[21] good thing or bad things?

279 13 6
                                    


Sudah sebulan genap, yeonhee masih lagi terlantar di atas katil hospital, dari hari ke hari tidak ada tanda apa-apa pun yang dia akan sedar secepat itu, tetapi aku masih tetap menunggu dan menunggu dengan penuh sabar, aku akan sentiasa berada disisi nya walau apa-apa pun yang terjadi.

Itu azam baru aku.

Aku sudah terlalu banyak melakukan kesilapan padanya sebelum ini, aku tidak tahu mahu menebus semua nya bagaimana, aku terlalu ikut kan sangat perasaan marah, sampai kan tidak pernah terlintas pun di fikiran aku yang semua nya akan berakhir seteruk ini, aku betul-betul manusia tak guna.

Aku terlalu pentingkan diri, dan dalam diri itu terlalu kuat menguasai yang bahawasanya aku seorang sahaja yang betul di muka bumi ini.

Apa-apa pun semua nya sudah pun terlambat, iya betul aku tidak dapat mengubah apa-apa pun perkara yang boleh membaik semula semua ini, tapi masih ada cara lain untuk membetulkan semula diri aku sendiri untuk terima semua kenyataan ini, dan teruskan hidup seperti biasa.

Ingat aku tiada hati dan perasaan?

Semua penyesalan dan ketakutan masih lagi menguasai diri aku sebenarnya, kegelapan dan kegelisahan masih lagi menyelebungi diri ini, tetapi apa sahaja yang aku boleh lakukan?

Jadi aku perlu kuat.

Menangis dan meratap atas semua yang berlaku, atas apa yang berlaku terhadap eomma aku, eunho dan juga yeonhee...

Adalah perkara yang sia-sia yang aku patut lakukan dalam hidup, ianya tidak membuahkan apa-apa hasil pun selepas itu.

Mereka akan hidup kembali?

Tidak.

Yeonhee akan memaafkan aku atas segala yang terjadi?

Tidak juga.

Jadi wajarlah aku perlu menghadapi juga semua yang telah pun binasa ini, aku mengaku aku silap, dan aku juga sanggup menempuhi nya.

Cakaplah yang aku sudah sedar sepenuh nya, dan lebih tepat lagi, aku sudah pun sembuh sepenuhnya dari penyakit gila aku itu, bahkan aku sendiri yang menyerahkan diri aku sendiri ke atas pihak hospital mental illness itu.

Dan boleh dikatakan sampai ke sekarang, aku masih lagi pergi ke rawatan tersebut tanpa mengelak sekali pun, iya sakit juga.

Tetapi tidak untuk selama² nya.

Dan baru aku tahu penyakit itu benar-benar wujud untuk orang yang seperti aku, disebabkan di khianati oleh orang yang aku terlalu peduli, aku boleh jadi gila kerana itu.

Tetapi kata doctor, aku tidak seteruk lagi seperti orang lain, yang sanggup membunuh diri sendiri.

Ceh!

Tidak seteruk? Dia tidak tahu betapa teruknya diri aku sekarang ini, iya memang betul aku tidak menyeksa diri aku sendiri.

Tetapi orang lain.

Kerana angkara aku, yeonhee yang terpaksa jadi mangsa nya, dan bukan setakat itu, malah eomma dan abang aku kandung aku sendiri, mati disebabkan kegilaan aku itu.

Cukup, aku dah malas nak bukak kembali semua topik ini, makin aku teringat, makin aku rasa takut dengan diri sendiri.

Aku jadi gemuruh tiap kali bicara kan tentang semua itu.

Tangan yeonhee yang masih lagi di pergelangan tangan aku itu, aku bawakan kebibir dan cium buat sedetik sebelum bibir aku tersenyum miring memandangnya yang masih lagi nyenyak tidur di alam maya nya itu, harapan aku terlalu tinggi untuk dia sedar sekarang.

psycho loveWhere stories live. Discover now