💀ZOMBIE: 15

624 83 8
                                    

Aku memandang kelas itu untuk kali terakhir. Aku juga tidak lupa bawa memori kami bersama semasa tinggal di sini.

"Yuha-ah, kajja" panggil Mingyu.

"Nae"

Aku menggalas beg aku lalu keluar dari kelas itu dengan hati yabg berat.

Kami berlima turun ke tingkat bawah dengan berhati-hati.

Apabila kami menjejaki kaki kami di tanah, itu bermakna kami berada di zon yang berbahaya.

Kami semua mengikut Mingyu yabg sentiasa menjadi ketua kami.

Perjalanan kami ke Gocheok akan mengambil masa 1 jam lebih. Jikalau kami menaiki kereta, mungkin kami sampai dalam masa 30 minit sahaja.

Jadi perjalanan kami ke sana memerlukan persediaan yang mencukupi untuk mengharungi halangan yang akan muncul pada bila-bila masa.

•••

"Tunduk" arah Mingyu.

Dengar sahaja arahan dari Mingyu, kami terua tunduk.

"Tengok sana tu" Mingyu menunding jari ke arah sekumpulan zombie yang berebut makan bangkai Seekor anjing.

Dahiku berkerut dan loya melihat mereka makan bangkai anjing itu.

Bukan sahaja aku, mereka berempat juga rasa loya melihat kejadian itu.

"Kita perlu menyeberangi jalan tu. Jadi, kita tak boleh buat sebarang bunyi. Arraseo?"

Kami semua menganggukan kepala kami setelah mendapat arahan dari Mingyu.

"Kajja"

Kami semua bangun dan berjalan perlahan-lahan menyeberangi jalan besar itu.

Sekali sekala kami memandang sekumpulan zombie itu agar mereka tidak perasan akan kewujudan kami.

Disebabkan kecuaian aku, aku tersandung kerana terlanggar batang besi yang berada di tengah jalan itu.

Kami semua membeku apabila aku dengan tidak sengajanya telah buat bunyi yang kuat.

Mata kami dengan automatik memandang sekumpulan zombie itu dengan berharap Zombie itu tidak perasan akan kewujudan kami.

Harapan kami berkecai apabila melihat sekumpulan zombie itu mula mengejar kami.

"Lari!" Arah Mingyu.

Yunho menolong aku bangun lalu lari mengikuti Mingyu dari belakang.

Tidak lama itu, kami terdengar bunyi perlanggaran yang sangat kuat.

Kami semua kembali menoleh kebelakang.

Kami semua terkejut apabila ada sebuah lori besar melanggar sekumpulan zombie itu.

Semua zombie itu mati.

Kami semua perlahan-lahan mendekati lori itu.

Langkah kami terhenti apabila ada seorang wanita keluar dari lori itu.

Hyunjae yang berada paling hadapan, mendepakan tangannya menghalang kami semua mendekati wanita itu.

Keadaan wanita itu nampaknya tidak bagus kerana terdapat darah mengalir di dahinya.

Wanita itu berjalan mendekati kami.

"C-Cik siapa?" Soal Mingyu pada wanita itu.

"Jangan takut. Saya bukan zombie" kata wanita yang berusia 30-an itu.

"Macam mana kami nak percaya yang cik bukan zombie?" Soal Sejun pula.

Wanita itu mengangkat rambutnya ke atas dan menunjuk lehernya.

"Tengok. Saya masih belum digigit" kata wanita itu yang cuba percayakan kami.

"Tapi, zombie tak semestinya gigit dekat leher" bantah Yunho.

Wanita itu mengeluh berat.

Wanita itu keluarkan sesuatu di kocek seluarnya.

Kad identitinya di hulurkan pada Hyunjae.

"Saya Dr. Cha Eunjae. Panggil sahaja saya Dr. Cha. Saya tahu macam mana wabak ni terjadi" beritahu wanita itu atau dikenali sebagai Dr. Cha.

Kami semua memandang Dr. Cha itu dan cuba mempercayainya.






TBC
Watak Tambahan💫

TBCWatak Tambahan💫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ulzzang Girl as
Dr. Cha Eunjae / Dr. Cha

ZOMBIEWhere stories live. Discover now