Library

734 36 4
                                    

Harini aku ingat nak study kat library sampai library tutup. Tapi aku hanyalah manusia biasa jugak. Tak sampai lima minit baca buku. Aku tertidur tanpa sengaja. Astaga. Aku tau aku ni bangang takleh bawak bincang. Aku hanya meneruskan tidur. Aku duduk di tempat yang pelajar jarang lalu. Memang tade sape lalu kawasan ruang meja kat situ. Library sekolah aku besar. Well ni sekolah orang kaya. Demi meneruskan tidur, aku cover dengan buku. Buku didirikan tegak sambil aku tidur beralaskan tangan di atas meja.

Pelajar cemerlang beginilah.

Kringg!!

Sebaik bunyi loceng bergema. Aku terbangun dari lena. Wush aku menenyeh kedua dua belah mata aku. Jam ditilik. Sudah pukul 6:30.p.m. Edede lamanya aku tido. Boleh kalahkan rekod dunia. Cehh baru pukul 6:30-.

"HAHH PUKUL 6:30 DAH?!!"

Ya Allahh aku sudah cemas. Library sudahpun gelap. Tiada lampu. Baru aku sedar. Hanya tinggal aku seorang. Library tutup pukul 4:30.p.m dan takde siapa kejutkan aku. Gile ke pengawas pusat sumber ni?! Takkan tak check kawasan meja aku. Siyel lah. Aku bangun lalu tinggalkan saja buku yang aku nak baca hak library tu atas meja. Ah lantak biar pengawas yang susun. Sudahlah tinggalkan aku.

Aku berjalan menuju ke pintu sambil meraba raba keadaan sekeliling. Gelap. Aku tak seberapa nak nampak jelas. Tiba tiba muncul bayangan hantu library kat library ni seperti yang budak sekolah ni citer. Makin meremang aku.

"Ada sesiapa tak?!" aku menjerit lalu mengetuk pintu utama library yang sudahpun terkunci dari luar. Jantung aku semakin kencang memainkan peranan.

Babilah.

Dahi aku sudah basah dengan peluh yang tidak henti mengalir. Astaga. Nafas aku sudah mula tidak ketara. Perlahan lahan aku sandarkan badanku pada pintu dan duduk mencangkung. Apa aku nak buat sekarang ni? Nak menjerit mestilah budak sesi petang dah balik. Tagune jugak. Aku cuma boleh berdoa kat tuhan ada seseorang yang boleh selamatkan aku dari sini.

Aku taktahu kenapa aku rasa aku mahu lelapkan mata sekali lagi walhal dah tidur berapa jam. Aku ikutkan sahaja. Hanya bayang bayang hitam yang aku lihat dan akhirnya aku terlelapkan mata. Rupanya bukan tidur tetapi pengsan dan aku tersungkur ke lantai.

Rama-rama dan kupu-kupu yang berterbangan di taman ini boleh membuatkan aku tersenyum dan tergelak sendiri. Taman ini ibaratkan perfect paradise. Dimana hanya ada serangga yang indah berterbangan serta haiwan yang comel sahaja. Seekor arnab yang gebu dan putih itu bergesel pada kakiku. Aku bongkokkan badanku lalu tersenyum.

"Eh nape main gesel gesel ni?"

Arnab itu terus berlari anak ke arah semak samun. Aku hanya mengikuti langkah arnab itu. Ditolak segala dahan pokok untuk memberi ruang lalu. Tiba tiba pemandangan air terjun yang begitu indah menyapa pandangan. Lagi indah. Waterfall ala ala tempat puteri kayangan mandi. Ada kepulan asap datangnya dari air terjun itu. Aku tersenyum. Nak terjun ke nak celup kaki ni? Sengih nakal dah tayang.

"Airis"

Apabila nama aku diseru lantas aku pusing ke belakang. Seorang gadis yang begitu jelita. Dengan pakaiannya seperti seorang puteri dan ada mahkota di atas kepalanya. Astaga. Dunia kayangan mana aku masuk ni?
Baju dahlah ala beauty and the beast.

"Takyah kut nak tenung saya macamtu" sambung gadis itu lagi dengan senyumannya yang cute. Pipinya kemerahan dan menampakkan dua lesung pipitnya. Ya Allah ni bidadari ke puteri kayangan? Mata dia yang coklat hazel mak aihh.

"Saya Lia."

"S-saya A-rus eahh Ai-Airis" gagapku. Asal aku gagap pulak ni. Dia begitu cantek sehinggakan aku tersasul. Arus sesat mana pulak ni. Lia tegelak kecil.

[OG] Gangster Mafia Suami Aku 2Where stories live. Discover now