Give Love: 10💓

589 65 10
                                    

☉🏫

Mata aku asyik menjeling ke arah pintu kelas menanti kedatangan seseorang.

Korang mesti tahukan siapa.

"Hyunjoo, nanti ada hari sukan. Kau datang tak?" Soal Hyojung.

"Mestilah datang. Tahun ni tahun terakhir aku dekat sekolah ni kot"

"Kalau kau pergi, aku pergilah."

Aku memalingkan semula pandangan aku ke arah pintu kelas.

"Kau tunggu siapa? Dari tadi pandang sana" soal Hyojung pelik.

Aku hanya mendiamkan diri.

"Ouhhhhhhhh...kau tunggu Hyun--" kata-kata Hyojung terhenti apabila The Boyz datang.

Aku tersenyum kecil melihat Hyunjae yang datang bersama membernya.

Apabila Hyunjae memandang ke arah aku, aku terus alihkan pandangan aku ke arah lain.

Malu nak dikatakan.

Seperti biasa diorang ambil kerusi di meja lain lalu seret duduk berdekatan dengan kami.

Aku menjeling ke arah Hyunjae yang seret kerusi ke arah aku.

Aku buat-buat tak nampak.

Jantung aku berdegup dengan kencang apabila Hyunjae duduk di sebelah aku. Tambah lagi apabila bahu kami saling bersentuhan.

Memang tak keruanlah jantung aku ni.

Dugeun~ Dugeun~💓

Aku cuba memandang Hyunjae di sebelah dan pada masa yang sama Hyunjae juga memandang aku.

Mata kami bertembung.

Kami tersenyum malu lalu alihkan pandangan ke arah lain.

"Korang pergi tak hari sukan nanti?" Soal Sangyeon.

"Pergi kot. Kau Hyojung, pergi tak?" Soal Eric pula.

"Pergi" jawab Hyojung.

"Aku dengar nanti kita lawan dengan kelas lain" beritahu Jacob.

"Jinjja? Kalau macam tu, kelas kitaorang akan berlawan dengan kelas koranglah" kata Sunwoo pada aku dan Hyojung.

"Alah. Kelas kitaorang akan menang punya!" Kata Hyojung dengan bangganya.

"Cis! Kelas kitaoranglah yang akan menang! Aku tengok budak-budak kelas kau semuanya lembik-lembik." Sindir Younghoon.

"Mana ada! Sebahagian dari budak kelas aku, atlet tau!" Balas Hyojung tak puas hati.

"Atlet konon...Siapa? Siapa?"

"Yeonjun atlet lari, Soobin atlet lumpat jauh, Taehyun atlet bola keranjang" beritahu Hyojung yang tidak mahu kalah.

"Cis! Itu je? Kelas kitaorang ramai jugalah atlet. Tak payah jauh-jauhlah. Dekat sini pun ada" kata Changmin dengan bangganya.

Aku dan Hyojung pandang mereka pelik.

Setahu kita orang, tak ada siapa dari diorang merupakan atlet sekolah...🤔

"Siapa?" Soal Hyojung ingin tahu.

"Haknyeon atlet makan, Chanhee atlet penjagaan kulit" jawab Changmin dengan gelakan.

Haknyeon dan Chanhee pandang Changmin tajam.

Kami yang lain hanya gelakan mereka.

•••



Semasa Saem Kim tengah mengajar di depan, pandangan aku teralih ke arah seorang yeoja yang berjalan bersama Saem Jung.

Give Love || Hyunjae TBZWhere stories live. Discover now