One.

1.7K 27 4
                                    

"Hish, mana dia ni," Dhia risau. Berkali-kali matanya menerokai telefon bimbit barunya itu. Panas Asus Zenfone 4 itu apabila asyik ditelek oleh pemiliknya, mungkin memberontak dengan sikap si pemilik yang sudah hilang sabar.

"Buat aku risau ajelah mamat ni kan. Aduyai!" kerap kali Dhia mengeluh membuatkan dia rimas. Dia kembali duduk di atas katil sambil menarik nafas beberapa kali. Cuba menyabarkan hatinya yang semakin berapi. 

'Ting!'

Laju kakinya berlari mendapatkan Asus Zenfone 4 yang diletakkan di atas meja sekejap tadi. Ceria wajahnya apabila melihat pesanan ringkas yang dihantar dijawab oleh si penerima yang sudah lama ditunggu. Dengan mata yang khusyuk menekan sana dan sini di skrin telefon, Dhia mencampakkan diri ke katil bujang miliknya.

"Helo sayang?".

Memuncung Dhia apabila talian bersambung. "Mana pergi? Tahu tak orang dah lama cari macam orang gila dah tau! Nanti awak malu sebab awek awak ni masuk hospital tanjung durian!".

Bebelan Dhia disahut dengan gelak tawa sang penelefon. "Sayang, awak cakap macam roket dalam minyak penuhlah. Satu, satulah sayang. Dia ni," Hakim tersenyum apabila mendengar suara si pujaan hatinya.

Dhia menarik hujung bantalnya, geram. "Orang betul-betul awak main-main pula! Awak tahu tak orang risau! Awak pergi mana? Dah berjanggut orang tunggu, siap dah cukur kasi licin dah. Awak ada perempuan lain eh? Oh, dalam diam awak ye? Siapa perempuan tu? Cantik ke?".

Meledak kuat tawa Hakim jadinya. Sungguh gadis ini menawan hatinya. "Haah ada perempuan lain. Cantik awak. Tadi kita orang makan tengahari sama-sama. Maaflah sayang, sibuk sikit dengan awek baru ni."

Wajahnya bertukar muram. "Oh, yeke? Maaflah kacau awak dengan awek baru awak tu. Emm," Dhia bangun daripada pembaringannya. Duduk di birai katil dengan perasaan yang bercampur-baur. Mana mungkin hati wanitanya tidak tersentuh apabila kekasih hati berbicara mengenai perempuan lain di hadapannya. Perempuan mana yang tidak cemburu apabila lelaki yang disayanginya menyoalkan kecantikan perempuan yang lebih cantik daripadanya?

"Sayang? Senyap pula dia."

"Emm, ada kat sini. Kenapa ye?" Dhia berpura ceria. Tidak mahu Hakim fikir yang dia adalah perempuan yang lemah.

Hakim ketawa kecil. "Sayang, saya mana ada perempuan lain daripada awak. Awak ni, saya sayang awak seorang aje. Tak ada yang lain okay?".

Senyum kembali  menghiasi wajah Dhia. "Orang tahu tu. Saje je uji awak."

Dan malam itu mereka bergurau senda tanpa henti. Rasa bahagia menyelinap dua hati yang terbuai dengan rasa kasih dan sayang yang menggebu. Dua hati yang saling merindu kepada sepasang lagi hati yang jauh di mata. Dan Allah sudah menentukan, jika ada jodoh. Jika ada jodoh, pasti mereka akan bersatu jua.

"Ibu tak nak akak bercinta ni. Usia akak muda lagi. Jauh lagi perjalanan awak tu, kak. Ibu dapat tahu awak bercinta memang ibu patahkan tulang awak tu biar masuk dalam hospital."

Dhia terasa tangkai jantungnya bagaikan mahu gugur apabila mendapat kata-kata yang keluar daripada si ibu. Telefon bimbit ditangan, di letakkan di atas sofa. Lagu yang berkumandang di radio tidak dipedulikan langsung. Peluh memercik di dahi dan terasa tangannya sejuk kerana cuak.

"Apa sayang ni cakap yang bukan-bukan. Ingat, kata-kata awak tu doa," Ayah memberi peringatan keras. Sambil itu tangannya memusingkan stereng kereta. Dapat dikesan wajah si anak tunggal yang sudah memucat dan menunduk. Walaupun dia menyokong kata si suami, namun ayat terakhir yang diucapkan oleh isterinya benar-benar membuatkan dia hilang pertimbangan.

Jika Ada JodohWhere stories live. Discover now