1

49 1 1
                                    

Malam kelam dibalik awan, hanya berbekalkan cahaya dari bulan dia melewati kawasan itu. Agak kabur pemandangannya namun dia tahu, pasti ada sesuatu di kawasan ini.
Bunyi sang puguh malam berlagu, menemani perjalanan malamnya yang sunyi. Dia bersendiri di sebuah kawasan yang dikiranya kawasan sekolah..

Tak begitu jelas..namun yakin tu ada.

Sesekali telinganya menangkap bunyi tangisan si gadis, entah dari mana bunyi tersebut. Sayu saja bunyinya seperti ingin meminta pertolongan. Tapi siapa..?

Dari kejauhan dia terlihat, bayangan seorangan gadis yang memanggil namanya.

"Nori..nori.."

Siapa..? Macam mana dia tahu nama aku..? Kenapa badannya basah..?

Susuk gadis tu cuba menghampirinya.

Hujan kah? Atau ini cara kematiannya..?
Apa yang berlaku kepada dia..?

Bunyi guruh berdentum kuat di langit mendung malam itu, entah sejak bila rasanya akan hujan. Seketika tadi suasana tenang hanya di temani bunyi tangisan gadis yang tak dikenali tu.
Dalam keadaan itu, dia hanya mampu menutup wajahnya dengan kedua tangannya, ketakutan. Perasaan apakah ini?
Rasa dingin dan sejuk..

Rasa..ingin mati..
















"Norikami! Bangunlah dan siang ni.."

Terasa badannya digoncang kuat, seperti akan berlaku gempa saja. Dari tubir matanya yang tercelik sedikit, cahaya sang mentari mula menembusi tingkap biliknya.

"Ugh..dah pagi ke..?"

"Dah lewat pagi dah pun! Jom turun sarapan"

Kelihatan gadis sebayanya berdiri dihadapan Nori.
"Kau kata nak masak pancake, tapi bangun lewat. Nasib aku dah siapkan nasi goreng.. jom turun.. Shino dan yang lain pun ada.." bebel gadis tu.

Huh! Shino pun ada ke..alahai..

"Uhm..tak silap dia kata dia ada 'job' baru untuk kita~ cepat siap tau"
Kata gadis itu melangkah keluar dari bilik Nori.

Haih..

Nori melangkah masuk ke bilik airnya, membasuh mukanya yang masuk mamai kerana tidur lewat malam semalam. Entah apa yang dibuatnya..

Aku mimpi benda tu lagi..agaknya kali ni apa ya..yang akan jadi?..

Dia merenung wajah di hadapan cermin..










Bunyi riuh dari suasana biasa di rumah ni, kedengaran dari arah dapur. Biasanya rumah ini dihuni oleh 2 orang gadis iaitu Miu dan Nori. Namun kini meriah pula dengan gelak tawa dari 3 orang kawan lelaki mereka yang dah berkunjung ke rumah mereka di awal pagi.

Dengan langkah yang malas aku menuruni anak tangga, mahu menyertai mereka. Bunyi ketawa yang kuat sampai tak sedar kehadiran aku kat situ.. aku mengambil tempat di sebelah Miu.

"Eh, dah bangun dah puteri beradu kita..haha lewat hari ni..kau wat apa huh semalam?"- Shino

Kawan gaduh Nori, kalau tak bertengkar mulut satu hari dengan dia memang tak sah. Lelaki berambut hitam dengan perwatakan bersahaja, Shino.

"Diamlah Lembab, dahlah datang rumah orang pagi-pagi. Tahu nak makan sini je..sibuk!"

"Haha..tak baik gaduh depan makanan. Nah.."- Miu sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng ke arah Nori.

"Cerita ah pasal job baru kita tu, aku dah tak sabar! Nori pun dah ada ni.."

"Yelah-yelah..ni aku ada buat carian pasal sekolah ni. Katanya banyak benda tak baik jadi dan nak kita siasat.." - Setsuna, lelaki berambut 'blond' dan berwatakkan menyenangkan orang sekeliling.

Dia ni arif tentang kebanyakan hal, perubatan dan IT. Baguslah, memang kena dengan rupa dia.

Setsuna menunjukan gambar sekolah lama yang entah dari mana dia dapat, di screen phonenya. Carian google agak ya..atau email dari orang ramai.

Disebelah dia, Natsu. Dia ni kadang-kadang cakap main lepas, kadang-kadang senyap. Tak tahulah..takde perwatakan tetap.
"Kalau korang setuju, kita boleh dapatkan maklumat lanjut dan sedia apa yang patut..hujung minggu ni kita boleh pergi terus sekolah ni"- Natsu.

And..lupa nak jelaskan, kami kumpulan 'HunterSeeker' yang dianggotai oleh 2 orang gadis dan 3 orang lelaki tersebut. Kitorang kumpulan mencari benda pelik, misteri dan berhantu (mungkin..)
Kelebihan kitorang, boleh selesaikan kes lebih baik.

"Aku setuju je..nampak sekolah tu cam best!"-Miu

Entah kenapa tapi firasat aku tak baik pasal sekolah ni..

Nampaknya hampir satu kumpulan setuju, aku pula senyap..uhm tak tahu nak kata apa.

"Nori?"

Mata masing-masing memandang aku.

Haih..apa boleh buat?

"Setuju"

HunterSeekerWhere stories live. Discover now