Meow 1

87 2 0
                                    

Terdengar bunyi derapan kasut berlari menghampiri pintu rumah. Terus pintu rumah dibuka luas. Muncul seorang lelaki berkaca mata dengan rambutnya yang serabut.

"Woi Youn!" laung seseorang dari luar rumahnya.

"Eh!" Terdengarkan sahaja laungan itu, segera pintu rumah ditutup rapat lalu merapatkan belakangnya pada pintu. Mengharapkan badannya dapat menghalang pintu itu dari terbuka.

Bergegar pintu rumah sehinggakan lelaki itu turut bergegar sama.

"Bukak pintu cepat!" Terus pintu rumah itu ditendang-tendang dari luar.

Lelaki itu hanya menekup mulutnya supaya tidak menjerit akibat terlalu takut.

"Tak guna ye kau!" teriak seseorang geram. "Okay takpe. Kali ni je kitaorang lepaskan kau. Esok jangan harap kitaorang nak bagi kau terlepas lagi. Faham!" Terasa mereka sudah beredar, perlahan-lahan lelaki itu mengelongsorkan diri ke bawah.

Habis berpeluh wajahnya dek berlari pecut tadi. "Haih, ni aku malas nak ke sekolah esok."

Setelah membetulkan kaca matanya yang senget, dia memandang ke hadapan dan dahinya berkerut seribu. Sekali lagi dia membetulkan kaca mata. "Eh?"

Mata rabunnya walaupun sudah dipakaikan cermin mata, menangkap satu makhluk comel merenungnya. Perlahan-lahan makhluk comel itu menyengetkan kepalanya. Ekornya yang panjang mula menari-nari kegembiraan.

"Kui~?"

Kelam-kabut lelaki itu bangun. Terus belakangnya bertembung semula dengan pintu.

"K-K-Kucing?!"

"Buat apa dalam rumah ni!" jeritnya sehinggakan burung-burung yang hinggap di pokok kelam-kabut terbang jauh dari situ.

.......................................

Telefon pintar berdering menandakan panggilan masuk. Wanita bekerjaya yang tampak berkarisma itu mengangkat wajahnya setelah lama merenung fail kerjanya.

Tersenyum suka dia tatkala melihat nama anak lelakinya yang tertera pada skrin telefon. Apatah lagi gambar mereka berdua sebagai latar belakang gambar untuk panggilan.

Dimana dirinya sedang gembira memeluk anak lelaki yang sepertinya tidak begitu suka dirinya dipeluk.

"Hello my baby Youn?" jawab Narae manja. Terdengar teriak geram dalam panggilan, membuatkan dirinya tergelak kecil. "Kenapa tu?"

Sementara di rumah, lelaki itu atau Seungyoun sedang menelefon ibunya. Kedua matanya tekun sekali memerhati anak kucing tersebut.

Anak kucing tersebut sekadar merenungnya manja. "Kui?"

"Mama ada bawak balik anak kucing ke?!" soal Seungyoun geram. Saat anak kucing itu menghampiri kakinya, Seungyoun menolaknya pergi dengan hujung kakinya, membuatkan anak kucing itu bergolek comel.

"Anak kucing?"

"Iye mama. Takkan anak king kong pulak mama." Jawabnya geram. "Lagipun anak kucing ni.." Jeda Seungyoun seketika.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia ni peliklah, mama. Kenapa dia sebut kui sedangkan kucing lain sebut meow?" tanya Seungyoun pelik.

Terdengar Narae tergelak kecil dalam panggilan. Seungyoun geram. Dia mula mengembungkan pipinya. "Kenapa gelak, mama? Youn tak buat lawak okay!"

"Memang lah Youn tak buat lawak tapi bila Youn sebut meow tu terasa comel sangat." Jawab Narae lembut, membuatkan pipi Seungyoun naik kemerah-merahan.

KuiWhere stories live. Discover now