Buku ft Namjoon

455 59 9
                                    

Junghye bangun dari tidurnya yang sungguh "nyenyak". Jam di dinding dikerling sebelum matanya memandang sebelah. Dia sudah lambat untuk ke perpustakaan

Taehyung tiada. Jadi betullah apa yang di kata semalam

" aku teman kau sampai matahari terbit"

Junghye menggelengkan kepalanya, setiap adegan yang berlaku semalam seakan akan kaset rosak yang selalu berputar di fikirannya

Ting!

Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Berkerut dahinya apabila melihat nama jejaka itu

Joon Sayang

Cepat mandi Junghye. Kita dah lambat ni. Saya tunggu awak kat bawah. Nak study addmathkan?

Sejak bila dia save contact lelaki ni?

Pantas sahaja tangan Junghye menekan contactsnya, jarinya mengscroll kebawah melihat nama nama yang tertera

Prince Jungkook
Baby Jimin❤
Daddy Taehyung
Joon Sayang

Mulutnya terlopong melihat contactnya. Sejak bila dia save nombor lelaki lelaki ni?

Tok tok tok!

"Cepat siap sayang! Nanti lambat" Suara garau disebalik pintu itu sedikit sebanyak mengejutkannya. Selimut ditolak ketepi, terus sahaja kakinya melangkah masuk kebilik air untuk membersihkan diri

~~~~~~~~~~~~~~~

Namjoon meletakkan tangannya dikeliling bahu Junghye. Sebelah lagi tangannya memegang buku yang sedang dibaca

"Joon" Junghye memanggil jejaka itu separuh berbisik

"Yes sayang" jejaka itu menutup bukunya dan memberi tumpuan 100% kepada gadis itu

"Um, haish. Mari sini ikut saya" gadis itu menarik tangan Namjoon masuk kedalam barisan rak rak yang agak jauh dari orang ramai. Sengaja dia berbuat bergitu agar perbualannya tidak mengganggu orang lain

"Who are you, awak mesej saya tiba tiba. Dan saya tak tahu pun nama penuh awak. Saya keluar dari bilik terus je awak bawa saya pergi lib-" kata kata Junghye terhenti disitu apabila ibu jari jejaka tadi mengusap bibirnya

"Sekarang aku faham, kenapa adik adik aku gilakan bibir kau. Kau ni tengok depan depam cantik juga" Jejaka itu tidak habis habis menilik gadis di depannya

Sekali pandang seperti perogol bersiri pun ada

"Ja-janganlah" Junghye memegang tangan Namjoon dari terus menyentuh bibirnya

"Aku Kim Namjoon, kau boleh panggil aku sayang. Aku siapa? Aku teman belajar kau. Abang kau selalu cakap yang kau akan tidur semasa belajar sebab bosan. Tapi aku rasa kalau ada aku kau takkan tidur. Umh am I right?" Namjoon meletakkan kedua tangannya di sisi Junghye

"Kita kat library ni! awak nak buat apa?!" Gadis itu membengkokkan lututnya dan semakin ke bawah

"Saja, nak bermanja" Namjoon menggigit bibir bawahnya

"Jangan macam macam eh saya datang library nak belajar bukan nak buat maksi-auch!" Junghye meringis kesakitan apabila Namjoon memegang sikunya

"Kenapa sayang?"

Junghye menarik lengan bajunya keatas melihat lukanya yang berdarah kembali

Luka akibat dibuli

"J-joon sakit"

"Kita baik okay? Study kat rumah" Namjoon mengemas barangnya dan terus menarik gadis itu pergi


~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sayang duduk sini, aku ambilkan first aid" beberapa saat kemudian Namjoon kembali bersama kotak first aid

"Tahan sikit" Namjoon mula menyapu antiseptik diatas luka gadis itu

"Ahhh! Namjoon sakit!" Sebelah tangan gadis itu mencengkam kuat bahu Namjoon

Jejaka tersebut senyap dan terus melakukan kerjanya sehinggalah siap

"Huff" Junghye menghela nafas lega. Matanya tertutup akibat menahan rasa sakit. Dia menyandarkan dirinya kerusi belajar,pedih yang dirasakan perlahan lahan surut

"Hey" Hampir jatuh kerusi yang didudukinya akibat terkejut dengan kehadiran Namjoon didepannya. Tangan jejaka itu dua dua diletakkan disisi kerusi

"Awak nak apa Namjoon? Jangan buat benda bukan bukan" gigih gadis itu mencari jalan keluar daripada Namjoon

Tapi malangnya tiada, dia tersekat berdepan dengan Namjoon

"Awak nak apa Joon? Nak ragut bibir saya macam adik adik awak buat? Hah kisslah, saya penat" Gadis itu memberikan kata putus, penat dengan godaan yang dihadapinya setiap masa

"Kalau aku nak kiss bibir kau kau, dari tadi dah aku buat" Namjoon mengusap rambut panjang Junghye

"Tapi aku takkan kiss kalau kau rasa takselesa. Im not like my brothers" Namjoon mencium dahi gadis itu lama

Tubuh gadis itu dicempung dan diletakkan diatas sofa bersebelahan dirinya. Tangannya mula membuka salah satu buku cerita yang agak tebal

"Sini meh aku bacakan buku cerita untuk sayang aku"

Junghye tersenyum dalam diam, walaupun kalini godaannya tidak teruk dan extreme sekurang kurangnya Namjoon seseorang yang memahami kehendaknya












Komen untuk Joon sayang?❤

(C)Boyfriend On Time |BTS|Where stories live. Discover now