♥
♥
♥Sesampai saja ke tempat yang mereka ingin tujui lalu terus saja mareka mencari tempat duduk. Mereka duduk di salah sebuah meja yang ditempatkan di bahagian hujung restoran itu.
"Auni, kau nak minum air ape?" soal Dya Qaisara sambil mencuit lengan sahabatnya. Entah apa yang rakannya itu menungkan.
"Kau tanya apa?" balas Auni Inara pula dengan sedikit tersentak akibat cuitan itu. Tidak pasti apa yang ditanyakan oleh Dya Qaisara kepadanya. Intan Nadia dan Elfira ketawa serentak. Berangan rupanya sahabat yang sorang ni..
"Aku tanya kau nak minum air apa?makan apa?" ulang Dya Qaisara lagi.
Auni Inara menoleh kearah gadis berbaju putih berseluar hitam yang setia di sisi meja mereka sejak tadi. Masih dengan sebatang pen dan sebuah buku kecil bagi menulis pesanan..
"Bagi saya mee ladna dengan air laici ya." Auni Inara segera membuat pesanan.
Si gadis bertubuh kecil molek itu mula menulis di atas buku kecilnya.
"Ada apa-apa lagi kak?" soal gadis itu sambil memandang wajah pelanggan di hadapannya."Itu saja." jawab Intan Nadia, ringkas. Gadis itu terus berlalu sambil mengangguk.
"Kau menungkan apa tadi sampai tak sedar aku tanya?" soal Dya Qaisara sambil merenung wajah Auni Inara.
"Tak ada apa-apa?" balas Auni Inara, tersengih. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia menungkan sampai dia ditegur oleh sahabatnya sendiri, menolognya pula.
"Betul ni?" duga Dya Qaisara
"Betullah." balas Auni Inara, sedikit menekan.Intan Nadia dan Elfira yang sejak tadi memerhati lagak dua orang sahabatnya itu. Secara tidak langsung, Elfira terpandang susuk tubuh jejaka yang boleh dikatakan tampan memasuki restoran itu bersama seorang lagi jejaka yang tidak kurang juga ketampanannya.Seperti dia mengenali lelaki itu. Bukan ke??
"Eh korang, tengok tu. Tu bukan boyfriend Safra Delisha ke?" ujar Elfira sambil menunjuk susuk tubuh jejaka yang menjadi tatapannya sejak tadi.Ok u all semua kalau nak tahu Safra Delisha merupakan rakan mereka sewaktu di bangku sekolah lagi.So no hallah kalau diorang tau bahawa lelaki itu adalah bf si Safra tu. Lagipula sekarang Safra Delisha telah menjadi pereka fesyen yang terkenal di Malaysia ni.Alah perempuan gedik yang dalam prolog tu.Hehehe.. Ok back to the story.
Sebaik sahaja mendengar butir bicara Elfira segera mereka menoleh ke arah yang ditunjukkan. Terlihatlah dua orang pemuda yang segak lagi tampan sedang membuat pesanan makanan bagi menjamu selera.
"Yalah. Tu kan Aiden Zafran boyfriend si Safra tu. Handsome pulak dia sekarang ya. Korang tengok tu badan dia sado bai. Berketul- ketul sixpack dia tu. Macam nak nips aje kita melihatnya." balas Dya Qaisara yang sejak tadi tak lepas pandang ke arah jejaka yang duduk di sebelah hadapan meja mereka.
Auni Inara sempat memandang ke arah jejaka yang sejak tadi mendapat pujian dari sahabatnya itu. 'Kemain lagi berlambung lambung kau dapat pujian.' Bohonglah kalau dia kata si Aiden Zafran ni tak handsome. Tengok dari rupa aje dia tau bahwa lelaki ni mempunyai aura dan karisma yang dapat menggoda semua gadis diluar sana. Dia yang di sini pun dah 'tangkap leleh' melihat ketampanan jejaka itu. Dahlah muka tu handsome nak mati. Badan dia pulak mashaAllah boleh di katakan stok abam abam sado. Berketul ketul. Betul macam ape yang di perkatakan oleh Dya Qaiasara. 'Dia sekarang macam nak nips aje gigi gigi yang ade diperut lelaki itu.' Eh, apa yang aku cakap ni; monolog Auni Inara. Dalam dia tak sedar bahwa jejaka tadi sudah pun memandang ke arah tempat mereka semua duduk lebih tepat lagi ke arahnya. Terus saje dia menunduk malu saat terkantoi melihat jejaka itu. Hah, padan muka kau Auni oi. Tu lah lain kali tengok dulu line clear ke idak, ni main redah aje skodeng anak teruna orang. Kan tuan empunya dah toleh ke sini. Auni Inara yang sedia menunduk malu semakin dia menunduk sehingga mahu saje dia menghilangkan diri dari pandangan pemuda tadi.
"Kau dah kenapa Auni oi? Menunduk aje aku tengok." soal Dya Qaisara sambil memerhati tingkah sumbang sahabat sorangnya ini. Mereka yang lain terus mengalihkan pandangan ke arah Auni Inara. Mereka melihat Auni Inara sedang menundukkan kepalanya sambil kedua-dua ibu jarinyaa dicantumkan menjadi satu garisan.. Wei apa yang aku melalut ni wei; monolog Authors.
"Tak de apa-apa. Kenapa korang tengok aku macam tu. Aku taulah aku ni cantik. Macamlah korang tak tau yang aku ni cantikkan." jawab Auni Inara dengan nada yang bergetar bagi mengalihkan topik persoalan yang dibuat oleh sahabatnya itu. 'Takkanlah aku nak cakap yang aku terkantoi skodeng anak orang, tak pasal pasal nanti aku pulak yang diketawakan sebab kusyuk melihat pemuda tadi..Taknaklah aku'; monolog Auni Inara.Sambil itu dia melihat sahabatnya yang lain memandangnya dengan wajah yang berkerut.
Gadis yang mengambil pesanan tadi menghampiri meja mereka. Menghantar minuman yang dipesan sebentar tadi. 5 minit kemudian makanan dipesan pula sudah diletakkan di atas meja. Masing-masing tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mula menyuap. Perut pun sudah menjerit minta di isi. Suasana di meja mereka penuh gelak ketawa dan gurau senda..Yelah kalau dah berjumpa tu memang tak ingat dunia lah nampaknya. Sedang mereka menikmati juadah makanan yang dipesan sambil berbual bual, mereka tidak perasan ada sepasang mata yang asyik melihat ke arah tempat mereka duduki.Sepasang mata yang asyik melihat salah seorang gadis diantara gadis gadis tersebut. Terlalu asyik dia melihat gadis yang bermata bundar dan bibir yang bagai bak delima itu.
"Eh, korang perasan tak mamat yang tadi korang dok puji tu asyik pandang sini aje?" soal Auni Inara.
"Mamat mana pulak?" soal Dya Qaisara pula.
"Alah mamat yang korang dok puji tadi tu. Ape ae nama dia? Hah, Aiden Zafran kan?" balas Auni Inara sambil menyedut air laici. Hmm sedap jugak airnya. YumYum!!
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Auni Inara, mereka yang lain terus mengalihkan pandangan ke arah jejaka jejaka tampan tersebut. Mereka melihat pemuda yang duduk disebelah Aiden Zafran melambai lambai kearah mereka sambil Aiden Zafran mengenyitkan matanya kearah gadis gadis tersebut lebih tepat lagi kearah Auni Inara. Auni Inara yang melihatnya terus menjeling lalu memberitahu kepada sahabatnya bahawa dia mahu pergi ke tandas sebentar. Dia terus bangun dan pergi menuju kearah tandas yang berada di restoran itu.
♥
♥
♥
Bersambung...
Alhamdulillah siap jugak chapter 3 ni😅. Firstly sis nak memohon maaf sbb lambat update. Sorry sesangat🙏. Penat sangat memerah otak nak siapkan chapter ni. Sorry again k kalo chapter ni boring n tak kena dengan jiwa readers, sis akan cube perbaikinya lagi. Sis akan cube update next chapter so hopefully korang wait k. Pls vote n kalo nk komen apa apa silakan. Jangan malu malu 😘..
YOU ARE READING
LUV U MR AISBERG (SLOW UPDATE✔✔)
RomanceGrene:- Romance😍, sad😭, family😊 and comedy😂 Start:18.03.20 End : Aiden Zafran♡Auni Inara