KENDURI kesyukuran akhirnya tamat tepat pada jam 10 malam. Tetamu ramai sudah mula pulang ke rumah masing-masing kecuali anak-anak Mak Ngah, Hilman, Hamza dan Hadia. Begitu juga dengan Mak Lang dan saudara-mara aku yang lain. Aku yang berada di dapur seorang diri meneruskan aktiviti untuk membasuh pinggan mangkuk yang perlu dicuci. Pakaian aku juga dah tak berapa sempurna. Aku terpaksa membuka kain handsocks yang menutupi lengan. Ia akan mengganggu aku Ketika membasuh pinggan.
Imran masih belum pulang. Dia berada di luar rumah bersama baba dan adik-beradik lelaki aku.
Sedang leka aku mencuci pinggan mangkuk, ada satu suara yang membuatkan pergerakan aku terhenti.
"I am sorry for what I did earlier." Aku pandang Imran dengan riak yang pelik.
"Untuk apa?" soal aku kebingungan. Aku tutup pili air. Baru aku sedari yang aku sudah menyingsing lengan jubah hingga ke paras siku. Dengan sepantas kilat aku sorok lengan aku yang terdedah ini ke belakang tubuh.
"Sebab saya layankan perangai Mak Lang awak. Saya tahu awak tak suka." Imran tatap wajah aku. Aku tersenyum tawar. Pasal Mak Lang rupanya. Aku tarik dan hembuskan nafaa dengan perlahan.
"Bukan salah awak pun. Mak Lang saya memang macam tu. Busy body sangat tepi kain orang. Tambah lagi dengan saya. Lagipun, bagus juga awak mengaku yang awak ni bakal suami saya. Tak adalah saya asyik kena sindir lepas ni." Jawab aku. Persoalannya, bila dia nak pergi dari dapur? Tangan aku dah mula lenguh kat belakang badan. Dan macam nak berkawad pun ada. Senang diri!
"Saya minta maaf sebab panggil awak sayang tadi."
Aaaaaaaaaaaaaa.......
Perlu ke aku malu?
"Tak apa."
Aku terus pandang ke arah lain. Imran tersenyum suka dan aku nampak dia bergerak ke satu tempat. Aku tak pandang, aku pandang dinding di hadapan aku je sekarang ni sambil fikir bila dia nak balik?
"Awak pakailah handsocks ni. Saya tak boleh tengok lagi." Kata Imran sambil menghulurkan sepasang handsocks kepada aku.
Aku terdiam.
Macam mana aku nak pakai? Macam mana aku nak terima huluran dia?
"Saya nak basuh pingganlah." Tergagap-gagap aku nak menjawab. Hulurannya aku pandang sebelah mata.
"Kalau macam tu biar saya yang basuh. Pakai dulu handsocks tu." Aku pandang pula wajah Imran. Dahinya sedikit berkerut. Nadanya tak seperti selalu. Ia seperti satu arahan sebagai seorang sua...
Tak!
"Tak payahlah. Nanti umi dengan baba nampak, diorang cakap saya dera awak pula." Aku masih degil.
"Habis tu awak nak biarkan aurat awak terdedah depan saya macam tu je?" aku tergamam. Tegas betul weh lelaki ni.
"Siapa suruh awak tengok? Siapa suruh awak masuk dapur? Pergilah duduk luar dengan baba." Aku menghalau dia keluar. Tapi dia sedikit pun tak bergerak dari tempatnya.
"Lepas saya keluar, siapa pula yang tengok lengan awak tu?"
"Hah?"
"Anak-anak Mak Ngah awak ada dekat ruang tamu. Hilman dengan Hamza ada. Awak tetap kena jaga aurat dengan sepupu-sepupu lelaki awak." Tegur Imran. Aku menelan air liur yang terasa kesat.
"Sampai bila awak nak sorok tangan kat belakang tu?" soal Imran dengan lembut. Aku masih lagi senyap. Macam mana aku nak terima huluran dia. Nanti dia akan nampak lengan aku yang terdedah ni.
Imran tersenyum manis.
"It's okey, saya faham. Saya letak handsocks awak kat sini." Kata Imran. Handsocks berwarna krim lembut itu diletakkan di tepi singki yang berlapikkan kain kering kemudian dia berpusing membelakangi aku membuatkan hati aku tersentuh.
YOU ARE READING
Dia...Imran: Hati yang dicuri
RomanceBLURB "Keluar blind date dengan anak kawan umi, eh?" - Puan Zahaa. Hah sudah. Itu la reaksi pertama Yara tatkala mendengar pujukan umi buat kali yang ke seratus. Tak habis-habis nak memaksa Yara keluar dengan semua anak kawan dia tu. Kalau lima oran...