.
Jun 20, 2014 ada seorang lelaki dari perhentian Habourbay datang ke Malaysia lalu berlabuh dua jam kemudian di Stulang Laut. "Mahu melawat buah hati saya di Kuala Lumpur, Pak." jawabnya bila ditanya oleh pak imegeresin. "Dia lagi studi disana. Kolej swasta. Lim Kok Wing." tambahnya lagi. Pak imegeresin itu tolak semula pasport lelaki itu dan kata ok. Lelaki itu pergi dapatkan bas.Lelaki itu sampai di Terminal Larkin. "Mahu ke TBS, bang."
"Pukul berapa, berapa orang?"
"2 petang, seorang aja"
"Okay, seat?"
"6A bang." setelah di teliti pada paparan skrin kedudukan tempat duduk bas.
Lelaki di kaunter cetak tiket dan bacakan detail tiket.
"Ok"Mirana Megasuci, kekasihku, bisiknya dalam hati sambil ibu jari kanannya mengosok skrin telefon yang terpapar foto wajah seorang gadis berambut panjang sedang tersenyum kearahnya.
..
"TBS! TBS!" jerit pemandu bas.
Dia tersedar dalam tidur dan bergegas turun. Dia lihat jam tangan. Hampir 6 suku. Sudah lewat mahu ke Cyberjaya, bisiknya. Dia pesan Grab. Mahal juga tapi enggak apalah, bisiknya lagi.Tidak sampai seminit sebuah kereta nasional sampai didepannya. Dari mana bang, tanya pemandu Grab. Medan, jawabya ringkas.
"Uish, jauh. Kerja di sana?"tanya pemandu Uber itu lagi.
"Melawat kekasihku di Lim Kok Wing" kata lelaki itu. "Lama tidak ketemu, mas"
"Oh..bayar bil air la ni." pemandu Grab itu gelak kuat.
Bayar bil air? Apa itu?, bisiknya tapi malas ditanyanya. "Enggaklah mas, cuma mahu ketemu sambil mahu dihantar kiriman uang dari ibunya ini juga. Kami tinggal sekampung saja" balasnya."Oh, jadi sudah selalu datang la ni." tanya pemandu Grab.
"Enggaklah selalu mas cuma kali kedua lawatan ini. Pertama waktu daftar kolejnya" balas lelaki Medan itu. Sudah satu semester dia disana.
"Oh begitu" pemandu Grab cuba mengajuk Nabila Darmawan dalam sinetron Mutiara Hati.
40 minit perjalanan, dia sampai di sebuah apartmen tempat Mirana Megasuci tinggal. "Sini bang?"
"Ya benar mas" jawab lelaki Medan itu. Dia bayar dan berterima kasih pada pemandu Grab itu. "Orait, play safe bro" balas pemandu Grab lalu berlalu pergi.Mirana pernah memberinya alamat rumahnya. Dia buat satu panggilan.
"Aku sudah sampai, sayang."
"Tunggu aku dibawah"
Mirana yang dirinduinya muncul selepas beberapa ketika. Mirana tidak membalas senyumnya.
"Hai sayang" sapa lelaki Medan itu.
Mirana masih tidak senyum.
"Kamu kenapa begini, bikin surpise datang ke sini. Enggak ngomong awal." Nada Mirana tinggi.
"Kalau ngomong awal enggak suprise la, sayang" dia melawat. "Kenapa ni sayang? Aku baru saja sampai. Kamu tidak happy aku ada di sini?"
"Bukan tidak happy, masalahnya Kamu mahu tinggal di mana?" Mirana membalas balik.
"Dibilikmu"
"Kamu tahu enggak, teman-temanku semuanya perempuan"
"Jadi?"
"Ah, naifnya kamu." Mirana geram.
"Kamu ini kenapa, sayang, marah-marah aku begini. Aku mesej selalu kamu tidak balas saja" defensif lelaki Medan.
"Aku sudah call temanku. Kamu tidur di rumahnya saja."
Lelaki Medan itu diam.
...
"Izat, Rezky - Rezky, Izat," Mirana memperkenalkan kedua-dua lelaki didepannya setelah Izat sampai ke apartmennya.
Mereka bersalaman.
Malam itu lelaki Medan bernama Rezky tidur di rumah Izat di Putrajaya.
Rezky mula sangsi.
YOU ARE READING
Mozek
General FictionMozek-mozek kisah manusia yang akhirnya bercantum membentuk satu kisah besar.