Meow 3

13 0 0
                                    

Terdengar bunyi pintu dibuka. Kui yang bermalas-malasan di atas sofa, segera berlari ke pintu untuk menyambut kepulangan tuannya.

"Kui, Kui!" sorak Kui gembira. Seungyoun duduk bercangkung di hadapan Kui.

"Meh sini kau." Terus tubuh kecil Kui diangkatnya. Kui sudah meronta-meronta ingin melepaskan diri. "Eip jangan gerak." Arahnya tegas.

Seungyoun merenung mata Kui lama. "Entah kenapa mata kau ni macam S-Seungwoo?"

Kui turut merenung Seungyoun sebelum tangan Seungyoun digigitnya. "Ngap."

"Auch!" Terhinggut bahu Seungyoun dek gigitan Kui. Pantas Kui melompat turun dari genggaman Seungyoun. "Sakitlah, Kui. Nasib baik tak darah tau!" marahnya comel membuatkan Kui merenungnya semula.

Seungyoun berlalu pergi ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa. "Kui dah makan ke?" laungnya seraya tangannya laju mengeluarkan sebuah bekal makanan dari beg sandangnya.

Terus Kui berlari terkedek-kedek ke ruang tamu. Kui melompat naik ke atas sofa dan sambung merenungnya tanpa henti dan ini membuatkan Seungyoun melepaskan tawa kecil dengan kecomelan Kui. "Dah makan belum ni?" soalnya lembut.

"Kui, kui nak tahu tak kui?" Seungyoun mengusap lembut kepala Kui.

"Kui?" sahut Kui, kepalanya digesel-gesel manja pada tangan Seungyoun.

"Tadi kan aku kena buli teruk gila dengan budak gila ni tau." Bersemangat Seungyoun bercerita. "Lepas tu kan.." Ayatnya tergantung tatkala teringat kejadian tadi dimana Seungwoo datang meleraikan pergaduhan mereka.

"Serious macam drama, Kui. Ada sorang lelaki ni datang selamatkan aku daripada budak gila tu." Sambungnya seronok. Terus diletakkan tangannya pada dada, begitu terharu dengan kehadiran lelaki kacak itu. "I'm so happy ya know."

"Kui!" Kui meletakkan kepalanya di atas peha Seungyoun. Begitu seronok mendengar cerita Seungyoun tentangnya.

"Tapi Kui.." Seungyoun memandang bawah dimana Kui sudah mula naik ke peha Seungyoun untuk tidur. "Macam tahu-tahu je aku tak sarapan pagi tadi. Duit pulak lupa nak bawak. Kui tahu tak, lelaki tu bagi aku makanan. Sedap jugak dia masak. Lagi memeningkan kepala aku sekarang ni, rasa makanan dia lebih kurang sama dengan makan malam semalam."

"Pelik kan?" Seungyoun sekadar menggeleng. "Kebetulan je kot."

Bekas makanan milik Seungwoo yang berada di atas meja kopi dicapainya dan direnungnya lama.

"I hope I can meet him again." Luahnya perlahan.

Kui di atas peha Seungyoun sudah pun dibuai mimpi indah.

..........................................

"Hai Seungyoun." ucap Jinhyuk mesra. Sememangnya membuatkan bulu roma Seungyoun meremang tegak. Hanya mereka berdua sahaja di dalam kelas ketika rehat.

"Kau nak apa?" tanya Seungyoun malas. Terus disuapnya nugget separuh hangus ke dalam mulut tanpa menghiraukan Jinhyuk yang dari tadi menghadiahkan sebuah pandangan yang tidak menyenangkan.

"I know he knows you since he knows your name." beritahu Jinhyuk setelah duduk di hadapan meja Seungyoun. "So, boleh aku tahu siapa dia? Apa hubungan korang?"

"Kenapa kau nak tahu?" balas Seungyoun setelah habis mengunyah. Wajahnya menayangkan reaksi tidak selesa. "Puih, mentah aku masak nugget ni."

Jinhyuk menggembungkan pipinya tidak berpuas hati dengan jawapan Seungyoun. "Seungyoun~ Seungyoun~ Please?" Dicantumkan jari-jemarinya penuh harapan.

Seungyoun sekadar memandangnya pelik. "No."

Di tandas, Seungyoun membasuh tangannya di singki. Cermin di hadapan ditenungnya sehingga wajah Jinhyuk muncul dari belakangnya.

KuiWhere stories live. Discover now