💀ZOMBIE: 08

724 91 4
                                    

🌘

Cuaca yang sejuk membuatkan aku terjaga dari tidur.

Aku memandang mereka yang turut terjaga dari tidur.

Aku dapat rasakan mereka terbangun sebab perkara yang sama dengan aku.

Mereka kesejukan.

Hujan yang jatuh di tanah Seoul sekarang ni menambahkan lagi kesejukkan malam ini.

"Awak sejuk?" Soal Yunho di sebelah aku.

"Nae..." jawabku lemah.

Mingyu yang berdiri di pintu kelas memikirkan sesuatu.

"Kita tak ada cara lain lagi. Esok kita terpaksa keluar pergi cara sesuatu yang boleh hangatkan kita memandangkan sekarang kita berada di hujung tahun. Bila-bila masa sahaja salji akan turun" kata Mingyu sedikit resah.

Kami semua tidak berkata apa-apa. Tiada lagi cara lain selain apa yang Mingyu cadangkan.

Malam ini terpaksalah kami menahan sejuk.

Aku terfikir sesuatu.

"Yunho ikut saya sekejap" kataku pada Yunho.

Yunho menganggukan kepalanya lalu ikut aku ke kelas sebelah.

"Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Yunho pelik.

"Kita jadikan langsir itu sebagai selimut" cadangku.

Yunho menganggukan kepala tanda faham.

"Mari tolong saya buja langsir ni"

Aku membuka langsir di bahagian kiri manakala Yunho pulak buka langsir di sebelah kanan.

•••

Aku dan Yunho meletakkan semua langsir yang kami ambil di dalam kelas dimana kami selalu berkumpul.

"Woah!" Mereka semua kagum melihat aku bawa langsir pada mereka.

"Malam ni kita selimut dengan langsir ni je dahulu. Okey lah daripada tak ada kan." Kataku pada mereka semua.

Mereka melemparkan senyuman lalu menganggukan kepala aku.

"Awak dah bekerja keras, Yuha" puji Sejun sambil meletakkan tangannya di bahu aku.

Aku balas dengan senyuman.

•••

Sebaik sahaja kami mencelikkan mata, kami semua terus bersiap untuk masuk ke dalam zon peperangan bersama zombie.

Aku juga tidak lupa untuk membawa beg galas aku untuk meletakkan makanan di dalamnya.

Tangan kanan aku memegang erat kayu hoki yang diberi oleh Mingyu.

"Kajja" kata Mingyu pada kami semua.

Kami menganggukan kepala lalu mengikut Mingyu dari belakang.

Kami menuruni tangga dengan berhati-hati.

Kami berhenti berjalan apabila kami berada di sebalik pintu pagar sekolah.

Mingyu meminta kami untuk berdiam seketika sementara dia melihat keadaan di luar.

Seperti selalu, di hadapan kawasan sekolah terdapat beberapa zombie berkeliaran.

"Kita akan berjalan ikut jalan kecil tu. Lepas sampai dekat simpang empat depan tu, kita masuk lorong ke kiri untuk ke lorong bawah tanah." Arah Mingyu.

Mereka semua menganggukan kepala tanda faham.

Mingyu dan diikuti Kino, aku, Yunho, Hyunjae dan Sejun.

Kami berjalan dengan berhati-hati agar tidak membuat sebarang bunyi.

Kami semua berhenti berjalan apabila ada Zombie memaling ke arah kami.

Jantung kami semua berdegup dengan laju.

Selepas Zombie itu memaling ke arah lain, kami sambung berjalan.

Kami sekali lagi berhenti apabila kami sampai di sempang empat yang dikatakan Mingyu awal tadi.

Jalan itu sangat luas dan mengambil masa untuk melintas.

"Kita lintas seorang demi seorang" arah Mingyu.

"Baiklah"

Selepas memastikan Zombie tidak ada berdekatan, Mingyu mengarahkan Sejun pergi terlebih dahulu.

Diikuti dengan Hyunjae, Yunho dan Kino.

"Yuha, awak boleh pergi sekarang" arah Mingyu.

Aku terus berlari melintasi jalan itu.

Kami semua menunggu Mingyu yang masih tidak lintas jalan.

"Ggggrrrrhhhhhh!!!"

Terhincut bahu kami semua apabila ada zombie sedang mendekati kami.

Hyunjae yang paling dekat dengan zombie itu terus memukul kepala milik zombie itu dengan kayu bessball.

Kami melepas nafas lega apabila zombie itu tombang.

"Kajja!" Mingyu yang sudah berada dengan kami terus menuju ke lorong kereta api bawah tanah.








TBC

ZOMBIEWhere stories live. Discover now