"Ni ke tempat misi diorang?"soal Roza sambil memegang snipernya di bahu.
Gula-gula getah berperisa rendang daging itu dikunyah beberapa kali sebelum dia membuat belon menggunakannya. Mata bundarnya melirik ke kiri dan ke kanan, memerhati keadaan bangunan usang itu. Hutan kiri kanan. Dia risau kalau-kalau encik Pokong tiba-tiba keluar dari balik semak.
"Kalu aku lah, aku lari kelik doh ni. Tegok doh bulu roma aku ni boh,"kata Chris sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Zass berjalan menghampiri pintu masuk bangunan itu. Dia melekapkan telapak tangannya di muka pintu itu. Tombol pintu itu juga turut dipulas beberapa kali tetapi ianya seperti terkunci dari dalam.
Zass memandang ke sekeliling. Dia berfikir, mungkin mereka masuk melalui jalan lain, bukan melalui pintu utama.
"Rasanya macam takde sesiapa kat area ni. Apa kata kita letupkan je bangunan ni,"cadang Moon sambil menggaru kepalanya.
"Pale kau. Kalau kantoi cemana?"kata Jet lalu menggelengkan kepalanya. Moon sekadar mencebikkan bibirnya.
Zass sekadar menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya cuba untuk mengaktifkan kasut kelakuan supernya, tetapi seperti tiada apa yang berlaku. Dia mencuba lagi beberapa kali namun hasilnya tetap sama.
Khai menyedari tingkah laku Zass. Zass terus memberi isyarat kepada Khai untuk memeriksa keadaan R.O. Khai mengiyakan arahan Zass dan mengeluarkan R.O. nya. Dia mendapati yang R.O. tidak memberi respon.
"Er, korang. Cuba check gajet korang jap,"kata Khai kepada rakan sepasukannya.
Mereka semua melakukan hal yang disuruh oleh Khai. Kesemuanya menunjukkan masalah yang sama. Gajet masing-masing tidak berfungsi.
"Gelombang elektromagnet kat sini agak kuat, menyebabkan semua teknologi kita gagal berfungsi. Alat komunikasi juga tidak berfungsi dengan baik,"terang Ejen Geetha kepada yang lain.
"Mungkin ini sebab diorang terputus rangkaian dengan HQ,"kata Mika kepada Bulat. Bulat mengiyakan kata-kata Mika.
"Bahaya ni. Kita tak tahu apa yang ada dalam tu,"balas Bulat.
"Baiklah. Lakukan apa yang telah diberitahu tadi. Bertindak segera!"kata Ejen Bakar, tidak mahu melengahkan masa lagi.
ALI terjaga dari lenanya. Dia kelam-kabut bangun dari baringnya. Tubuhnya dibendung seperti bayi yang baru lahir. Dia memandang sekeliling. Kini dia berada di dalam sebuah bilik berdinding kaca.
"Alicia!"
Dia terus sahaja bangun dari katilnya dan menghampiri Alicia yang sedang baring di atas katilnya, di bilik kaca berhadapnya. Dia melekapkan mukanya ke dinding bilik itu untuk memerhati keadaan sekeliling dengan lebih jelas.
"Aku... aku dekat mana ni?!"
Ali mula cuak apabila melihat bukan dia sahaja yang dikurung di dalam bilik itu, namun ada berpuluh orang lagi. Keadaan mereka sungguh menyayat hati. Ada yang menghantuk kepala sendiri di dinding sehingga berdarah. Ada yang sibuk mencakar pintu sehingga kukunya patah. Ada juga yang sedang menjamah najis sendiri.
Ali berundur perlahan-lahan ke belakang. Dadanya berombak. Apa yang dia tahu, dia perlu keluar daripada sini. Dia tahu jika dia bertahan lagi, dia akan berakhir seperti mereka.
"Aku yakin M.A.T.A. akan hantar back up,"kata Ali kepada dirinya sendiri.
Dia memandang ke siling. Silingnya cukup tinggi ke langit dan dindingnya diperbuat daripada kaca. Mustahil untik dia memanjatnya. Lagipun, tangannya dibendung. Ali sesekali melihat bayangnya sendiri di dinding kaca itu. Wajahnya penuh luka dan hidungnya berbalut. Ali mengetap giginya. Dia tahu dia dalam keadaan yang lemah.
YOU ARE READING
(RE) Ejen Ali - Misi : Keluar
Mystery / Thriller[COMPLETED] Misi yang dijangka akan berakhir dengan kegemilangan akhirnya memakan diri sendiri apabila Ali, Alicia, Iman dan Rudy terperangkap di dalam sebuah hospital usang yang dipercayai telah melakukan eksperimen ke atas manusia secara haram yan...