M.A.T.A. Facility
Somewhere in CyberayaAli berlari-lari anak sambil tangannya dihayun laju membelah udara. Keadaan fasiliti yang sesak pada hari itu menyukarkan dia untuk bergerak.
"Matilah... matilah...,"bisik ali kepada dirinya sendiri.
Bukan dia sengaja nak lambat, tetapi sebenarnya dia sedang membeli-belah bersama-sama ayahnya, Encik Ghazali. Pelbagai alasan dikemukakan supaya tindakannya tidak dicurigai oleh ayahnya sendiri.
Ali mengeluh kecil dalam kelam kabutnya. Mindanya selalu terlintas, sampai bila dia kena sorokkan kebenaran? Hampir lima tahun dia berkhidmat di bawah agensi rahsia ini, masih tiada sesiapa kenalan rapatnya mengetahui tentang hal ini. Rakan baiknya, malah bapanya sendiri.
Akhirnya, Ali tiba di Bilik Kawalan M.A.T.A. yang terletak di hujung fasiliti itu. Sebaik sahaja pintu automatik bilik itu terbuka, terpapar wajah garang General Rama di skrin hologram bilik itu. Mata lelaki separuh abad itu dijengkilkan sehingga mahu tergolek keluar dari soketnya.
Ali meneguk air liur kasar. Gelagat cuaknya itu juga turut diperhati oleh tiga pasang mata yang lain.
"Apa alasan kau lewat kali ni?"soal Rudy.
Matanya merenung tajam susuk tubuh Ali yang masih tercengang di pintu masuk bilik itu. Tangannya disilangkan. Suara dalamnya menambah lagi suasana meremang di dalam bilik berhawa dingin itu.
"Ma-maaf, general! Saya ada-,"
"Sudah! Saya tak mahu dengar alasan lagi!"
Ali terkedu. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, General Rama sudah memotong ucapnya terlebih dahulu. Kepalanya ditundukkan ke bawah, menghadap lantai. Dia tidak berani ingin bertentang mata dengan Menteri Pertahanan Cyberaya yang mempunyai misai lembat persis Wak Doyok itu. Iman tergelak kecil manakala Alicia pula menggeleng perlahan kepalanya ketika melihat situasi yang hampir hari-hari terjadi.
General Rama membetulkan posisinya sebelum kembali ke objektif hari ini.
"Intel mendapati bahawa terdapat sebuah aktiviti rahsia sedang dijalankan tanpa pengetahuan umum dan pihak kerajaan di sebuah hospital mental di timur Cyberaya. Kami mengesyaki yang pesakit-pesakit mental di hospital itu telah digunakan untuk eksperimen kejam yang motif sebenarnya masih tidak diketahui. Misi kamu adalah untuk periksa situasi sebenar di sana dan membawa pulang intel tanpa membongkarkan kehadiran kamu,"terang General Rama sambil tangannya bermain-main di awangan, memberikan maklumat penting yang lain melalui paparan skrin hologram.
Ali, Alicia, Iman dan Rudy terangguk-angguk ketika mendengar penerangan General Rama sambil mata mereka difokuskan ke arah skrin hologram yang dijadikan penanda aras.
"Memandangkan ini adalah latihan terakhir kamu sebagai pelajar akademi, kami tidak akan menyertakan mana-mana ejen senior untuk menyertai misi kamu kali ini."
Ali tersenyum yakin sambil mengangguk dengan bersemangat sebaik sahaja mendengar kata-kata General Rama. Dia bakal menamatkan latihannya sebagai ejen muda dan dia tidak sabar untuk merasai perubahan ini
"Dalam misi kali ini, Rudy akan mengetuai kamu memandangkan dia merupakan ejen muda yang paling lama dilatih di bawah akademi."
Ali terkejut sebaik sahaja mendengar kata-kata General Rama. Dia berselang-seli memandang kearah Rudy dan General Rama dengan wajah hairan.
"Kenapa dia pula, general? Kan Alicia dah-"
"DEY! JANGAN INGKAR ARAHANLAH!"
Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, General Rama terus menengking Ali. Ali kemudian menundukkan kepalanya, akur dengan sikap kanak-kanaknya. General Rama menggelengkan kepalanya, misainya yang beruban itu dipintal-pintal menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya.
YOU ARE READING
(RE) Ejen Ali - Misi : Keluar
Misteri / Thriller[COMPLETED] Misi yang dijangka akan berakhir dengan kegemilangan akhirnya memakan diri sendiri apabila Ali, Alicia, Iman dan Rudy terperangkap di dalam sebuah hospital usang yang dipercayai telah melakukan eksperimen ke atas manusia secara haram yan...