♡CHAPTER 1♡

88 7 21
                                    



3 tahun kemudian...

"Sudikah awak menjadi isteri saya?" ucap pemuda itu dengan suara yang penuh romantik.

Auni Inara sudah tersipu-sipu malu..Merah terus pipi Auni Inara. Dia menundukkan muka sambil menguis-nguis kaki di lantai. Jantungnya berdegup dengan kencang saat dilamar oleh jejaka pujaan hati. Bagaikan hendak meletup jantungnya itu. Mana tidaknya, jejaka pujaan Malaya sedang melamar dirinya menjadi suri hati si dia.

"Sudikah awak menjadi isteri saya?" lamar suara itu lagi.

Auni Inara mengangguk laju. Mana mungkin dia menolak lamaran lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak bertahun-tahun abadnya. Semenjak dia jatuh cinta dengan lelaki itu, seluruh jiwa dan raganya sudah diserahkan kepada lelaki itu. Betapa bertuahnya dia kerana berjaya menambat hati si dia.

"Kalau saya jadi bunga, awak nak jadi ape?" tanya Auni Inara.

"Jadi kumbangnya!"

"Kalau saya jadi bulan?"

"Saya jadi bintangnya!"

"Kalau aku jadi kuali, kau nak jadi apa?" tanya satu suara yang sedikit menekan.

"Tentulah jadi sudipnya" jawab Auni Inara sambil tersengih.

"Kalau kau jadi hantu, aku nak jadi apa pulak kali ni?" tekan suara itu lagi.

Auni lnara berkerut dahi. Kalau aku jadi hantu, dia nak jadi apa ya?soal hati gadis itu sambil mengaru-garukan kepalanya.

"Hmm..nak jadi apa ya?"

"Jadi mak hantulah!" jerit kecil Puan Zahra ke telinga anak gadisnya.

Terkejut Auni Inara setelah mendengar jeritan itu. Serta merta dia jatuh tergolek dari atas katil akibat jeritan itu.

"Aduh!" rengek Auni Inara sambil meraba punggungnya yang terasa sakit.
"Apa umi ni? Jerit-jerit kat telinga adik. Sakit telinga adik dengarnya..Tak pasal-pasal pekak telinga adik dibuatkan umi" rungutnya pula sambil menggosok telinganya.

"Abis tu yang kamu tersengih-sengih sambil bercakap cakap tu dah kenapa? Dah buang tabiat ke? Kamu tu anak dara, tak baik tidur waktu hari dah meninggi" bebel Puan Zahra, keras.

Auni Inara melabuhkan punggung untuk duduk di atas katil. Patung beruang kesayangannya itu ditarik lalu dipeluk erat. Bebelan umi seakan dengar ataupun tidak saja.

"Tengok tu, boleh pulak di peluknya patung beruang tu lagi. Hisy, budak ni tak pernah nak berubah. Perangai mengalahkan budak-budak. Umur dah 24 tahun tapi perangai mengalahkan budak 4 tahun. Umi kahwinkan dengan anak Haji Selamat tu baru kamu tau" bebel Puan Zahra lagi.

Buntang terus mata Auni Inara saat mendengar bebelan uminya. Kahwin? Hisy, umi ni. Asyik-asyik ugut kahwin. Cubalah ugut tang lain pulak. Hadiahkan aku kereta ke, laptop ke, rumah ke tak pun paling mewah kahwinkan aku dengan lelaki handsome macam Chris Evans kompem tak tolak;monolog Auni Inara sambil tersengih.

"Ya Allah, tengok tu tersengih pulak dah. Tadi tersenyum macam kambing sekarang tersengih macam kerang busuk pulak. Tak faham umi dengan perangai kamu ni, adik." geram Puan Zahra pula.

"Sengih pun tak boleh ke umi? Bukan kena bayar pun." balas Auni Inara sambil berbaring. Terasa mengantuk pula.

"Amboi, dah pandai menjawab anak umi ni? Adik jangan ingat adik tu budak-budak lagi. Kalau ikutkan umur adik ni, dah layak sangat kahwin. Masak pun tak berapa nak pandai, kemas rumah lagilah. Tengok ni, bilik mengalahkan tongkang pecah. Kalau orang lain tengok, terus reject jadi menantu." tegur Puan Zahrah. Lebih kepada bebelan.

"Siapa yang nak kahwin umi? Kak long ke?" tanya Auni Inara, teruja.

"Adik ni dah buang tabiat ke? Kak long kamu tu kan dah kahwin, dah ada dua orang anak." jawab Puan Zahrah.

Dipusingkan badan dan alangkah terkejutnya melihat anak daranya itu sudah pun berbaring semula di atas katil.

"Ya Allah, apa nak jadi dengan anak aku ni."

Tanpa membuang masa, Puan Zahrah segera menapak keluar dari bilik. Lebih lama dia di situ, lebih bertambah geram terhadap anak gadisnya itu. Belum sempat tangannya memulas tombol pintu bilik, telinganya disapa dengan suara Auni Inara.

"I luv u, Chris Evans!" ucap Auni Inara, tersengih.

Terjegil mata Puan Zahrah saat mendengarnya. Dia menggeleng kecil sebelum beredar dari situ. Entah bilah Auni Inara akan berubah perangai, dia sendiri kurang pasti. Jauh di sudut hati seorang ibu, dia berharap agar Auni Inara menjadi seorang gadis yang bertanggungjawabdan matang.

AUNI Inara mengerling jam di tangan. Sudah hampir sepuluh minit dia terlewat untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Jika tidak memikirkan perasaan mereka, mahu saja dia membatalkan pertemuan itu dan menyambung tidurnya semula. Alangkah seronoknya berguling-guling di atas katil sambil memeluk patung beruang kesayangannya itu.

"Umi lah ni, bukannya nak kejutkan adik bangun. Adik ada temu janji dengan kawan-kawan ni." rungut Auni Inara sambil memakai kasut ke kaki.

"Umi pulak yang salah. Kan umi dah kejutkan adik tadi. Adik yang malas nak bangun." bidas Puan Zahrah.

"Erk, umi ada kejutkan adik ke?" tanya Auni Inara sambil mengaru-garu kepala. Puan Zahrah menepuk dahi. Dia menggeleng kecil melihat tingkah anak daranya itu.

"Umi kejutkan adik main-main ke betul-betul?" tanya Auni Inara lagi.

"Hai, kejut pun ada main-main dengan betul-betul ke?" tanya Puan Zahrah pula, berkerut.

"Mestilah ada umi. Nanti adik ajar umi ya. Adik dah lambat ni. Assalammualaikum umi," balas Auni Inara. Sambil menyalami ibunya dan berlalu pergi.

"Waalaikummussalam."sahut Puan Zahrah sambil menggeleng. Aidik.. Adik..; menolog Puan Zahrah pula. Matanya menghantar pemergian anak daranya. Tanpa berlengah, langkah dibawa menuju ke dapur. Menyambung kerja yang tertangguh sejak tadi.



Bersambung...
So macam mane u all okay tak jalan ceritanya, mesti boring kan. Sorry kalau ade typo di mane mane..Hopefully u all suke dengan karya saye ni😊. So u all sume dah vote ke belom. Harap vote n support me wokay. U all sume dh ready untuk bace next chapter. Sape yang dah ready angkat tangan✋.So stay tuned..

LUV U MR AISBERG (SLOW UPDATE✔✔)Where stories live. Discover now