pemilik suara tu. Ya, dia ex boyfriend aku yang aku tak pernah cinta, Kang Daniel.
"Kau nak apa datang sini daniel?"
"Hahaha aku saje je lalu sini, tak sangka pulak jumpa kau dengan anak2 ikan kau dekat sini"
"Jaga mulut kau daniel"
"Uwau hahaha asal? Takut orang tahu kau simpan anak2 ikan kau dekat sini? Hahahaha agak2 apa reaksi budak2 kolej kita kalau tahu kau simpan anak ikan dekat sini eh?", dia buat muka annoying dia.
"Kau ni kenapa ha daniel? Apa masalah kau? Boleh tak jangan kacau aku, kau nak apa lagi sebenarnya ni?"
"Aku nak kau lah sayang, nak apa lagi hm", dia dekatkan diri dia dengan aku dan angkat dagu aku memandang dia. Aku tolak dia.
YOU ARE READING
[SU] CAFE || Han Seungwoo
RandomSeungwoo dan chingu2nya sering melepak di sebuah cafe. Cafe itu adalah milik rakannya sendiri, Cho Seungyoun. Ada seorang yeoja yang juga selalu lepak di cafe tersebut, tetapi dia seorang yang dingin. Dulunya dia seorang yang happy go lucky tapi se...