9

15 1 1
                                    


Natsu berjalan sendirian di sekitar blok B, dia dari tadi mencari bayang Setsuna dan Miu. Tadi memang dia ke tandas, bila keluar je dia terus melangkah ke koridor yang menuju ke dewan.
Tapi keadaan sana pula kosong tanpa kehadiran sesiapa..

Melihat tak de orang kat koridor tu, dia menjangkakan mungkin..Setsuna dan Miu dah melangkah ke tingkat lain kat blok tersebut. Kini dia di tingkat 3 blok B, menjengah setiap bilik darjah di setiap tingkat. Masih mencari Setsuna dan Miu..

"Haih..mana diorg ni takkan dah pergi balik tempat berkumpul..uhm.."

Nampaknya cam takde bayangan mereka berdua, Natsu membuat keputusan untuk meneruskan jelajahnya kat blok B tu sambil-sambil tu dia boleh semak kamera yang mereka letakkan kat kawasan sekitar.
Melangkah saja melepasi tangga, Natsu terdengar seolah-olah namanya dipanggil seseorang.

"Natsu..."

Nadanya perlahan dari arah tingkat atas, Natsu mengalihkan posisinya ke arah itu.

"Miu? Setsuna..? Korang kat atas ke..?"

Tak ada respon..

Tapi dia yakin dia dengan suara seseorang tadi, "Kat rooftop ke? Luar nampak cam nak hujan..hurm.."
Dia menuruti arah bunyi tadi ke atas.
Sekilas dia terlihat kelibat gadis berlari..

"Miu?!"

Tiada yang menyahut panggilannya..

Semasa di tingkat atas bangunan, lampu suluhnya dihalakan ke merata arah. Namun sunyi..langsung tiada orang.
Terus dia menghelakan nafasnya, "aku silap dengar agaknya.."

Natsu mula melangkah turun menuruni anak tangga, sebelum namanya kembali dipanggil dari arah belakang. Namun belum sempat dia menoleh, tubuhnya ditolak seseorang. Dia melayang jatuh dari tangga.

"Agh! Apa ni?"

Natsu sendiri terkejut. Terasa badannya seolah-olah dicampak jauh di awangan,dari tempat yang tinggi?!
Tak dapat menahan apa yang dilihat, terasa lama dia di awangan. Lantas matanya ditutup rapat.

Aku matikah..?
















Splash!!! *bunyi kocakkan air*

"Fuahh!!! Hah! Hah..!"

Nafasnya laju..degupan jantung yang kencang tak henti-henti berdegup laju. Dia bagai baru bangkit dari suatu penyeksaan. "Ugh..!"
Segera dia mengerahkan tenaga untuk bangun dan keluar dari kolah tu.

Hambis seluruh badannya basah dek jatuh ke dalam kolam, Nori tersungkur jatuh menyembah lantai. Badannya betul-betul lemah..sangat..sangat lemah.
Baru sebentar tadi dia seolah-olah bertarung dengan sesuatu demi kembali. Melawan segala takut dan perasaannya yang lemas di dalam air yang dalam tadi.
Pemandangannya kabur..namun dia tahu ada seseorang/sesuatu dihadapannya kini.

Nafasnya masih tercungah-cungah, dia masih cuba mengumpul sebanyak mungkin oksigen yang dia perlukan.

"Ugh..so..ra.."

"Nori..hanya awak yang tahu, sekarang awak kena tolong saya...dan dia juga..ini sebahagian dendam dia,Nori..maaf tapi dia yang berkuasa sekarang.."

Suara halus Sora menjelaskan segala-galanya kepada Nori, sekarang Nori tahu bahawa bukan hanya roh Sora saja yang terperangkap kat sekolah ini. Malah ada satu lagi roh jahat yang mempengaruhi semangat Sora kat sekolah ni, sepertinya roh tu roh seorang pelajar lelaki. Dan yang lebih teruk, bila dikatakan soal dendam..roh jahat tu mengumpul tenaga dari semangat roh pelajar-pelajar lain yang pernah bunuh diri di sekolah ini.

Ini bahaya..kerana roh ini menuntut nyawa demi dendamnya kepada seseorang..!

"Aku..mesti cari Miu!"

Nori bingkas bangun, walau kudratnya kini lemah tapi dia tahu. Jika dia mampu temui Miu, dia bisah hapuskan semua ni.
Dan bongkarkan segala misteri..sekolah ini.

HunterSeekerWhere stories live. Discover now