Bab 2

6 0 0
                                    

"Di atas awan ku nikmati dua sisi,
Indah terbang terlalu tinggi,
Takut jatuh terlalu jauh,
Semakin tinggi, semakin jauh ku melihat,"

Terbaring aku di atas katil sambil memandang kosong siling bilik aku sendiri. Aku memutarkan lagu Terlalu Tinggi yang didendangkan oleh Juicy Luicy. Bait-bait lirik puitis bahagian korus lagu tersebut aku hadam. Betapa pedihnya hati aku sekarang, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Apakah engkau genggam erat?
Tarik aku lebih dekat,
Ku mohon jangan kau lepaskan ku,"

     Air mataku bergenang. Aku pejam erat kelopak mata. Laju sahaja air mata yang bergenang tadi menuruni ke bahagian pipi aku. Aku teresak. Pantas aku bangun dari pembaringan. Telapak tangan aku menyapu air mata yang mengalir. Aku masuk ke dalam bilik air, membasuh muka yang sudah sembab. Tangan mencapai kunci kereta serta telefon pintar. Aku kena keluar. Aku tak boleh berkurung.

Pintu kayu rumah aku lock, kemudian aku mendekati kereta yang terparkir di halaman rumah sewa. Enjin kereta berderum setelah aku start. Menunggu pintu pagar terbuka, aku capai telefon. Mencari nombor Zaqwan. Terus aku tekan button call. Telefon yang aku genggam tadi aku rapatkan ke telinga sebelah kanan aku.

Tutt..
Tutt.. Tuttt..
Tutt..

"Hello? Zahra? Kenapa call?" Kedengaran suara garau Zaqwan di hujung talian.
"Zack, free tak? Aku nak kacau boleh? Nak ajak lepak minum," tanya aku sambil mengelap sisa air mata yang mengalir tadi. Bangsat lagu Juicy Luicy.
"Ya sure, sure! Kita jumpa dekat Starbucks DT Tambun. Kat sana business hour 24 hours. Okay?" Tanya Zaqwan yang bersetuju untuk lepak dengan aku.
"Okay. I'll see you there, Zack. Thank you so damn much!" jawab aku.
"Okie Zahra. Hati-hati drive," balasnya. Lalu talian dia matikan. Telefon yang aku letak di bahagian telinga tadi, aku campak dekat seat passenger sebelah aku. Cepat-cepat reverse kereta keluar dari halaman rumah. Aku teruskan pemanduan ke kawasan Tambun.

x x x x

"Hi, selamat datang! Boleh saya dapatkan pesanan cik?" Suara barista Starbucks ini memecah anganku yang memandang kosong menu di kaunter. Ceria sahaja suaranya menyambut aku walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Aku lemparkan senyuman kecil aku pada barista tadi kemudian kembali termangu melihat menu seperti tadi. Sejujurnya kepala otak aku sudah tak boleh nak proses setiap tulisan yang ada di ruangan menu itu. Aku lost.

"Hi, bagi cik ni Cappuccino but not frap. Buatkan dia jadi ice drinks. Saiz venti. Two extra shots coffee. Saya pulak, hmm.. Bagi saya dark mocha. Tak nak krim. Pun sama venti size," lancar sahaja suara lelaki memesan minuman tadi. Perlahan aku memutarkan kepala menghadapnya. Kelihatan Zaqwan disebelah aku sedang menghulur cardnya pada barista.

     "Nama mister dengan miss?" Tanya barista tadi. Dia mengalihkan pandangannya pada aku, keningnya terangkat sebelah. Dan aku masih termangu.

x x x x

     "Kau apahal tadi kat depan kaunter? Aku tak pernah nampak kau jadi macam tu bila order air. Selalu elok lancar je kau sebut apa kau nak," soal Zaqwan. Tangannya pula mencucuh penyedut minuman pada cawan aku lalu dihulurnya air tersebut di hadapan aku. Aku pula masih termenung, pandangan aku halakan pada meja.

     "Zahra!" Jerit Zaqwan sambil menepuk meja. Menungku tergendala. Segera sedar kembali ke alam nyata. Nasib baik kami lepak di luar. Tak begitu ramai orang di sini. Jadi jeritan Zaqwan tadi tiada siapa pun yang peduli. Kecuali aku.

     "Sorry Zack. I'm lost in the middle of nowhere. Otak aku asyik fikir pasal relationship aku dengan Jie," cerita aku pada Zaqwan. Air di hadapan aku tadi aku hirup sedikit. Pahit tapi harus aku telan. Macam realiti hidup. Mungkin inilah penampar realiti aku. Double shots coffee featuring my miserable life.

     "What happened between you and him? I don't understand. You guys looks fine kot before this? Tiba-tiba, aku nampak dia dengan perempuan lain," tanya Zaqwan pada aku. Aku terjeda. Mungkin aku patut berterus-terang dengan Zaqwan apa sebenarnya yang dah terjadi.

    "Sebenarnya, last week we broke up. Aku yang minta. Aku tawar hati dah dengan attitude dia. Tapi I never speak about it. He did begged me untuk get back. Tapi aku tolak. Tup-tup kau cerita dengan aku dia bermesra dengan perempuan lain, aku jadi bengang" cerita aku. Ada rasa sedikit lega selepas bercerita hal ini dengan Zaqwan. Muka Zaqwan melopong tengok aku. Aku angkat kening sebelah, tanda hairan.

     "Zahra, why didn't you tell me about this when we met two days ago? Mulut aku ni pun satu hal! Tak boleh simpan rahsia!" Dia menampar-nampar bibirnya. Kesal agaknya bercerita dengan aku tentang Hafizi dan dayang barunya. Ugh.

    "Weh, rileks. Aku okay je la. Jangan la risau," cepat-cepat aku menenangkan Zaqwan. Mata aku melilau melihat kiri kanan. Risau sekejap lagi, dia pulak dituduh meroyan, putus cinta.

    "Kau okay?" Dia terjeda seketika. Anak matanya melirik ke muka aku. Dipandangnya aku atas dan bawah. Kemudian ketawanya meledak. Seperti bom. Hilaian tawanya tak ubah seperti kuntilanak versi lelaki.

     "Didn't you see yourself just now? Kau lost masa dekat kaunter tadi, Zahra," sambungnya. Aku menghela nafas panjang. Ada betulnya juga apa yang dinyatakan Zaqwan sebentar tadi.

     "Zack. Aku lapar. Jom pergi McD, makan?" Kata aku sambil mengosok perut.
    
    "Tukar topik la tu. Haih Zahra. Ye la. Jom, jom. nanti dekat sana you must tell me apa yang jadi," katanya sambil mencapai cawan di atas meja lalu dia mengangkat punggung dari kerusi. Begitu juga aku. Kami menapak ke arah kereta masing-masing.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DukariaWhere stories live. Discover now