Bab 1

16 2 0
                                    

"Tanpa kepahitan manusia takkan mampu mengenal erti kemanisan"

Ayat yang selalu diucapkan Thia padanya.Kalau dulu setiap kali Thia bercakap,Syah lah orang yang paling malas mahu menadah telinga.Baginya Thia cuma pandai bercakap dengan ayat berbunga bunga yang kosong tanpa makna.Dan hari ini,jelas kata kata itu menampar muka Syah sendiri.

"Syah, pergi masuk bilik.Solat lepas tu tidur.Dah lama sangat termenung dekat tangga ni ayah tengok."Tepukan  lembut di bahu menyedarkan dia.Diraup muka berkali kali sebelum mengukir senyum hambar buat si ayah.Sekeliling ruang tamu nyata gelap menandakan lamanya dia di situ.

"Maaf sebab risaukan ayah.Syah naik dulu ye?"Syah bangkit dari duduknya sebelum perlahan lahan mendaki anak tangga dengan langkah longlai.Lemah bila terkenangkan biliknya yang kosong tanpa penghuni sejak 'si dia' tak ada.

"Syah"

"Kalau rindu,ambil la cuti esok.Balik kampung tengok isteri awak tu."Terhenti sebentar langkah.Kepala dianggukkan beberapa kali.

"Um"Mungkin dah tiba masanya untuk mereka bersemuka.Dan Syah harap,masih ada peluang buatnya.

-------------------------------------

"Abang,mana anak lelaki awak ni?Tak turun turun lagi.Biasanya muka dia paling awal terpacak dekat dapur."Puan Ainun bercekak pinggang di dapur.

"Syah balik kampung Thia.Lepas subuh tadi lagi dia dah gerak."Sambil bercakap Rahim menyelak surat khabar dengan muka selamba.

"Lah,kenapa tak cakap nak pergi sana?Kalau tak,boleh saya kirimkan kek yang saya buat semalam.Kek 'favourite' Thia tu bang..."Rahim buat tak endah suara sebak isterinya.Rindu menantu kesayangan lah tu.Maklumlah,selama ni mananya pernah Puan Ainun berenggang dengan Thia.

"Ibunya....saya bukan tak nak bagitahu awak.Syah tu nak bertolak cepat sangat pagi tadi.Dia nak pergi pujuk Thia la agaknya.

"Eish awak ni.....Keluarga Thia tu bang,yang saya bimbang.....Awak pun tahu kan macam mana marahnya diorang bila dapat tahu Syah tak ada masa Thia duduk hospital hari tu."

"Awak jangan bimbang lah,saya yakin keluarga belah sana takkan masuk campur hal rumah tangga budak budak ni."

'Saya harap macam tu lah bang"

[][][][][][[][][][][][][][][][][][][][][][][][][]


LukaWhere stories live. Discover now