Bab 5

53 3 54
                                    

KAKI di bawa ke dapur apabila nama aku dipanggil oleh umi dan Feryal dengan kuat. Telefon dibaling ke tepi. Malam ini umi dan baba mahu membuat kenduri kesyukuran kerana Ayzal sudah pulang ke Malaysia petang tadi. Tak sempat nak tempah makanan, jadi kami terpaksa siapkan semuanya dengan sendiri. Baba, Ayaz dan Ayzal sibuk memasang khemah dan menyusun meja di depan rumah.

"Ayong tolong bawa roti jala keluar. Susun dekat tepi buah." Arah umi. Aku tak menjawab, malah terus membawa sepinggan roti jala ke luar rumah. Khemah sudah pun siap dipasang, cuma meja dan kerusi sahaja belum disusun.

"Banyak ke meja kena susun, ba?" soal aku sambil mendekati baba dan Ayaz di penjuru khemah. Mungkin mereka berdua sedang berehat sebelum menyusun meja-meja dan kerusi-kerusi di bawah khemah.

"Banyak jugalah. Umi dah habis masak ke belum?"

"Umi tengah bancuh air. Tinggal nak susun makanan dekat sini je. Baba nak ayong tolong susun meja tak? Ayzal mana?" soal aku semula. Tangan mula mencekak pinggang sambil tercari-cari adik bongsu di merata tempat.

"Ayzal pergi sambut Sheema dengan suaminya. Keluarga Mak Lang baru sampai." Jawab baba. Dan aku hamper-hampir mahu menjerit.

"Hah?! Mak Lang ada? Umi ajak ke?" soal aku serius dengan biji mata terbeliak luas.

"Mestilah umi ajak. Ayong buat tak tahu jelah dengan Mak Lang tu. Macam tak biasa pula dengan perangai dia." Kata baba. Aku memejamkan mata dengan rapat. Mulalah sakit kepala.

"Sebab ayong kenallah ayong tak nak jumpa dia, baba. Baba faham-fahamlah macam mana dia sindir ayong tambah lagi bab kahwin. Dia bukannya mak ayong pun nak paksa-paksa ayong kahwin. Umi dengan baba pun tak pernah sekali pun paksa ayong. Ayong rasa dia tak perlu kot nak suruh ayong kahwin cepat-cepat. Sheema tu pun dah kahwin. Adik bongsu Sheema pun langkah bendul Sheema juga. Tapi, tak ada pula dia nak bersuara. Sebab apa? Sebab anak dia." Leter aku dengan panjang.

"Sebab tulah ayong kena kahwin cepat-cepat. Ayong buktikanlah dekat Mak Lang yang angah tu tak langkah bendul." Kata baba. Aku mengerutkan dahi dengan kata-katanya. Macam ada maksud tersirat sikit.

"Maksud baba? Baba nak ayong kahwin dulu?" soal aku pula. Kening sudah terangkat tinggi sementara menunggu jawapan baba.

"Yalah. Kalau ayong biarkan angah kahwin dulu, maknanya betullah apa yang Mak Lang cakap. Ayong nak buktikan ayong betul atau ayong salah? Pilihan tu ada di tangan ayong." Baba berkata sambil mengerutkan dahinya seakan-akan sedang memberi amaran kepada aku sehingga bulu roma aku mula menegak.

"Scarylah baba ni." Kata aku dengan perlahan.

"Baba dengan umi dah bincang. Kami berdua nak ayong keluar lagi sekali dengan Imran. Deal?" soal baba. Kini, mulut aku sudah ternganga luas.

"Kenapa pula ayong kena keluar dengan dia? Kan deal ayong dengan umi dah habis? No more blind dates after Imran. Kan?" soal aku bertubi-tubi.

"Imran adalah calon terakhir baba dan umi. Fullstop. Jujur dengan baba, Imran tu calon terakhir ayong jugakan? Ayong sendiri cakap tadi, no more blind dates after Imran. Maksudnya?" Oh, tidak! Aku kena perangkap dengan baba dan umi. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. Fikiran aku dah serabut.

"Okey, one question. What will happen after ayong going out with Imran?" soal aku.

"Simple. We proceed to the next step."

"What step?"

"Kahwin."

AKU menarik nafas dengan dalam. Orang ramai sudah hampir memenuhi meja makan di bawah khemah. Aku pula cuma duduk di ruang tamu bersama Intan dan Feryal. Maksud aku, Mak Lang dan Mak Su pun ada di ruang tamu. Mak Tam dan Mak Ngah di dapur. Sedang menguruskan saki-baki makanan. Umi pula entah hilang ke mana bersama baba. Mungkin sedang melayan tetamu diluar.

Dia...Imran: Hati yang dicuriWhere stories live. Discover now