[Hari Sukan]
Semua pelajar berkumpul di padang sekolah menanti pembukaan acara hari sukan.
Mereka berpakaian lengkap baju sukan yang ditempah khas setiap kelas.
"Dengan ini, saya lancarkan acara Hari suka sekolah!" Kata-kata yang dialukan oleh Pengetua Bang disambut meriah oleh semua pelajar.
Sukan pertama akan dimulakan dengan sukan larian baton.
Setiap kelas perlu menghantar 4 orang wakil.
"Weh kita nak hantar siapa?" Soal Hyojung pada budak-budak kelas kitaorang.
"Kita hantar Yeonjun, Beomgyu, Luna dengan Hyun. Diorang boleh tahan laju lari" cadang Soobin.
Semua budak kelas aku menganggukan kepala tanda setuju.
"Kelas 5-3! Fighting!"
Kelas 5-4 iaitu kelas The Boyz menghantar Sunwoo, Sangyeon, Yujin dan Hana.
Selepas semua kelas menghantar wakil, sukan larian baton akhirnya bermula.
Semua pelajar berdiri si tepi padang menyaksikan perlawanan itu.
Setiap orang akan menjerit nama kelas mereka masing-masing.
Bang!🔫
Semua peserta mula berlari apabila bunyi tembakan kedengaran.
Mereka berlari dengan lajunya untuk mendapatkan tempat pertama.
"YEONJUN!!!!! LARI CEPAT!!!! SUNWOO DAH ADA DEKAT BELAKANG KAU TU!!!! YEONJUN!!! YEAYYYYYY!!!!" Hyojung yang berada di sebelah aku melompat kegembiraan apabila Yeonjun dari kelas kami berjaya mendapatkan tempat pertama.
Wow. Tak sakit tekak ke?
"Uhuk! Uhuk!" Aku melihat sebelah kanan aku.
Hyunjae?
Aku rasa Hyojung yang menjerit, kenapa dia pulak yang batuk ni.
"Hai" sapa Hyunjae dengan senyuman.
"Mana batuk awak?" Soalku apabila Hyunjae tiba-tiba berhenti batuk.
"Eh- Uhuk! Uhukkkkkk~"
Aku tergelak kecil melihatnya.
Hyunjae hanya senyum memandang aku.
•••
Sukan seterusnya ialah...
Tarik tali!
Kali ni semua orang akan turut serta.
Kami berlawan mengikut jadual yang telah disusun.
Memang takdir kami, kelas kami berlawan dengan kelas The Boyz.
Hyojung tidak habis-habis berlawan mulut dengan diorang. Tak padan dengan seorang😌
"Hyunjoo" panggil Hyunjae.
"Wae?" Soalku.
Dia terus mengambil tangan aku lalu menyarungkan sarung tangan.
"Pakailah sarung tangan ni. Saya tak nak tangan awak cedera" kata Hyunjae sambil merenung mata aku dengan senyuman.
Aku tersenyum malu.
"Gomawo" ucapku.
"Sarung tangan aku tak ada ke?" Selit Hyojung.
Hyunjae menyilang tangannya.
"Tak ada" jawab Hyunjae.
"Cis! Aku boleh minta Saemlah" Hyojung menjeling ke arah Hyunjae dan berlalu pergi.